Saturday 3 October 2020

 Sembang Santai :

 ROMPIN & KEPENDUDUKAN .


1.0. Isu.



- Penduduk  merupakan  sekumpulan  manusia yang mendiami sesuatu  kawasan  dalam  tempoh  masa  yang  tertentu . Secara umumnya , penduduk  penting bagi  sesuatu  kawasan  kerana ukuran pembangunan sesuatu petempatan  juga diukur berdasarkan  kepada kualiti  dan kuantiti  penduduk  yang  terdapat  di kawasan tersebut. Dengan  peranan  sebagai sumber tenaga buruh  dan  kuasa pasaran  , jelas  penduduklah  yang  berperanan utama dalam menentukan kemajuan sesuautu  kawasan.  


2.0. Kupasan.

( dilihat  berdasarkan pola  dan taburan penduduk )

- Secara umunya , taburan penduduk  dan pola  kependudukan  sesuatu  kawasan  adalah  tidak sama .  Taburan penduduk  merujuk kepada  sebaran  penduduk  yang  mendiami  sesuatu  kawasan dalam tempoh masa yang tertentu . Manakala pola  kependudukan  pula  dapat  dilihat dari segi struktur umur  , jantina  dan  ras / kaum.  


2.3. Taburan Penduduk Rompin.

-   Secara  umumnya  , taburan  penduduk di Daerah Rompin adalah  tidak  sekata.  Kawasan   Bandar Baru Rompin  dan  bandar  Muadzam Shah mempunyai taburan  penduduk  yang  tinggi . Kawasan pertanian    seperti  kawasan-kawasan perkampongan  tradisional  dan  beberapa kawasan gugusan   FELDA  seperti  kawasan    Selancar ( F )  ,  Selendang ( F ) dan Keratong ( F ) mempunyai taburan  penduduk  yang sederhana. Kawasan pedalaman daerah Rompin  seperti  kawasan hutan Endau Rompin dan Bukit Ibam  mempunyai  taburan  penduduk  yang  agak  jarang.

 Dari segi  pola  kependudukan  dalam  daerah Rompin  pula , struktur kependudukan berdasarkan umur tidak memperlihatkan  perbezaan  yang ketara  di kawasan  bandar   tetapi  agak  jelas di kawasan  perkampongan tradisional  dan  kawasan Felda. Hal  ini  kerana , di kawasan  bandar  pola  kelahiran  di kalangan  penduduk setempat  dan imigran  masih  berlaku  pada kadar  yang  seimbang . -  Keadaan  yang  sebaliknya  berlaku  di  kawasan perkampongan tradisional  dan  kawasan Felda. Migrasi  golongan muda  keluar kawasan  meninggalkan  golongan  tua dan sekali  gus menurunkan  kadar  kelahiran  di kawasan tersebut. Situasi  ini menjadikan bilangan kanak-kanak  di kawasan tersebut  semakin berkurangan . 

Kadar  jangka  hayat kaum  lelaki yang  rendah berbanding kaum perempuan  turut   menyebabkan wujud  tidak  keseimbangan  penduduk  dari  segi  jantina di  kawasan kampong tradisional   dan  felda  dalam  daerah Rompin.




2.4.  Faktor  yang  mempengaruhi taburan  penduduk di daerah  Rompin  ialah :

1. Bentuk muka bumi . Secara  umumnya , kawasan tanah pamah yang  rendah , rata  dan  agak  luas  di kawasan  pantai mempunyai   taburan  penduduk  yang  lebih padat  . Kawasan  berbukit-bukau  yang  terletak  agak  kepedalaman  tetapi  berpotensi  dimajukan dengan  sektor  perladangan  secara komersial   seperti kawasan Selendang  , Keratong  dan  Selancar  mempunyai  penduduk  yang  sederhana padat. Di kawasan  tanah  tinggi  yang  lebih  terpencil di pedalaman , taburan  penduduk  kurang kerana  faktor darjah ketersampaian  yang rendah.


2. Perkembangan  kegiatan  ekonomi  moden - perkembangan  sektor perniagaan   , perkhidmatan   dan  pelancongan  menjadikan beberapa kawasan  seperti  Bandar Baru Rompin , Bandar  Muadzam Shah  dan kampong Tekek , Pulau Tioman  mempunyai  penduduk  yang agak  padat.



