Tuesday, 29 September 2020



                                Info : AKTIVITI  K3R ( MENGEMASKINI  BILIK DAN  PERKAKASAN  STOR  K3R ) 


1.0. Nama Program : Pengurusan Prasarana Kelab 3R                                                       ( Kemaskini stor  dan  perkakasan  3R ).

2.0. Kerjasama : Ahli-ahli  K3R  SMKR  dan   pelajar T6..

3.0. Hari / Tarikh :  AHAD  / 27 SEPT. 2020. 

4.0.  Laporan aktiviti : Berjalan  lancar .

5.0.  Laporan bergambar :


 

                                    Stor penyimpanan  barangan 3R  yang  baru                                         dan perlu dikemaskini




Proses  pengemasan  bermula  dengan 
membersihkan  kawasan dalaman  stor.



Aktiviti  mengecat  bermula. 


Mengecat  bahagian  tiang  rak  penyimpan .



Mengecat  bahagian  jeriji  pintu  masuk . 



Sebahagian daripada  stor  penyimpanan 
 yang telah  siap dicat  dan  kemaskini.


Ucapan  terima kasih  daripada guru  pembimbing
Moga usaha  kita  semua  diberkati  Allah..

#Kelabkitakomunitikita
#komunitikitaacuankita

                                


Info : Aktiviti K3R SMK ROMPIN ( PROGRAM IAdP3R 3/2020 )

 

Info :  Aktiviti  K3R  SMK  ROMPIN.

            ( PROGRAM  IAdP3R   3/2020 )


1.0. Nama Program : Inisiatif Asing dari Punca Barangan 3R                                             ( IAdP3R ).

2.0. Kerjasama : SWCorp Rompin ,  Alam Flora  dan  USG                                       Rompin.

3.0. Hari / Tarikh :  SELASA / 22 SEPT. 2020.

4.0.  Laporan aktiviti : Berjalan  lancar .

5.0.  Laporan bergambar :

 

Bersama penyelaras projek , En. Mohd Sabil 
 dari  SWCorp Rompin.



Sebahagian  daripada  pekerja  syarikat pembersihan
yang  terlibat  dalam program IAdP3R SM Rompin.



Sebahagian  daripada  barangan  3R  yang 
 sedang  dipunggah  ke atas lori.


Proses mengasingkan  barangan 3R sedang
  dilakukan  sebelum  proses menimbang. 


Aktiviti  mengeluarkan  barangan  3R  sedang 
daripada stor  ke 2 sedang  dijalankan .  


6.0. Berat hasil  jualan  3/2020  : 2450  kg.



Monday, 28 September 2020

Sembang Santai : ROMPIN & PERBANDARAN . ( SATU TINJAUAN).

 Sembang Santai :   ROMPIN  & PERBANDARAN .                             ( SATU  TINJAUAN). 


1.0. Isu .

- Pembandaran adalah  satu  proses " pendewasaan "  sesuatu petempatan . Biasanya  sesuatu  petempatan akan terus  berkembang  selari  dengan  proses pembangunan  fizikal  dan sosioekonomi  yang  dilalui . Dalam  hal  ini , bandar Rompin  turut  tidak  ketinggalan . Proses pembandaran  yang  berlaku  mungkin  agak  perlahan ataupun  memang  itulah  kadar pembangunan yang disasarkan oleh PBT  untuk mengawal " limpahan " pembanguan yang  tidak terkawal. Penulisan  ini akan  menyorot isu tersebut.

 

Proses pembandaran.


2.0 Kupasan. 

Sebagai  petempatan  terawal  di bahagian  selatan negeri Pahang , bandar Rompin  sepatutnya  merupakan   bandar  yang  menjadi  pusat pertumbuhan utama di daerah  Rompin .

-   Dengan  pelbagai  ruang  dan  peluang  yang  disediakan  oleh Kerajaan negeri Pahang , sewajarnya  bandar Rompin akan  berupaya  membangun sebagai  sebuah  bandar  yang terancang  dengan  menerapkan  konsep  Pembandaran Lestari  secara  meluas.


Udang galah icon bandar Rompin


2.1. Konsep pembandaran.

 Pembandaran  adalah  satu  proses  menjadikan  sesuatu  petempatan  sebagai  bandar melalui pelbagai inisiatif  pihak  kerjaaan   seperti  proses pembandaran baru atau  menaik taraf  bandar  yang  sedia ada. Pembandaran  juga  boleh  berlaku  dengan cara proses  perebakan  bandar  lalu membentuk  konurbasi






2.2. Sejarah pembandaran Rompin.

 Melalui  sejarah  pembandaran  yang  berbeza , kawasan  bandar Rompin  bermula  dengan  proses  pembandaran  Bandar Lama Rompin . Berkembang  selari  dengan  kerancakan aktiviti  perlombongan  bijih  besi  di Bukit Ibam  , Bandar Lama Rompin memainkan  fungsinya  sebagai  pusat perniagaan  dan  menyediakan pelbagai  perkhidmatan  kepada  penduduk setempat ,  buruh  yang  berulang alik  ke kawasan perlombongan  dan  anak-anak  kapal  yang terlibat  dalam urusan  pengangkutan  bijih  besi  di pelabuhan  yang  terletak  di Pantai Bernas / Lanjut Kuala Rompin.

