Sembang Santai : TRANSFORMASI PETEMPATAN KAWASAN PINGGIR BANDAR ROMPIN .
( Satu Ilusi atau Realiti ) - satu tinjauan .
1.0. Isu .
- Pembangunan dan petempatan merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan . Pembangunan merupakan satu usaha atau proses mengupayakan sesuatu petempatan dengan mengekplotasi pelbagai sumber alam dan manusia yang ada untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.
2.0. Konsep Transformasi Desa.
- Transformasi desa merujuk kepada peningkatan aspek sosioekonomi penduduk kesan daripada pembangunan yang dijalankan di sesuatu kawasan.
- Antara Indikator tranformasi desa yang dapat dilihat ialah :
1. Indikator Ekonomi.
- Pertambahan peluang pekerjaan.
- Peningkatan pendapatan perkapita penduduk.
- Peningkatan kuasa beli dan keupayaan tabungan penduduk.
- Peningkatan dalam pemilikan harta.
- Wujud pelbagai kesan pengganda ekonomi.
- Permintaan terhadap bahan mentah tempatan semakin meningkat.
2. Indikator Sosial
- Peningkatan taraf pendidikan.
- Peningkatan taraf kesihatan.
- Peningkatan taraf hidup.
- Kemudahan infrastruktur ( jalan raya ,bekalan elektrik , bekalan air bersih ) semakin lengkap / baik.
- Kemudahan awam ( sekolah , dewan orang ramai , klinik , balai polis , balai bomba , masjid ) yang semakin lengkap.
- Perubahan gaya hidup dan pola pemikiran penduduk daripada tradisional kepada gaya hidup yang lebih moden.
3. Indikator fizikal.
- Perubahan pola dan cara guna tanah .
3.0. Strategi Transformasi Desa.
1. Pembangunan in situ.
- Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur ( jalan raya , bekalan air bersih , bekalan elektrik ) dan kemudahan awam ( sekolah , klinik desa , dewan orang ramai , masjid dan lain-lain ) di kawasan desa.
- Kemudahan infrastruktur dan awam yang lengkap akan membantu penduduk menjalankan kegiatan harian dan ekonomi mereka dengan lebih berjaya.
2. Projek Pertanian bersepadu.
- Melalui pelaksanaan projek kerajaan yang menyatupadukan semua agensi kerajaan untuk memajukan sesebuah kawasan melalui aktiviti ekonomi yang lebih terancang dan berfokus.
- Agensi-agensi kerajaan akan melaksanakan pembangunan mengikut peranan yang telah digariskan kepada mereka . Contohnya, Dalam Projek Pertanian Bersepadu Barat Laut Selangor , JKR diberi peranan untuk membina dan menyelenggara sistem jalan raya , JPS - membina dan menyelenggara sistem perparitan / pengairan , MARDI - melaksanakan RND , LPPK - memberi khidmat nasihat , bantuan input-input pertanian ( benih , baja , jentera ) , AGRO BANK - pinjaman modal , BERNAS - pemasaran hasil tuaian petani .
3. Projek Rancangan Pembangunan Wilayah.
- Kerajaan melalui Lembaga kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA ) membuka kawasan-kawasan pertanian berskala besar dan ditanam dengan pelbagai tanaman komersial /jualan.
- Petempatan FELDA yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur ( jalan raya , bekalan elektik , bekalan iar bersih ) dan kemudahan awam ( sekolah , klinik desa ,masjid , ruang pernigaan dll ) akan menjadi pusat pertumbuhan yang baru di kawasan-kawasan terpencil / mundur.
4. Perindustrian desa.
- Industri desa merujuk pelbagai jenis aktiviti perkilangan yang berkaitrapat aktiviti pemprosesan dan pembuatan berasaskan bahan mentah yang terdapat di kawasan tersebut.
- Antara aktiviti industri desa ialah kilang memproses keropok , kilang memproses kerepek , kilang membuat makanan tradisional dan lain-lain.
5. Pembandaran desa.
- Proses menjadikan desa yang berpotensi sebagai yang mampu andar ynukleus pembangunan di kawasan yang terpencil dan mundur.
- Kewujudan UTC sebagai pusat sehenti pentadbiran akan meningkatkan fungsi desa tersebut dan menyebabkannya lebih mudah dibangunkan.
4.0. Pola Proses Transformasi Desa Di Rompin.
- Secara umumnya , pola proses tranformasi desa di Rompin memperlihatkan perkembangan yang meningkat. Kaedah pembangunan in-situ digunakan secara meluas di kampong-kampung tradisional . Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya , bekalan air dan bekalan elektrik yang baik terdapat di hampir semua perkampungan di daerah Rompin. Ini termasuklah di kawasan petempatan masyarakat seperti di Kedaik , Denai , Bukit Serok dan Sungai Mok.
![]() |
Kampong-kampong tradisional di sekitar Rompin. |
![]() |
Kemudahan infrastruktur di kampong Janglau , Rompin. |
- Selain itu , kewujudan pelbagai Tanah Rancangan yang dibuka oleh FELDA turut meningkatkan kualiti sosioekonomi penduduk Rompin . Gugusan Selendang , Selancar , Keratong merupakan antara kawasan tanah rancangan yang terdapat di kawasan Rompin.
![]() |
Petempatan Felda di daerah Rompin. |
![]() |
Antara petempatan Felda di daerah Rompin. |
- Antara projek perindustrian desa yang terdapat di kawasan Rompin ialah industri memproses keropok . Terdapat beberapa pengusaha industri ini di kawasan bandar Rompin , Simpang Sepayang dan Tanjung Gemok.
![]() |
Antara Kilang memproses keropok di Rompin |
![]() |
Kilang memproses keropok . |
![]() |
Kilang membuat kerepek . |
- Proses pembandaran desa di Rompin pula tertumpu di kawasan desa yang berpotensi untuk terus membangun . Antara petempatan desa yang sedang berkembang dan berpotnsi menjadi bandar ialah kampong Tekek Pulau Tioman , kampong Tanjung Gemok dan bandar 22 di gugusan Keratong ( F ).
- Kampong Tekek Pulau Tioman akan berkembang sebagai bandar kerana kampong ini dijadikan pusat pentadbiran kecil bagi Perbadanan kemajuan Pulau Tioman . Di kampong Tekek terdapat bank . sekolah , lapangan terbang kecil dan pelbagai kemudahan yang lain.
![]() |
Lokasi Kampong Tekek , Pulau Tioman. |
![]() |
Antara kemudahan asas di kampong Tekek. |
- Kampong Tanjung Gemok pula berpotensi dijadikan bandar kerana kedudukannya yang bersempadan dengan bandar Endau di Johor. Fungsi Kampong Tanjung Gemok sebagai pusat transit pelancong ke Pulau Tioman dan tempat sehenti bagi pengguna jalan raya utama jajaran pantai timur menjadikan ia berkembangan dengan pesat. kemudahan hotel , kedai makan dan ruang rehat yang luas menjadikan ia sabagai tempat istirehat yang sangat sesuai bagi pemandu lori dan bas yang selalu menggunakan laluan ini.
![]() |
Peta kedudukan kampong Tanjung Gemok. |
![]() |
Foto satelit permandangan kampong Tanjung Gemok |
![]() |
Jeti Tanjung Gemok dan sebahagian daripada bangunan kedai. |
![]() |
Hotel Jeti Tanjung Gemok adalah antara kemudahan untuk pelancong ke Tioman menginap. |
No comments:
Post a Comment