3. Kemudahan infrastruktur  yang  lengkap . Secara umumnya , penduduk lebih  tertumpu  di kawasan  yang  mempunyai  jaringan  jalan  raya  yang  agak padat dan  sempurna   seperti   di bandar baru Rompin  dan  bandar Muadzam Shah. Hal ini  kerana  di kawasan tersebut  kadar mobiliti  penduduk  dan  darjah  ketersampaian  penduduk adalah  tinggi. Kedua-dua  bandar ini  juga  merupakan  pusat  transit perjalanan  antara  bandar-bandar  utama di jajaran  pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar Baru Rompin  merupakan sub transit bagi  laluan  Johor Baharu  ke  Kuantan , Kuala Terengganu  dan Kota Bharu. Bandar  Muadzam Shah  pula  merupakan  sub transit pengangkutan bagi bandar Kuantan  , Segamat  , Bahau  dan Seremban.





4. Taburan tanah  yang subur.  Secara  umumnya , taburan  penduduk  juga  tertumpu  ke  kawasan-kawasan pertanian  seperti  di kawasan-kawasan  felda   dan  perkampongan  tradisional . Tanih  aluvium  yang  subur  di kawasan Setajam  , Sungai  Laka  dan  Tebu Hitam  menjadikan  kawasan  ini  menjadi tumpuan  penduduk  yang mengusahakan kawasan tanaman  padi , manakala  tanih laterit yang  terdapat  di kawasan  berbukit  seperti  di kawasan Selendang , Selancar  dan Keratong telah  diusahakan  dengan tanaman kontan  seperti  kelapa sawit  dan  getah.

5.  Kewujudan  bandar-bandar  baru / pusat-pusat  pertumbuhan daerah yang  baru. Pembukaan  pusat-pusat  pertumbuhan yang  baru  seperti  Bandar Satelit Muadzam Shah  dan  Pekan Tanjung Gemok akan  merangsang perkembangan kegiatan  ekonomi  seperti sektor perniagaan  dan  perkhidmatan. Hal  ini  akan  meningkatkan  peluang  pekerjaan  dan penawaran  kadar  upah  yang  lebih  tinggi  oleh para  majikan. Secara  tidak  langsung  ,  ia  merupakan  rangsangan terhadap proses  imigrasi pekerja  dari  kawasan  pinggir  bandar  ke  kawasan  bandar-bandar  tersebut.

6.   Kewujudan  pusat-pusat  pendidikan  tinggi  Pembinaan pusat  pendidikan tinggi   seperti  UNITEN   dan Politeknik  Muadzam Shah turut  mempengaruhi  taburan  penduduk di daerah Rompin. Migrasi masuk pelajar  dari dalam dan  luar negara ,  kakitangan  serta  tenaga  pengajar  meningkatkan  bilangan  penduduk  di  bandar Muadzam Shah.

7.   Dasar pembangunan wilayah  semasa   kerajaan. Dasar pembangunan  wilayah seperti FELDA  dan  FELCRA  turut mempengaruhi    taburan  penduduk di daerah  Rompin. Secara  umumnya , pembukaan kawasan rancangan tanah di daerah Rompin akan menyebabkan  aliran  migrasi  masuk  yang  tinggi  terutamanya  peneroka  dan  pihak  pengurusan  felda. 



2.5. Kesan  kependudukan  terhadap alam  sekitar fizikal .


1. Kemerosotan  kualiti  sumber  alam.

-    Secara umumnya  , perkembangan petempatan  dan  kegiatan  ekonomi yang dijalankan  oleh  penduduk Rompin akan menjejaskan kualiti  alan sekitar . 

-   Perkembangan sektor pertanian  moden  di kawasan  Sepayang , Sg. Laka  , Setajam  dan Tebu Hitam  akan  menjejaskan  kualiti  air  dan  pelbagai hidupan  akuatik . Penggunaan  baja  kimia   ,racun rumpai  dan racun  makhluk perosak  akan menambahkan kadar  keasidan tanah  dan kandungan  toksid  dalam sistem hidrologi lalu menjejaskan  pelbagai   hidupan  akuatik  . 