-  Penyusutan  aktiviti  perlombongan  bijih  besi  di Bukit Ibam  menyebabkan  fungsi Bandar Lama Rompin turut terjejas . Pembinaan dan  proses menaik taraf   jajaran  jalan raya  pantai timur  yang  menghubungkan  Johor Bharu  , Kuantan  , Kuala Terengganu dengan Kota Baharu turut   membuka  dimensi  baru  kepada proses pembandaran  di Rompin . Bertindak  sebagai  pusat sehenti / transit laluan , Bandar Baru Rompin  dibina  dengan  harapan  akan  wujud lagi sebuah pusat pertumbuhan yang  baru  bagi  menggantikan bandar Lama Rompin . 

-   Lokasi Bandar baru Rompin yang  menyilangi  jajaran utama jalan raya Johor Bharu - Kota Bharu menyebabkan proses pembandaran di kawasan tersebut  berlaku dengan  kadar  yang agak  pesat. Daripada berfungsi  sebagai  pusat  transit  pengangkutan  , Bandar baru Rompin  kini  berperanan sebagai  pusat  perniagaan  , perkhidmatan  , kewangan  dan pentadbiran  bagi  daerah Rompin.


Bandar Bukit Ibam - berkembang  kerana aktiviti perlombongan.

  


2.3. Rompin dan Pembandarabn Masa Kini.                              ( Plan  induk  pembangunan bandar Rompin                    2012 - 2015 ) ( Perancangan ,  pelaksanaan  dan               kekangan ).

  Sebagai  pusat  pentadbiran  bagi  daerah Rompin  , pihak  berkuasa  tempatan  ( PBT ) ,  Majlis Daerah Rompin ( MDR ) memainkan  peranan  yang amat  penting  dalam menentukan kadar  dan arah aliran  pembangunan  dan proses pembandaran di bandar baru Rompin , bandar Muadzam Shah  dan  beberapa pusat  pertumbuhan  wilayah  yang  baru  seperi  Tanjung Gemok  ,   bandar Tun Razak / Keratong  dan Selancar. 




2.4. Rompin dan  kesan  Pembandaran terhadap  alam  sekitar .

- Secara  umumnya , proses  pembandaran  di Rompin akan  memberi kesan  kepada  alam  sekitar setempat.  Antara  kesan  yang  dapat  mungkin  dan  akan  berlaku  ialah :


1. Proses  hakisan  tanah.

Penebangan hutan / pembersihan  kawasan  pinggir pantai  untuk penyediaan  kawasan  petempatan  dan proses  pembandaran  - dedahkan  permukaan tanah  kepada   air  hujan  yang  membentuk larian air  permukaan  dan  menghakis butiran  tanah di permukaan.


2. Kejadian  gerakan  jisim  seperti  kesotan  tanah , tanah runtuh  dan  aliran  lumpur.

Penambakan  kawasan  paya  , meninggikan  tapak  pembinaan  menyebabkan  berlakunya  pergerakan  tanih / aliran  lumpur  apabila  permukaan  tanah  di penuhi  kelodak  dan  lumpur  ke kawasan yang  lebih  rendah  atau  ke alur-alur  sungai.


3. Pencemaran  Udara .

Pertambahan  kenderaan  dan  pelbagai  jentera  / mesin  dalam melaksanakan  pelbagai  aktiviti  ekonomi  akan  meningkatkan  pembebasan kadar bahan  cemar  seperti  gas  karbon  dioksida , gas karbon monoksida  , habuk  dan  debu  - menjejaskan / menyebabkan kemerosotan  kualiti  udara  di  kawasan bandar  Rompin.


4.  Pencermaran  air .

Pembuangan sisa  perniagaan  seperti  minyak  , sisa-sisa makanan  ,sampah  sarap , pembungkus  plastik  ,  sisa-sisa  sembelihan   dan  jualan  ikan   serta  penyaliran  pelbagai  jenis enfluen  dari sektor   domestik  dan  aktiviti perhotelan  yan  mengandungi  amonia   akan  menjejaskan  kualiti  air   sungai  . Antara  sungai  yang terjejas ialan  sungai  cemara  dan  sungai  kolek.


5.  Pencemaran  bunyi   dan  pencemaran  bau.

Pencemaran  ini  terjadi  apabila  proses  pembinaan  dilaksanakan . Bunyi  daripada  pelbagai  jenis  peralatan  yang  digunakan  akan mengganggu  keselesaan  penduduk  manakala  sisa-sisa  binaan  yang  terbiar akan  menyebarkan  bau  yang  kurang  selesa  kepada  penduduk.


6.  Jerebu .

Pembebasan  pelbagai  bahan  terampai  seperti  gas karbon dioksida , gas  karbon monoksida  , debu ,  habuk  pada  kepekatan  yang  tinggi daripada   sektor  pembinaan  dan  pengangkutan  akan  membentuk  jerebu  di  kawasan   bandar  Rompin. Fenomena  ini  lebih  ketara  jika  cuaca  persekitaran  panas   dan semasa  udara  kering.

