Info : PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM SEKTOR PERTANIAN.
1.0. Isu .
- Proses tranformasi desa merupakan antara topik utama dalam proses pembangunan lestari . Persoalan yang sering ditimbulkan , sejauhmanakah sektor pertanian berupaya menerima impak nilai tambah dalam proses pembangunan terutamanya yang melibatkan inovasi berasaskan teknologi .
2.0. Kupasan .
- Prinsip Pembangunan Lestari " mengorientasi semula teknologi dan pengurusan risiko " menekankan kepada penggunaan teknologi moden dalam pengurusan ekonomi semasa . Hal ini penting kerana peningkatan produktiviti sektor tersebut yang tidak disertakan dengan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan akan memberi impak yang negatif kepada persekitaran fizikal .
3.0. Teknologi dalam sektor Pertanian
1.1. Kejuruteraan Pertanian.
- Penggunaan jentera membajak , menanam dan pemungutan hasil. Penggunaan dron dalam memantau , membaja , meracun di kawasan sawah padi.
- Penggunaan pisau menoreh getah menggunakan bateri /motor ray .
- Penggunaan kaedah pelindung batang pokok getah.
- Meningkatkan produktiviti hasil pertanian , memudah dan mempercepatkan pengurusan , mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia .
- Penghasilan baka tanaman melalui kaedah pengklonan , penghibridan dan pembenihan kultur tisu .
- Menghasilkan benih tanaman yang berkualiti tinggi , cepat matang dan rintang kepada serangan makhluk perosak dan bencana alam : nenas Klon D24 , Klon padi hibrid Siraj . dan lain.

1.3. Kejuruteraan kaedah Pertanian .
- Kaedah pengairan titisan , kaedah pertanian fitrigrasi , kaedah pertanian hidrofonik , kaedah pertanian akuafonik.
- Berupaya meningkat produktiviti hasil pengeluaran , mengatasi persaingan guna tanah , mudah mengawal aktiviti penanaman dan penjagaan , menjimatkan penggunaan input -input pertanian kerana input seperti baja dapat dialirkan terus kepada tanaman.
1.4. Kejuruteraan Pelupusan sisa selepas tuai.
- Penggunaan spesis getah klon balak , Penggunaan sisa tandan sawit sebagai medium bahan bakar . penggunaan jerami padi sebagai sungkupan .
1.5. Penggunaan mikrob dan pelbagai entigen untuk penghasilan hormon .
- Menggunakan kaedah penghasilan organik .
- menggalakkan pertumbuhan dan kadar penghasilan tanaman.
-
1.6. Kejuruteraan tebus guna tanah & sistem pengairan .
- Antara kepentingan kejuruteraan tebusguna ialah membaiki struktur tanah di kawasan paya dan membaiki struktur tanah di kawasan yang kering kontang / tandus .
- Kaedah Konavasi tanah - Penggunaan pelbagai bahan organik yang berupaya menyerap air akan mengekalkan kelembapan tanah serta menyuburkan tanaman .
No comments:
Post a Comment