Monday 28 September 2020

Sembang Santai : ROMPIN & PERBANDARAN . ( SATU TINJAUAN).

 Sembang Santai :   ROMPIN  & PERBANDARAN .                             ( SATU  TINJAUAN). 


1.0. Isu .

- Pembandaran adalah  satu  proses " pendewasaan "  sesuatu petempatan . Biasanya  sesuatu  petempatan akan terus  berkembang  selari  dengan  proses pembangunan  fizikal  dan sosioekonomi  yang  dilalui . Dalam  hal  ini , bandar Rompin  turut  tidak  ketinggalan . Proses pembandaran  yang  berlaku  mungkin  agak  perlahan ataupun  memang  itulah  kadar pembangunan yang disasarkan oleh PBT  untuk mengawal " limpahan " pembanguan yang  tidak terkawal. Penulisan  ini akan  menyorot isu tersebut.

 

Proses pembandaran.


2.0 Kupasan. 

Sebagai  petempatan  terawal  di bahagian  selatan negeri Pahang , bandar Rompin  sepatutnya  merupakan   bandar  yang  menjadi  pusat pertumbuhan utama di daerah  Rompin .

-   Dengan  pelbagai  ruang  dan  peluang  yang  disediakan  oleh Kerajaan negeri Pahang , sewajarnya  bandar Rompin akan  berupaya  membangun sebagai  sebuah  bandar  yang terancang  dengan  menerapkan  konsep  Pembandaran Lestari  secara  meluas.


Udang galah icon bandar Rompin


2.1. Konsep pembandaran.

 Pembandaran  adalah  satu  proses  menjadikan  sesuatu  petempatan  sebagai  bandar melalui pelbagai inisiatif  pihak  kerjaaan   seperti  proses pembandaran baru atau  menaik taraf  bandar  yang  sedia ada. Pembandaran  juga  boleh  berlaku  dengan cara proses  perebakan  bandar  lalu membentuk  konurbasi






2.2. Sejarah pembandaran Rompin.

 Melalui  sejarah  pembandaran  yang  berbeza , kawasan  bandar Rompin  bermula  dengan  proses  pembandaran  Bandar Lama Rompin . Berkembang  selari  dengan  kerancakan aktiviti  perlombongan  bijih  besi  di Bukit Ibam  , Bandar Lama Rompin memainkan  fungsinya  sebagai  pusat perniagaan  dan  menyediakan pelbagai  perkhidmatan  kepada  penduduk setempat ,  buruh  yang  berulang alik  ke kawasan perlombongan  dan  anak-anak  kapal  yang terlibat  dalam urusan  pengangkutan  bijih  besi  di pelabuhan  yang  terletak  di Pantai Bernas / Lanjut Kuala Rompin.

-  Penyusutan  aktiviti  perlombongan  bijih  besi  di Bukit Ibam  menyebabkan  fungsi Bandar Lama Rompin turut terjejas . Pembinaan dan  proses menaik taraf   jajaran  jalan raya  pantai timur  yang  menghubungkan  Johor Bharu  , Kuantan  , Kuala Terengganu dengan Kota Baharu turut   membuka  dimensi  baru  kepada proses pembandaran  di Rompin . Bertindak  sebagai  pusat sehenti / transit laluan , Bandar Baru Rompin  dibina  dengan  harapan  akan  wujud lagi sebuah pusat pertumbuhan yang  baru  bagi  menggantikan bandar Lama Rompin . 

-   Lokasi Bandar baru Rompin yang  menyilangi  jajaran utama jalan raya Johor Bharu - Kota Bharu menyebabkan proses pembandaran di kawasan tersebut  berlaku dengan  kadar  yang agak  pesat. Daripada berfungsi  sebagai  pusat  transit  pengangkutan  , Bandar baru Rompin  kini  berperanan sebagai  pusat  perniagaan  , perkhidmatan  , kewangan  dan pentadbiran  bagi  daerah Rompin.


Bandar Bukit Ibam - berkembang  kerana aktiviti perlombongan.

  


2.3. Rompin dan Pembandarabn Masa Kini.                              ( Plan  induk  pembangunan bandar Rompin                    2012 - 2015 ) ( Perancangan ,  pelaksanaan  dan               kekangan ).

  Sebagai  pusat  pentadbiran  bagi  daerah Rompin  , pihak  berkuasa  tempatan  ( PBT ) ,  Majlis Daerah Rompin ( MDR ) memainkan  peranan  yang amat  penting  dalam menentukan kadar  dan arah aliran  pembangunan  dan proses pembandaran di bandar baru Rompin , bandar Muadzam Shah  dan  beberapa pusat  pertumbuhan  wilayah  yang  baru  seperi  Tanjung Gemok  ,   bandar Tun Razak / Keratong  dan Selancar. 