 

7. Hujan  asid.

Fenomena yang  belum  mempunyai  kesan  yang  ketara  di  kawasan Rompin . Proses luluhawa  kimia  (  pengkarbonan &  pengoksidaan )     di  kawasan  ini  banyak  dipengaruhi  oleh  wap  masin  yang  dibawa  dari  laut . Tindakbalas  bahan-bahan toksid (  gas  karbon di okasida , karbon monoksida  )  yang  dibebaskan  oleh asap-asap  kenderaan mempunyai  kadar tindakbalas  yang  terlalu rendah  untuk  membentuk  hujan  asid. Walau bagaimanapun , dalam  tempah  jangka masa panjang  fenomena  ini  tetap  berlaku dan akan  memberi  kesan  terhadap kehidupan  penduduk Rompin.


8.  Kemusnahan  habitat  flora  dan  fauna.

Kawasan  pembandaran  yang  terhad  menyebabkan  kawasan pinggir bandar  yang  terdiri  daripada   kawasan  belukar   dan  paya  terpaksa  ditebusguna . Aktiviti penambakan  kawasan  paya akan  menyebabkan habitat  haiwan seperti  katak  ,  ikan  belacak  , siput  dan  lain-lain  terancam  dan  memungkinkan  dilanda  kepupusan. Di Rompin , fenomena  seperti  ini  dapat  dilihat dengan  jelas  di kawasan  Sepakat ,  Kampong Bahagia , Pantai Hiburan  dan  Tanjung Seratus . 

 

9. Kepupusan  spesis  tertentu  flora  dan  fauna.

Kepupusan  spesis  tertentu  flora   dan  fauna  biasanya  berlaku apabila  proses  pembangunan  yang dijalankan  memusnahkan  keseluruhan  ekosistem  semulajadi  di sesuatu  kawasan  lalu  membentuk  ekosistem yang  baru  iaitu  ekosistem buatan  manusia. Kemusnahan  keseluruhan sistem    rantaian makanan  dan  habitat asal  menyebabkan  spesis tertentu  flora  dan  fauna  tidak  dapat  menyesuaikan  diri dengan  ekosistem  yang  baru. Di Rompin  antara  spesis  flora  yang  hampir  pupus ialah  spesis  tertentu  periuk  kera , orkid  harimau   dan senduduk  putih.



2.5.  Rompin  dan Pembandaran Lestari .                                        ( Perancangan  dan cabaran )

-  Secara umumnya ,  terdapat  perubahan  yang  sangat  ketara dalam proses perancangan  dan pelaksaan pembangunan  di bandar Rompin. Menerusi pengamatan  , pembangunan bandar  Rompin  telah  dirancang berdasarkan konsep  pembangunan  yang  berteraskan kepada pembangunan  yang  mesra  alam.

-  Berdasarkan program Plan Induk  Pembangunan Bandar Rompin  2012 - 2025 , pihak  PBT ( Majlis Daerah Rompin / MDR ) telah merancang pembangunan  bandar Rompin yang  mengambilkira keperluan  proses pembandaran  yang  teratur dan  terancang. Perancangan  yang  teliti  dengan  mengambilkira  aspek  kelestarian alam sekitar  amat  penting untuk   kesejahteraan  penduduk  pada masa  akan datang.

-   Penguatkuasaan  undang-undang kecil  PBT  dan  lain-lain  Akta    . Dalam  hal  ini  ,  pihak  penguatkuasa perlu  tegas  dalam melaksanakan pelbagai  akta  dan  peraturan . Jabatan Alam Sekitar ( JAS )  perlu  menguatkuasakan  Akta Kualiti Alam Sekitar  1974 .   Majlis Daerah  Rompin  ( MDR )  pula  perlu  menguatkuasakan  Akta jalan . parit   dan  bangunan   1974 untuk  memastikan proses pembandaran  dilaksanakan  mengikut  garis  panduan yang  telah disediakan.


-    Kempen   dan  pendidikan  Alam  Sekitar.

Pihak  berkuasa  tempatan  ( MDR )   dengan  bantuan  NGO dan  pihak  swasta  seperti  SWCorp  boleh  melaksanakan pelbagai  jenis pendidikan   dan   kempen kesedaran  alam sekitar . Program  " inisiatif  kitar Semula "  (  K3R ) , Kempen "  hargai persekitaran kita "merupakan antara  usaha  yang boleh  digerakkan  untuk  memupuk rasa cinta  dan  sayang  kepada   alam sekitar.


-   langkah-langkah  pengurusan / taktikal / pemuliharaan .

1. Penyelengaraan  sistem  perparitan.

Sistem perparitan  yang  sempurna  merupakan  salah  satu  elemen  yang  penting  alam proses  pembangunan  yang  mapan . Keupayaan  membina  sistem  perparitan  yang mampu  menampung curahan  hujan  yang  luar biasa  amat  penting bagi  kawasan seperti   bandar Rompin. Selain  itu  , penyelenggaraan  sistem  perparitan  seperti  membersihkannya  daripada rumput  dan  tumbuhan  air  serta   sampah  secara berkala  juga   penting. Timbunan  pasir dan  kelodak  di alur-alur sistem perparitan  juga  perlu  selalu  di buang. Pengurusan zon atau  rezab  sungai  atau  sistem  perparitan  juga  perlu sentiasa  dipantau. Sebarang  binaan  di kawasan tersebut akan  mengganggu  proses penyelenggaraan  yang  ingin  dijalankan  oleh  pihak  JPS  daerah  Rompin.