-    Di kawasan  yang  mempunyai  penduduk  yang  agak  ramai  , pembuangan sisa-sisa  domestik  dan  sisa-sisa  perniagaan  turut  menjejaskan  kualiti  air sungai  terttamanya  sungai  kolek  dan  sungai semara. 

-    Perkembangan sektor  perladangan  kelapa sawit  ,  pembukaan tanah  dan  pembinaan  kilang  memproses  kelapa sawit  pula  menyebabkan  ulu  sungai  Keratong  sentiasa  dipenuhi  dengan kelodak dan  tercemar  dengan  pelbagai  enfluen daripada aktiviti   proses pemprosesan  minyak  kelapa sawit.

-   Pembakaran  sisa-sisa  pertanian  seperti  sisa tandan  kelapa sawit , sisa  jerami  padi  dan  pembakaran  terbuka  di kawasan  hutan untuk aktiviti  pertanian  pindah  turut  menjejaskan kualiti  udara. Biasanya  jerebu  akan  berlaku  , jika pembakaran  ini  dilakukan  semasa  musim  kering / kemarau.

-  Di kawasan  yang  menjadi  tumpuan penduduk  seperti  di bandar  Rompin , proses  pembinaan  petempatan  dan  pembangunan  bandar ada kalanya  akan  menyebabkan  terjadinya  banjir kilat. Hal  ini  kerana tumpuan  penduduk  yang agak tinggi  menyebabkan  terdapat  kawasan  petempatan  yang  dibina di lokasi  tanah rendah. Situasi ini  diburukkan  lagi  dengan sistem  saliran  yang kurang efektif  dan  dipenuhi  dengan  rumput  dan  sampah .  Kawasan Perumahan Nelayan Sungai Puteri  dan  Nusa Puteri  merupakan  antara  kawasan petempatan  yang  mudah  dilanda banjir kilat. 


2. Kemusnahan alam  sekitar  dan sumber alam.

-    Tumpuan   dan  kepadatan  penduduk  yang  tinggi  juga boleh  menyebabkan berlakunya kemusnahan terhadap alam  sekitar  dan  sumber  alam . Penduduk   yang  ramai  memerlukan  peluang  pekerjaan  yang  banyak . Hal  ini menyebabkan  penerokaan  kawasan  hutan  terpaksa dilakukan  untuk  membuka kawasan-kawasan pertanian  terutamanya  kawasan  ladang  kelapa sawit.

-   Bagi  kawasan  pantai  dan  paya  pula , aktiviti tebusguna  kawasan  paya   dan  pantai  untuk pembinaan   kawasan petempatan dan kawasan rekreasi  akan  menyebabkan  kemusnahan  terhadap  struktur paya  atau  pantai  tersebut dan menjurus  kepada  kemusnahan habitat  pelbagai spesis  flora  dan  fauna  yang  terdapat  di kawasan tersebut. Hal  ini  dapat  dilihat  dengan  jelas  apabila sebahagian  kawasan paya  di Kawasan Sungai Laka ditebusguna untuk  dijadikan  kawasan sawah  padi . 


3. Kepupusan sumber alam.

-    Di kawasan Rompin , pembukaan  kawasan  pertanian  seperti  kawasan tanaman  kelapa  sawit  dan tanaman  padi   yang  benyak  menyumbang  kepada kepupusan  sumber alam . Kepupusan  pelbagai  spesis ikan  air  tawar seperti  ikan  lampam , ikan kerai  , ikan lundu  dan  ikan  bulan  di kawasan Sungai Laka  dan  paya Sepayang  banyak  dikaitkan  dengan  penggunaan input pertanian  moden  seperti penggunaan  baja kimia  , racun rumpai   dan  racun  makhluk perosak.

-    Di kawasan  tanah  pamah  pula  , kurangnya  spesis  tertentu periuk kera ,  orkid  harimau  dan  pelbagai  orkid  hutan  di kaitkan  ladang  dengan  pembukaan  kawasan  kelapa sawit serta aktiviti  pemungutan  yang  dilakukan oleh  penduduk  secara  yang  tidak terkawal.