2.4. Rompin dan  kesan  Pembandaran terhadap  alam  sekitar .

- Secara  umumnya , proses  pembandaran  di Rompin akan  memberi kesan  kepada  alam  sekitar setempat.  Antara  kesan  yang  dapat  mungkin  dan  akan  berlaku  ialah :


1. Proses  hakisan  tanah.

Penebangan hutan / pembersihan  kawasan  pinggir pantai  untuk penyediaan  kawasan  petempatan  dan proses  pembandaran  - dedahkan  permukaan tanah  kepada   air  hujan  yang  membentuk larian air  permukaan  dan  menghakis butiran  tanah di permukaan.


2. Kejadian  gerakan  jisim  seperti  kesotan  tanah , tanah runtuh  dan  aliran  lumpur.

Penambakan  kawasan  paya  , meninggikan  tapak  pembinaan  menyebabkan  berlakunya  pergerakan  tanih / aliran  lumpur  apabila  permukaan  tanah  di penuhi  kelodak  dan  lumpur  ke kawasan yang  lebih  rendah  atau  ke alur-alur  sungai.


3. Pencemaran  Udara .

Pertambahan  kenderaan  dan  pelbagai  jentera  / mesin  dalam melaksanakan  pelbagai  aktiviti  ekonomi  akan  meningkatkan  pembebasan kadar bahan  cemar  seperti  gas  karbon  dioksida , gas karbon monoksida  , habuk  dan  debu  - menjejaskan / menyebabkan kemerosotan  kualiti  udara  di  kawasan bandar  Rompin.


4.  Pencermaran  air .

Pembuangan sisa  perniagaan  seperti  minyak  , sisa-sisa makanan  ,sampah  sarap , pembungkus  plastik  ,  sisa-sisa  sembelihan   dan  jualan  ikan   serta  penyaliran  pelbagai  jenis enfluen  dari sektor   domestik  dan  aktiviti perhotelan  yan  mengandungi  amonia   akan  menjejaskan  kualiti  air   sungai  . Antara  sungai  yang terjejas ialan  sungai  cemara  dan  sungai  kolek.


5.  Pencemaran  bunyi   dan  pencemaran  bau.

Pencemaran  ini  terjadi  apabila  proses  pembinaan  dilaksanakan . Bunyi  daripada  pelbagai  jenis  peralatan  yang  digunakan  akan mengganggu  keselesaan  penduduk  manakala  sisa-sisa  binaan  yang  terbiar akan  menyebarkan  bau  yang  kurang  selesa  kepada  penduduk.


6.  Jerebu .

Pembebasan  pelbagai  bahan  terampai  seperti  gas karbon dioksida , gas  karbon monoksida  , debu ,  habuk  pada  kepekatan  yang  tinggi daripada   sektor  pembinaan  dan  pengangkutan  akan  membentuk  jerebu  di  kawasan   bandar  Rompin. Fenomena  ini  lebih  ketara  jika  cuaca  persekitaran  panas   dan semasa  udara  kering.

 

7. Hujan  asid.

Fenomena yang  belum  mempunyai  kesan  yang  ketara  di  kawasan Rompin . Proses luluhawa  kimia  (  pengkarbonan &  pengoksidaan )     di  kawasan  ini  banyak  dipengaruhi  oleh  wap  masin  yang  dibawa  dari  laut . Tindakbalas  bahan-bahan toksid (  gas  karbon di okasida , karbon monoksida  )  yang  dibebaskan  oleh asap-asap  kenderaan mempunyai  kadar tindakbalas  yang  terlalu rendah  untuk  membentuk  hujan  asid. Walau bagaimanapun , dalam  tempah  jangka masa panjang  fenomena  ini  tetap  berlaku dan akan  memberi  kesan  terhadap kehidupan  penduduk Rompin.


8.  Kemusnahan  habitat  flora  dan  fauna.

Kawasan  pembandaran  yang  terhad  menyebabkan  kawasan pinggir bandar  yang  terdiri  daripada   kawasan  belukar   dan  paya  terpaksa  ditebusguna . Aktiviti penambakan  kawasan  paya akan  menyebabkan habitat  haiwan seperti  katak  ,  ikan  belacak  , siput  dan  lain-lain  terancam  dan  memungkinkan  dilanda  kepupusan. Di Rompin , fenomena  seperti  ini  dapat  dilihat dengan  jelas  di kawasan  Sepakat ,  Kampong Bahagia , Pantai Hiburan  dan  Tanjung Seratus . 