2. Penyelengaran  jaringan  pengangkutan   dan sistem telekomunikasi.

3. Pengurusan dan pelupusan sisa  domestik  dan sisa organik  penduduk - Alam Flora  /  SWCorp.

 



Siri Tajamkan skill kita 3 : MEMAHAMI PERANAN KATA TUGAS DALAM MENTAFSIR / MENJAWAB SOALAN.



 Siri Tajamkan skill  kita 3 : MEMAHAMI  PERANAN KATA TUGAS   DALAM  MENTAFSIR / MENJAWAB SOALAN.


               

1.0. Isu :
 Keperluan  memahami setiap kata yang  membentuk soalan   amat  penting  agar  jawapan  pelajar menepati  kehendak  soalan  yang  sebenar serta  memberi " wajah " kepada  jawapan tersebut.


2.1. Penggunaan  kata  tugas " Nyatakan ,  namakan  , senaraikan " . 

                                                                                                               -   Kehendak soalan :

 Calon  hanya  perlu  menyatakan  / menamakan    / menyenaraikan  fakta   dengan  sedikit  huraian ). Huraian  mestilah  ringkas  , tepat  dan  padat.

- Huraian  fakta  mungkin  tentang  ciri  , tafsiran , peneguhan.

- Digalakkan penggunaan " yang "

-    Contoh Soalan : 
Nyatakan  indikator  sesebuah  petempatan desa  sedang mengalami  proses tranformasi .

-  Contoh jawapan : 
1. Berlaku perubahan gaya  hidup penduduk daripada trasidional  kepada  moden.
2. Berlaku pertambahan  penggunan  teknologi dalam  aktiviti hidup  seharian  dan  kegiatan  ekonomi  penduduk.




2.2. Pengunaan  kata tugas :  " Huraikan / Terangkan / Jelaskan "  .                                                                                                        -   Kehendak soalan :
Calon  perlu  menerangkan  / menjelaskan  / menghuraikan  isu yang  dibangkitkan dalam  soalan .Memerlukan  jawapan  yang  lebih  lengkap ( Fakta  , huraian  dan  contoh ).

-    Contoh Soalan : 
Huraikan  bagaimanakah  aktiviti perikanan  boleh  menjejaskan  kualiti air. .

-  Contoh jawapan :
Rangka  jawapan .
- Penggunaan kaedah perikanan  yang salah -  menuba  / mengebom  -  racun / toksid  tersebar : pembagai  sidupan  akuatik yang  lain   mati - air  berbau .
Contoh jawapan :
Penggunaan  kaedah perikanan  yang  salah  dalam sektor perikanan boleh menjejaskan  kualiti air. Aktiviti  menangkap  ikan  dengan  cara menuba dan menggunakan  bom  akan menyebabkan bahan-bahan toksid tersebar di dalam air. Selain  itu , pelbagai  hidupan akuatik yang  lain  seperti  ular  air  dan  belut akan  menyebabkan air menjadi  berbau  lalu  menyebabkan  kualiti air  tersebut merosot.
 


2.3. Pengunaan kata  tugas " Cadangkan , berikan idea "  .               
 -   Kehendak soalan 
Calon  perlu  mencadangkan  /  memberi  idea  tentang sesuatu  isu  yang  perlu  di selesaikan  dalam  soalan  .                                           -  Cadangan   jawapan  MESTI  RELEVAN/SELARI   dengan kehendak soalan / isu yang  dibangkitkan  dalam  soalan ( Fakta  , huraian  dan  contoh ).

-    Contoh Soalan : 
Sebagai sorang pegawai  di pejabat  Lembaga  Penduduk   & Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ) , anda diminta mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi  masalah penurunan kadar  kelahiran  pada  masa  kini  .

-  Contoh jawapan : 
Rangka Jawapan.
1. Tingkatkan kadar  kelahiran  - insentif  kepada  keluarga  yang  ramai.
2.  Pertingkatkan  teknologi  perubatan - rawatan  kepada golongan yang sukar  mendapat anak.
Contoh Jawapan :
Antara  langkah  untuk  mengatasi  masalah  penurunan kadar kelahiran di Malaysia  pada  masa ini  ialah  meningkatkan kadar  kelahiran . hal  ini  dapat  dilakukan  dengan menurunkan kadar  had minima  umur perkahwinan  daripada  18  tahun  kepada  15 tahun. Secara umumnya , kadar kesuburan  yang  tinggi  dan    perkahwinan   yang  muda  akan berupaya meningkatkan kadar  kelahiran .
Langkah  yang  seterusnya  ialah  mempertingkatkan  teknologi perubatan . Keupayaan pihak  kerajaan menyediakan  kaedah  rawatan kesuburan seperti Persenyawaan in vitro ( IVT )  ,  ibu tumpang  dan  sebagainya  akan membantu mengatasi masalah kesukaran ibu mengandung  lalu  meningkatkan kadar  kelahiran .