2.6. Langkah  atasi  kesan  kependudukan terhadap alam sekitar.

1. Langkah  perundangan.

-  Penguatkuasaan undang-undang  akta kualiti alam  sekitar  1974 , undang-undang  kecil  PBT Rompin ( kebersihan )  , pembinaan  bangunan  , Peniaga  &  penjaja  kecil  , 

2. Langkah  kempen kesedaran  alam sekitar.

-   NGO  seperti  SWCorp 

3. Langkah  pendidikan alam sekitar.

-   Melalui ceramah  ,  pemantauan  dan  khidmat  bimbingan  SWCorp 

4. langkah struktural / pengurusan .

-   Mengelompokkan   penjaja-penjaja kecil  - Pantai  Hiburan  . menyediakan ruang  yang  lebih  selesa  kepada  peniaga  dan    pelbagai  aktiviti  lain  kepada  pengunjung . 

-   Penempatan  semula  lokasi  Pasar Sari (  setiap  petang Selasa )   dan  Pasar Minggu  ( Setiap Ahad ) - 

-   Aktiviti  membersihkan  sistem  perparitan   dan  longkang.

-   Aktiviti  menaiktaraf  jalan raya  di bawah  kawalan   unit PLB , Pejabat  Tanah  daerah Rompin.

-   Menaiktaraf  Terminal  Feri  Tanjung  Gemok -  pintu  masuk  utama  ke Pulau Tioman - Sedia dan  naik tarafkan    pelbagai  kemudahan  yang  ada  untuk  keselesaan  pelancong. 

-   Memperkasa   peranan  FELCRA  - memulihkan   kawasan tanah-tanah tradisional  penduduk  yang terbiar -  Wujudkan unit audit  tanah-tanah terbiar di Pejabat  Tanah  Daerah Rompin. 

-   Memajukan  sektor ekonomi  tertier (  pelancongan  / industri  desa ) -  Pesisir Pantai  Lanjut ,  Pantai Hiburan , Pulau Tioman , Taman Negeri  Rompin.

-  Membandarkan kawasan  kampong  yang  berpotensi  -  Kampong Tanjung Gemok  sebagai  hub pengangkutan ke Pulau Tioman   dan hentian transit  jalan raya laluan  utama  Johor Baharu  ke kuantan  , kuala Terengganu   dan  Kota Baharu.

- Mempromosi   dan  mengenengahkan  potensi  setempat sebagai destinasi  pelancongan  utama :  udang galah   dan   ikan  layaran. - Bukan  setakat  makanan  tetapi  usaha-usaha  kajian dan  pembiakan ( agropelancongan   dan  akuapelancongan ) , usahasama  dengan  IPTA   ,  IPTS  pihak  swasta  menjalankan  kajian / penyelidikan tentang  spesis udang  galah .


2.7. Cabaran mengurusan kependudukan  di Rompin  pada  masa  hadapan.  

Menjana  dan  memperkembangkan  asas-asas  pertumbuhan ekonomi penduduk  Rompin - meningkatkan  kualiti asas-asas ekonomi penduduk ( penggunaan strategi  ,  kaedah   dan  teknik yang moden ).

-  Mempelbagaikan  asas-asas  ekonomi penduduk  Rompin - eksplotasi  semua  potensi pelbagai  sumber  ekonomi   setempat      ( menggalakkan kegiatan  ekonomi  yang  mempunyai  kesan  pengganda  ekonomi   yang  tinggi ) .

-   Mengawal  dan  menyerakkan  pembangunan  ekonomi  ke seluruh  daerah  Rompin . Elakkan  berlakunya  pemusatan  keterlaluan perkembangan ekonomi  di sesuatu  kawasan -                (  memberi ruang  kepada  semua kawasan berkembang  mengikut potensi sumber alam  yang  ada ).

-  Memastikan  setiap  penduduk Rompin  mendapat  penyertaan dan  ekuiti  yang  seimbang   dalam pembangunan di Rompin - memberi   bantuan  , bimbingan  dan  khidmat  nasihat  ). 

-  Menyediakan   kemudahan  infratstruktur  dan  awam  yang  selengkapnya  kepada   penduduk - memastikan  konsep  pembangunan  in-situ dilaksanakan / .

No comments:

Post a Comment