Sunday 18 October 2020

 Info : RAMSAR  di Malaysia                                           (  Pembangunan VS Perlindungan )



1.0. Isu : 

Aktiviti pembangunan tanah dan   pencerobohan haram, kini mengancam flora dan fauna kawasan Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa (RAMSAR) .



2.0, Kupasan .

Enam Tapak RAMSAR di Malaysia  iaitu Tasek Bera di Pahang,  Pulau Kukup; Sungai Pulai dan Tanjung Piai di Johor , Kota Kinabalu Wetlands di Sabah dan Taman Negara Kuching Wetlands dan Hilir Kinabatangan-Segama Wetlands.


Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS),  ancaman yang dihadapi Tapak RAMSAR ketika ini, jika tidak dikawal atau ditangani, dikhuatiri menjejaskan sumber biologi tapak berkenaan seperti spesies ikan, tumbuhan hutan, hidupan liar, burung hijrah dan burung pemangsa.


Aktiviti pembangunan tidak dikawal seperti kewujudan industri, pelabuhan, stesen jana kuasa yang memberi kesan kepada kualiti air di sekitar kawasan Tapak RAMSAR contohnya di Tanjung Piai . Lokasinya yang menjadi laluan kapal berikutan berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas juga sedikit sebanyak boleh memberi kesan.





Di Sungai Pulai,  perancangan untuk membangunkan padang golf dan hotel dikuatiri  boleh mengganggu sempadan tanah lembab itu.Di Pulau Kukup pula ada projek akuakultur atau ternakan ikan  mengganggu ekosistem semula jadi hidupan laut di situ.


Pembentukan kawasan penampan sekeliling tanah lembap yang dikategorikan sebagai zon pemeliharaan atau pemuliharaan adalah perlu bagi mengekalkan habitat sekitar zon berkenaan dan mengelakkan tanah lembap daripada dikeringkan termasuk untuk kegiatan pertanian yang memerlukan sistem perparitan.




 Tasek Bera yang diiktiraf sebagai Tapak RAMSAR pertama negara ini 22 tahun lalu, menerima tekanan apabila pihaknya mendapat maklumat berlakunya kekurangan hasil hutan dan hidupan tasik.  Ancaman kerana  berikutan tiadanya ‘sekatan’ menyebabkan pengunjung bebas melakukan apa sahaja dalam kawasan Tapak RAMSAR berkenaan, termasuk mengambil hasil hutan atau menangkap ikan dalam jumlah berlebihan.




Berdasarkan tinjauan BH di Tasek Bera, kawasan Tapak RAMSAR itu adalah di bawah kendalian Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dengan bantuan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perikanan.


Perbuatan itu nyata mewujudkan konflik berhubung bidang kuasa PERHILITAN, yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas keseluruhan keluasan tapak RAMSAR di Tasek Bera.


Aktiviti menangkap ikan yang berleluasa membabitkan pengunjung luar ke tasik berkenaan menyebabkan hasil hutan dan sumber tasik yang menjadi punca pendapatan penduduk Orang Asli setempat semakin berkurangan.


Di sekitar Tasek Bera, ada kira-kira 3,000 penduduk Orang Asli yang mendiami 14 kampung dengan 15 peratus daripada mereka bergantung kepada hasil Tapak RAMSAR untuk kelangsungan hidup seperti mencari hasil hutan dan tangkapan ikan.






No comments:

Post a Comment