2.4. Penggunnaan kata  tugas " wajarkah  , setujukah , bincangkan "  .  
                                                                                                                 -    Kendak soalan 
Calon  perlu  menyataka pendirian ( wajar @ tidak wajar ) . Kemudian disertai  dengan fakta  sokongan  @  bantahan terhadap isu yang  dibincangkan  dalam  soalan.  ( Fakta  , huraian  dan  contoh ).

-    Contoh Soalan : 
Huraikan  wajar atau tidak  kerajaan  Malaysia  menghadkan  kemasukan buruh  asing pada  ketika  ini ? .

-  Contoh jawapan : 
Rangka  Jawapan :
1. Nyatakan pendirian.
2. Sertakan  alasan ( perlu  selari  dengan pendirian ).
Contoh Jawapan :
Adalah  amat  wajar kerajaan Malaysia  menghadkan kemasukan buruh asing ke negara  ini  kerana akan  dapat  mengurangkan  persaingan dalam  mencari pekerjaan  dengan  penduduk tempatan. Sektor-sektor  ekonomi  seperti  pertanian  dan  pembinaan  perlu dibuka kepada  pekerja-pekerja  tempatan. Secara tidak  langsung ,   langkah  ini akan dapat meningkatkan pendapatan mereka disamping  mengatasi  masalah pengangguran  .


2.5. Penggunnaan kata  tugas " Tentusahkan  "  .                                                                                                                                         -   Kehendak soalan 
Calon  perlu  menyatakan pendirian (  mengesahkan  ) . Kemudian disertai  dengan fakta  sokongan   terhadap isu yang  dibincangkan  dalam  soalan.  ( Fakta  , huraian  dan  contoh ).

-    Contoh Soalan : 
Tentusahkan  bahawa  aktiviti  pembandaran  masa kini  lebih berperanan  dalam  membentuk budaya bandar  yang  lestari.

-  Contoh jawapan : 
Rangka  Jawapan :
1. Nyatakan pendirian ( pengesahan  biasanya  diperakukan  diperenggan akhir jawapan )
2. Sertakan  alasan ( perlu  selari  dengan pendirian ).
Contoh Jawapan :
Proses pembandaran  masa kini dilihat  ,  lebih berperanan dalam membentuk budaya bandar  lestasi  kerana plan induk  pembangunan  bandar akan mengambil kira aspek  pembandaran  yang  mesra  alam . Dengan  konsep bandar  dalam  taman , lebih  banyak pokok akan ditanam . Selain  itu  , kewujudan lebih banyak  badan  air  seperti  tasik-tasik  rekreasi  dan kolam-kolam takungan  akan  membantu proses  penyederhanaan  suhu.
Dari huraian  di atas  , sahlah dengan  jelas aktiviti pembandaran  di Malaysia  masa kini sememangnya  berperanan  dalam  membentuk  proses pembandaran  lestari.( perenggan kesimpulan / rumusan ).

 

2.6. Penggunnaan kata  tugas " nilaikan  "                                                                                       
Kehendak soalan  
Calon  perlu   menilai   dan  menyatakan  pendirian tentang sesuatu  isu yang  dibincangkan  dalam   soalan  . Nilaian  disertai  dengan fakta  sokongan  @  bantahan terhadap isu yang   perlu   dibincangkan  dalam  soalan.  ( Fakta  , huraian  dan  contoh ).

-     Contoh Soalan : 
Nilaikan peranan  kerjaaan  dalam  meningkatkan  perkembangan sektor pertanian  di Malaysia  ? .

-  Contoh jawapan : 
Rangka  Jawapan :
1. Nyatakan pendirian.
Kaitkan peranan kerajaan  dan faktor lain dalam usaha meningkatkan perkembangan sektor  pertanian.
2. Sertakan  alasan ( perlu  selari  dengan pendirian ).
3.  Bandingkan  peranan kerajaan dan faktor yang  lain.
Contoh Jawapan :
Antara peranan  kerajaan yang  telah  berjaya  meningkatkan perkembangan  sektor  pertanian ialah  melaksanakan pelbagai penyelidikan yang  dijalankan oleh pihak  MARDI. mela pelbagai  penyelidikan  yang  dijalankan  , para  petani  dapat melaksanakan aktiviti pertanian  dengan pelbagai  inovasi  yang  baru . Penggunan  bak-baka  tanaman  yang  berkualiti  tinggi  ,  kaedah pengurusan sektor  pertanian serta  jentera  dan mesin  secara meluas berupaya  meningkatkan  pengeluaran  hasil tanaman  petani.
Faktor  bentuk  muka  bumi tanah pamah  yang  rendah  , luas  dan rata  turut  mempengaruhi  perkembangan  sektor  pertanian . Hal  ini kerana bentuk  muka  bumi tanah  pamah  lebih mudah  untuk petani-petani  membuka  kawasan  pertanian serta  membina  pelbagai  prasarana pertanian  seperti  jalan raya , sistem perparitan  dan  lain-lain.
Dari huraian  di atas  ,  jelaslah  pihak  kerjaan  memainkan peranan  yang  sangat besar dalam menggalakkan  perkembangan sktor pertanian di Malaysia . Walau bagaimanapun faktor-faktor seperti  bentuk  muka bumi , pasaran  , modal  dan  lain-lain  turut menyumbang  terhadap  perkembangan tersebut ( perenggan kesimpulan / rumusan ).


