Info : JENIS-JENIS BANDAR & HIERARKI BANDAR.
1.0. Jenis-jenis Bandar ( berdasarkan fungsi ) .
1.1. Bandar Diraja.
- Bandar yang menempatkan Istana / kediaman sultan / raja.
- Pekan / Pahang , Kelang / Selangor , Seri Menanti / Negeri Sembilan , Kuala Kangsar / Perak , Arau /Perlis.
1.2. Bandar Pelancongan.
- Bandar yang berfungsi sebagai pusat pelancongan. - Mempunyai banyak icon yang mampu menarik minat pelancong.
- Bandar Kuah/ Langkawi , Bandar raya Melaka / Melaka , Tanah Rata & Renglet /Cameron Highland.
1.3. Bandar Industri .
- Bandar yang mempunyai banyak kilang . - Contoh : Pasir Gudang / Johor , Petaling Jaya/ Selangor , Larkin /Johor , Bayan Lepas/ Pulau Pinang , Tampoi/Johor.
1.4. Bandar Pendidikan.
- Bandar yang mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.
- Contoh : Sintok / Kedah - UUM , Tanjung Malim/Perak - UPSI , Bangi/Selangor - UPM/UKM/UNITEN.
1.5. Bandar Pelabuhan .
- Terdapat dermaga / perlabuhan mengendalikan import/eksport.
- Perlabuhan Pulau Pinang , Perlabuhan Kelang , Perlabuhan Kota Kinabalu.
1.6. Bandar Sempadan.
- Bandar yang terletak di sempadan antara negara.
- Dilengkapi dengan pelbagai agensi penguatkuasaan sempadan seperti UPP ( unit pencegahan penyeludupan ) , imigresen , kastam , polis dan lain-lain.
- Contoh : Padang Besar / Perlis , Bukit kayu Hitam / kedah , Rantau Panjang/Kelantan , Tebedu / Sarawak.
1.7. Bandar Satelit .
- Bandar baru / kecil yang dibangunkan berhampiran bandar induk.
- Mempunyai jaringan pengangkutan dan sistem perhubungan yang saling lengkap- melengkapi dengan bandar induk - memudahkan pergerakan / mobliti penduduk.
- Bandar satelit mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bandar induk. Bandar satelit menampung penduduk yang bekerja di bandar induk.
- Contoh : Selayang , Puchong , Gombak bandar satelit kepada Kuala Lumpur.
1.8. Bandar Primat.
- Bandar raya yang terbesar dalam sesebuah negara yang mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi pembangunan , keluasan tapak bina , jumlah penduduk dan fungsi berbanding bandar-bandar lain yang terdapat dalam negara tersebut .
- Faktor penyebab terbentuknya bandar primat :
1. Faktor Sejarah - petempatan terawal dimajukan / dijajah .
2. Pemusatan pembangunan ekonomi .
3. Dasar kerajaan - pemusatan kuasa / ekonomi.
4. Faktor pemusatan imigran
- Contoh : Bangkok , Manila.
2.0. Hierarki Bandar.
2.1. Bandar raya.
- Mempunyai penduduk 100 000 orang ke atas .
- Mempunyai kawasan berautonomi penuh / mempunyai struktur pentadbiran sendiri..
- Ditakbir oleh seorang Datok Bandar.
2.2. Metropolis.
- Bila petempatan bandar raya berkembang & penduduk melebihi 1 juta orang.
- Lingkungan pengaruh lebih besar berbanding dgn bandaraya.
- Mempunyai kepelbagaian fungsi yang lebih komplek seperti pusat perkhidmatan , pusat pentadbiran , pusat perdagangan , pusat kewangan , pusat pendidikan , pusat perniagaan , pusat pendidikan dll.
- Berfungsi sebagai ibu negara kepada sesebuah negara . Cth : Metropolis Bangkok / Thailand , metropolis Tokyo/ Jepun .
2.3. Megalopolis.
- Terbentuk daripada gabungan beberapa buah metropolis.
- Contoh : Megalopolis Tokaido : ( Tokyo , Osaka dan Kobe ).
- Jumlah penduduk melebihi 10 juta orang.
- Mempunyai fungsi yang rencam dan sangat komplek.
- Membentuk kawasan tepubina yang bertindan antara metropolis.
No comments:
Post a Comment