 

9. Kepupusan  spesis  tertentu  flora  dan  fauna.

Kepupusan  spesis  tertentu  flora   dan  fauna  biasanya  berlaku apabila  proses  pembangunan  yang dijalankan  memusnahkan  keseluruhan  ekosistem  semulajadi  di sesuatu  kawasan  lalu  membentuk  ekosistem yang  baru  iaitu  ekosistem buatan  manusia. Kemusnahan  keseluruhan sistem    rantaian makanan  dan  habitat asal  menyebabkan  spesis tertentu  flora  dan  fauna  tidak  dapat  menyesuaikan  diri dengan  ekosistem  yang  baru. Di Rompin  antara  spesis  flora  yang  hampir  pupus ialah  spesis  tertentu  periuk  kera , orkid  harimau   dan senduduk  putih.



2.5.  Rompin  dan Pembandaran Lestari .                                        ( Perancangan  dan cabaran )

-  Secara umumnya ,  terdapat  perubahan  yang  sangat  ketara dalam proses perancangan  dan pelaksaan pembangunan  di bandar Rompin. Menerusi pengamatan  , pembangunan bandar  Rompin  telah  dirancang berdasarkan konsep  pembangunan  yang  berteraskan kepada pembangunan  yang  mesra  alam.

-  Berdasarkan program Plan Induk  Pembangunan Bandar Rompin  2012 - 2025 , pihak  PBT ( Majlis Daerah Rompin / MDR ) telah merancang pembangunan  bandar Rompin yang  mengambilkira keperluan  proses pembandaran  yang  teratur dan  terancang. Perancangan  yang  teliti  dengan  mengambilkira  aspek  kelestarian alam sekitar  amat  penting untuk   kesejahteraan  penduduk  pada masa  akan datang.

-   Penguatkuasaan  undang-undang kecil  PBT  dan  lain-lain  Akta    . Dalam  hal  ini  ,  pihak  penguatkuasa perlu  tegas  dalam melaksanakan pelbagai  akta  dan  peraturan . Jabatan Alam Sekitar ( JAS )  perlu  menguatkuasakan  Akta Kualiti Alam Sekitar  1974 .   Majlis Daerah  Rompin  ( MDR )  pula  perlu  menguatkuasakan  Akta jalan . parit   dan  bangunan   1974 untuk  memastikan proses pembandaran  dilaksanakan  mengikut  garis  panduan yang  telah disediakan.


-    Kempen   dan  pendidikan  Alam  Sekitar.

Pihak  berkuasa  tempatan  ( MDR )   dengan  bantuan  NGO dan  pihak  swasta  seperti  SWCorp  boleh  melaksanakan pelbagai  jenis pendidikan   dan   kempen kesedaran  alam sekitar . Program  " inisiatif  kitar Semula "  (  K3R ) , Kempen "  hargai persekitaran kita "merupakan antara  usaha  yang boleh  digerakkan  untuk  memupuk rasa cinta  dan  sayang  kepada   alam sekitar.


-   langkah-langkah  pengurusan / taktikal / pemuliharaan .

1. Penyelengaraan  sistem  perparitan.

Sistem perparitan  yang  sempurna  merupakan  salah  satu  elemen  yang  penting  alam proses  pembangunan  yang  mapan . Keupayaan  membina  sistem  perparitan  yang mampu  menampung curahan  hujan  yang  luar biasa  amat  penting bagi  kawasan seperti   bandar Rompin. Selain  itu  , penyelenggaraan  sistem  perparitan  seperti  membersihkannya  daripada rumput  dan  tumbuhan  air  serta   sampah  secara berkala  juga   penting. Timbunan  pasir dan  kelodak  di alur-alur sistem perparitan  juga  perlu  selalu  di buang. Pengurusan zon atau  rezab  sungai  atau  sistem  perparitan  juga  perlu sentiasa  dipantau. Sebarang  binaan  di kawasan tersebut akan  mengganggu  proses penyelenggaraan  yang  ingin  dijalankan  oleh  pihak  JPS  daerah  Rompin.


2. Penyelengaran  jaringan  pengangkutan   dan sistem telekomunikasi.

3. Pengurusan dan pelupusan sisa  domestik  dan sisa organik  penduduk - Alam Flora  /  SWCorp.

 



No comments:

Post a Comment