  . 

Siri Tajamkan skill kita 2 : MEMAHAMI PENGGUNAAN KATA TANYA DALAM MENTAFSIR / MENJAWAB SOALAN.


Siri Tajamkan skill  kita 2 : MEMAHAMI  PENGGUNAAN KATA TANYA   DALAM  MENTAFSIR / MENJAWAB SOALAN.


1.0. Isu :
Keperluan  memahami setiap kata  tugs amat  penting  agar  jawapan  pelajar menepati  kehendak  soalan  yang  sebenar serta  memberi " wajah " kepada  jawapan tersebut.

 


2.0. Pengunaan  kata  tanya  " apakah  "

-    Kehendak soalan
Calon perlu  menyatakan / menyenaraikan / menamakan  " apa " - elemen   , konsep  ,  program  dll.                        -   Jawapan  perlu  ditulis   dengan  tepat  dan disampaikan  dengan  ayat  yang  padat dan  ringkas. 
-  Perlukan  sedikit  huraian  berbentuk   ciri ,  sifat  dll fakta. 

-  Contoh Soalan : 
Nyatakan  apakah   indikator  sesebuah  petempatan desa  sedang mengalami  proses tranformasi .

-  Contoh jawapan : 
Berlaku perubahan pola  dan cara guna tanah  daripada kaedah  tradisional  kepada  kaedah  moden.
 


2.1. Penggunaan kata  tanya  " mengapakah "  .                                
-   Kehendak soalan :
Calon  perlu  menerangkan  / menjelaskan  / menghuraikan sebab ( punca ) sesuatu  fenomena , penyebab  sesuatu kejadian  terjadi  dan lain-lain ( Alasan )                                                                                  - Memerlukan  jawapan  yang  lebih  lengkap ( Fakta  , huraian  dan  contoh ). 
- Terdapat jaringan  fakta yang  lengkap dalam  setiap perenggan. 

-    Contoh Soalan : 
Jelaskan  mengapakah   sektor  pertanian  perlu  ditranformasikan ?

-  Contoh jawapan : 
Aktiviti  pertanian  perlu  ditranformasikan untuk memenuhi keperluan sumber  makanan   dan peluang  pekerjaan  penduduk  yang  semakin  bertambah . 


2.2. Penggunaan kata tanya  " berapakah  " .                                   
-   Kehendak soalan :
Calon  perlu  membuat  pengiraan  terhadap  sesuatu aliran  data  yang  diberikan .
 
-   Contoh Soalan : 
Berdasarkan  jadual  di bawah  , kirakan imbangan  perdagangan antara Malaysia  dengan  negara A  pada  tahun  2010 .
                       Tahun               Import.                Eksport.
                                              (  RM bilion )     ( RM bilion )                                        2010                     45                     55
                        2015                    50                     45                            

-  Contoh    jawapan :            
Imbangan Perdagangan  = Eksport - import ( tahun  semasa ). 
                                        =    45  - 55 ( RM bilion )
                                        =    RM 10 bilion .




2.3. Pengunaan  kata   tanya   "  bagaimanakah "  .                         
-   Kehendak soalan 
Calon  perlu  menerangkan  / menjelaskan  / menghuraikan  proses  , fasa-fasa terjadinya  sesuatu  fenomena  / kejadian dan lain-lain .
- Memerlukan  jawapan  yang  lebih  lengkap ( Fakta  , huraian / tentang  proses   dan  contoh ).

-    Contoh Soalan : 
Huraikan bagaimanakah   aktiviti  pertanian ladang  menjejaskan kualiti  alam  sekitar  ?

-  Contoh jawapan : 
Rangka jawapan . 
- Penebangan  hutan  secara besar-besaran untuk penyediaan ladang  -  permukaan tanah terdedah kepada air hujan .  Hujan lebat - kadar  larian air permukaan tinggi - hakisan  galir  dan galur  giat. 
Contoh penulisan .
Proses penebangan hutan secara besar-besaran untuk penyediaan kawasan ladang akan  mendedahkan permukaan tanah kepada air  hujan. Hujan  yang  lebat akan menyebabkan kadar larian permukaan yang  tinggi . Hal  ini akan  meningkatkan kadar  hakisan galir  dan galur. 


2.4. Pengunaan kata  tanya  " Sejauhmanakah "  .                            
-   Kehendak soalan 
Calon  perlu  menerangkan  / menjelaskan  / menghuraikan " setakat mana "  sesuatu isu yang  dibangkitkan dalam  soalan .
- Memerlukan   penegasan / peneguhan   terhadap penyampaian   fakta   serta  kesimpulan .  Fakta  utama  mungkin dalam bentuk kepentingan   , faktor  , cabaran  dll ( bergantung  kepada isu yang  ditimbulkan  dalam  soalan. 

