Saturday 10 October 2020

Tahukah  kita 1  :   MERSING  GEOPARK      ( KHAZANAH ALAM WARISAN  KITA )  





Tiga tapak utama geopark Mersing ialah di Tanjung Kempit, Tanjung Penyabung dan Pulau Mawar. Ketiga-tiga geotapak ini menyimpan rekod sejarah perkembangan Bumi penting sejak berusia 330 juta tahun lampau.


Di Tanjung Penyabung umpamanya, pada zaman tersebut berlaku letusan volkano yang dahsyat. Batuan yang membentuk Tanjung Penyabung mewakili peristiwa letusan volkano purba iaitu aliran lava, debu volkano, serpihan batuan yang tercampak ke udara ketika letusan dikenali piroklas dan bom volkano. Apa yang berlaku di Anak Krakatoa, Indonesia berlaku di Mersing 300 juta tahun lampau.



Pulau-pulau di Mersing pada keseluruhannya juga terbentuk daripada batuan letusan volkano.


Geopark bermaksud sebuah kawasan yang memiliki unsur-unsur geologi di mana masyarakat setempat diajak berperanan serta untuk melindungi dan meningkatkan fungsi warisan alam, termasuk nilai arkeologi, ekologi dan budaya yang ada di dalamnya. Istilah Geopark merupakan singkatan dari “Geological Park” yang dapar diterjemahkan sebagai Taman Geologi atau taman bumi.




Geotapak pula ialah warisan landskap yang belum dikenali awam dan masih terabai. Keistimewaan tempatan dapat memupuk nilai kebersamaan dan perpaduan komuniti suatu wilayah.



Geopelancongan ialah aktiviti keusahawanan berasaskan ilmu berpotensi membangun   sosioekonomi masyarakat.





Awal tujuan Geopark adalah untuk melindungi warisan geologi yang berada di negara-negara Eropah oleh organisasi non pemerintah bernama EGN (Europe Geopark Network) pada tahun 2001.


Keberadaan Geopark oleh Badan dunia UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) dikembangkan dan difasilitasi dengan membentuk organisasi GGN (Global Geopark Network) pada tahun 2004 agar mampu menampung anggota lebih banyak lagi dari negara-negara yang ada di dunia.


Selain itu tujuan Geopark lebih dikembangkan lagi, bukan hanya sekadar melindungi warisan geologi. Menurut GGN UNESCO (2004), tujuan Geopark adalah mengambil manfaat, menggali, menghargai dan mengembangkan warisan geologi tersebut seperti halnya


Apakah perbezaan Geopark Kebangsaan dan UNESCO Global Geopark? Geopark Kebangsaan ialah geopark bertaraf kebangsaan, mempunyai warisan geologi bernilai kebangsaan dan diperakukan oleh JK Geopark Kebangsaan. UNESCO Global Geopark ialah Geopark Kebangsaan terpilih, mempunyai warisan geologi bernilai antarabangsa, diperakui oleh Majlis Unesco Global Geopark, UNESCO Paris. Malaysia mempunyai sebuah Unesco Global Geopark iaitu Langkawi.

No comments:

Post a Comment