-    Contoh Soalan : 
Huraikan sejauhmanakah  aktiviti  akuakultur perlu  dimajukan di Malaysia  pada masa  kini. 

-  Contoh jawapan : 
Rangka jawapan :
Dapat memenuhi keperluan sumber makan /sumber protien  penduduk  dalam  musim  tengkujuh.
Berupaya menjadi  sumber pendapatan  sambilan penduduk .
Contoh  penulisan :
-   Aktiviti akuakultur seperti pemeliharaan ikan  patin , talapia merah  , baung  , keli  dan  lain-lain   perlu dimajukan di Malaysia pada masa kini  kerana sektor ini berupaya meningkatkan penghasilan  terhadap sumber makanan   dan  protien  kepada  penduduk  yang  semakin meningkat.
-   Perkembangan sektor  ini  juga akan  menyediakan banyak  peluang  pekerjaan  kepada  penduduk . Hal  ini  secara  tidak langsung  boleh  dijadikan sumber  pendapatan  sambilan  bagi  petani . Bagi  nelayan  pula , aktiviti  akuakultur  pula boleh  dijadikan  sebagai  aktiviti  ekonomi   gantian jika  mereka  tidak  dapat turun  ke laut untuk  menangkap ikan.  Bagi  nelayan  yang tinggal  di pantai timur Semenanjung Malaysia , mereka  boleh  mengusahakan aktiviti  akuakultur  pada musim  tengkujuh . 



Thursday, 24 September 2020

Sembang Santai : TRANSFORMASI PETEMPATAN KAWASAN PINGGIR BANDAR ROMPIN .

 Sembang Santai :  TRANSFORMASI  PETEMPATAN                                KAWASAN PINGGIR  BANDAR  ROMPIN .                  

     ( Satu Ilusi atau Realiti ) - satu  tinjauan .


1.0. Isu .

- Pembangunan  dan  petempatan merupakan dua perkara  yang  tidak boleh  dipisahkan . Pembangunan merupakan satu usaha atau proses  mengupayakan  sesuatu  petempatan dengan mengekplotasi pelbagai  sumber alam  dan manusia yang  ada untuk meningkatkan sosioekonomi  penduduk setempat.  

 

2.0.  Konsep Transformasi  Desa.

-  Transformasi  desa   merujuk  kepada  peningkatan  aspek sosioekonomi penduduk  kesan  daripada  pembangunan yang dijalankan  di sesuatu  kawasan.

-   Antara Indikator tranformasi desa  yang  dapat  dilihat  ialah :

1. Indikator Ekonomi.

- Pertambahan peluang  pekerjaan.

- Peningkatan  pendapatan perkapita  penduduk.

- Peningkatan kuasa beli  dan  keupayaan tabungan  penduduk.

- Peningkatan  dalam  pemilikan  harta.

- Wujud pelbagai  kesan  pengganda  ekonomi.

- Permintaan terhadap  bahan  mentah tempatan  semakin meningkat.

2. Indikator Sosial

-  Peningkatan taraf  pendidikan.

-  Peningkatan taraf  kesihatan.

-  Peningkatan  taraf  hidup.

-  Kemudahan  infrastruktur ( jalan raya ,bekalan elektrik  , bekalan air bersih )  semakin  lengkap / baik.

-  Kemudahan  awam ( sekolah  , dewan orang  ramai  , klinik , balai polis , balai  bomba  ,  masjid  )   yang semakin lengkap.

-  Perubahan gaya  hidup  dan  pola  pemikiran  penduduk  daripada  tradisional  kepada gaya  hidup yang  lebih moden.

3. Indikator fizikal.

-  Perubahan pola  dan cara  guna  tanah .

 

3.0.  Strategi  Transformasi  Desa.

1. Pembangunan  in situ.

-  Kerajaan  menyediakan  pelbagai  kemudahan infrastruktur  ( jalan raya  , bekalan  air  bersih  , bekalan elektrik )  dan kemudahan awam ( sekolah  , klinik  desa  ,  dewan orang  ramai  ,  masjid  dan lain-lain )  di kawasan  desa. 

-  Kemudahan infrastruktur  dan awam  yang  lengkap akan  membantu penduduk menjalankan  kegiatan  harian  dan ekonomi mereka  dengan  lebih  berjaya.


2. Projek Pertanian   bersepadu.

-   Melalui pelaksanaan projek  kerajaan yang  menyatupadukan semua agensi kerajaan  untuk  memajukan sesebuah  kawasan melalui aktiviti  ekonomi  yang  lebih terancang  dan  berfokus. 

-    Agensi-agensi  kerajaan  akan melaksanakan pembangunan mengikut  peranan  yang  telah digariskan  kepada  mereka . Contohnya, Dalam  Projek  Pertanian Bersepadu Barat Laut  Selangor ,  JKR  diberi peranan  untuk  membina  dan menyelenggara sistem jalan raya ,  JPS - membina  dan  menyelenggara sistem perparitan / pengairan  , MARDI - melaksanakan RND , LPPK - memberi khidmat nasihat  , bantuan  input-input pertanian (  benih , baja , jentera ) , AGRO BANK - pinjaman modal  , BERNAS - pemasaran hasil  tuaian  petani .


3. Projek Rancangan Pembangunan Wilayah.

-  Kerajaan  melalui  Lembaga kemajuan Tanah  Persekutuan              ( FELDA )  membuka  kawasan-kawasan  pertanian berskala  besar dan ditanam dengan  pelbagai  tanaman komersial /jualan.

-  Petempatan FELDA  yang  dilengkapi  dengan pelbagai  kemudahan infrastruktur  ( jalan raya , bekalan elektik , bekalan iar bersih )  dan kemudahan awam ( sekolah , klinik desa  ,masjid , ruang  pernigaan dll ) akan  menjadi pusat  pertumbuhan  yang  baru  di kawasan-kawasan terpencil / mundur.

  

4. Perindustrian  desa.

-  Industri  desa merujuk pelbagai  jenis  aktiviti perkilangan yang berkaitrapat  aktiviti pemprosesan  dan  pembuatan  berasaskan  bahan mentah yang  terdapat  di kawasan tersebut. 

-  Antara aktiviti industri  desa  ialah  kilang memproses keropok , kilang  memproses kerepek , kilang membuat makanan tradisional dan lain-lain.

   

5. Pembandaran  desa.

- Proses  menjadikan   desa yang  berpotensi sebagai yang mampu andar  ynukleus pembangunan  di kawasan  yang terpencil  dan  mundur.  

- Kewujudan  UTC  sebagai  pusat  sehenti  pentadbiran akan  meningkatkan fungsi  desa tersebut  dan menyebabkannya lebih  mudah dibangunkan.


4.0.  Pola  Proses Transformasi  Desa Di Rompin.

-  Secara  umumnya , pola  proses tranformasi desa  di Rompin  memperlihatkan  perkembangan  yang  meningkat. Kaedah  pembangunan  in-situ digunakan  secara meluas  di kampong-kampung tradisional . Kemudahan infrastruktur   seperti jalan raya , bekalan air  dan bekalan elektrik yang  baik   terdapat  di hampir  semua perkampungan  di daerah Rompin. Ini  termasuklah  di kawasan petempatan  masyarakat seperti  di Kedaik  , Denai , Bukit Serok dan Sungai Mok.

Kampong-kampong tradisional di sekitar Rompin.



Kemudahan infrastruktur  di kampong Janglau  , Rompin.


-  Selain  itu  , kewujudan pelbagai  Tanah Rancangan yang  dibuka  oleh FELDA turut  meningkatkan kualiti sosioekonomi penduduk Rompin .  Gugusan  Selendang  , Selancar  , Keratong  merupakan antara kawasan tanah rancangan yang  terdapat  di kawasan Rompin.

Petempatan  Felda  di daerah  Rompin.


Antara  petempatan Felda  di daerah Rompin.

Antara  projek perindustrian  desa  yang  terdapat  di kawasan Rompin  ialah industri memproses keropok . Terdapat  beberapa  pengusaha industri ini di kawasan  bandar Rompin , Simpang Sepayang  dan  Tanjung Gemok.

Antara  Kilang  memproses keropok  di Rompin


Kilang memproses keropok .


Kilang  membuat  kerepek .

-    Proses  pembandaran desa  di Rompin  pula  tertumpu  di kawasan  desa  yang  berpotensi untuk terus membangun  . Antara  petempatan  desa  yang   sedang  berkembang dan berpotnsi  menjadi  bandar  ialah  kampong Tekek   Pulau Tioman ,  kampong Tanjung  Gemok  dan bandar 22  di gugusan Keratong ( F ). 

-   Kampong Tekek  Pulau Tioman akan  berkembang  sebagai  bandar  kerana  kampong  ini  dijadikan  pusat  pentadbiran  kecil  bagi Perbadanan  kemajuan Pulau Tioman . Di kampong Tekek  terdapat bank . sekolah , lapangan  terbang  kecil dan  pelbagai kemudahan yang  lain.

Lokasi Kampong Tekek , Pulau  Tioman.


Antara  kemudahan  asas  di kampong Tekek.


-   Kampong Tanjung  Gemok  pula  berpotensi  dijadikan  bandar  kerana kedudukannya  yang  bersempadan  dengan  bandar Endau di Johor.  Fungsi  Kampong  Tanjung Gemok sebagai  pusat transit pelancong ke Pulau Tioman  dan tempat  sehenti bagi pengguna jalan raya  utama jajaran  pantai  timur menjadikan  ia berkembangan  dengan pesat. kemudahan hotel  , kedai  makan  dan ruang rehat  yang luas menjadikan ia  sabagai tempat  istirehat yang  sangat sesuai bagi pemandu lori  dan bas  yang selalu  menggunakan  laluan  ini.

Peta  kedudukan  kampong Tanjung Gemok.


Foto satelit  permandangan  kampong Tanjung Gemok

                                                            

Jeti Tanjung Gemok dan sebahagian  daripada bangunan kedai.


                        
Hotel Jeti Tanjung Gemok adalah  antara kemudahan
untuk pelancong ke Tioman menginap.