Thursday 17 September 2020

Sembang Santai : ISU IMIGRAN ( PATI ) PENDATANG ASING TANPA IZIN.

 Sembang Santai  : ISU  IMIGRAN  ( PATI )        PENDATANG ASING TANPA  IZIN.


1.0. Isu .



Isu pendatang asing  tanpa izin / PATI bukanlah   perkara asing  bagi negara kita . Sebelum  merdeka lagi   , kemasukan pendatang/ imigran sudah wujud. Penjajah Inggeris awal-awal  lagi  membawa  masuk  imigran dari China  dan  india untuk membantu  mereka  mengekplotasi  sumber alam  di negara  ini. 


2.0. Kupasan .

2.1. Mengapa berlaku imigran .

- Antara  faktor  utama .

   1. Faktor tolakan ( berlaku  di tempat asal ) .

       -  Kemiskinan .

       - Peluang pekerjaan terhad .

       - Bencana alam .

       - Ketidakstabilan politik  / peperangan .

       - Taraf  hidup  yang  rendah.

 

   2. Faktor tarikan .

       - Peluang pekerjaan yang banyak.

       - Kadar upah yang  tinggi / pendapatan yang  lumayan.

       - Politik yang  stabil /  negara  aman.

       - Pertumbuhan ekonomi yang  mantap.

    3. Faktor geo politik  / persudaraan - persamaan dari segi ideologi politik / adat resam  / agama ( satu  rumpun ).

    4.  Dasar  kerajaan  - buka pintu  terhadap kemasukan  buruh asing - permudahkan syarat kemasukan . Ade  sendikit  memperdagangkan  manusia  yang  mengambil  kesempatan.

    5.  Faktor Geog fizikal -  kedudukan  dua  negara  yang  berhampiran  - memudahkan pergerakan / perpindahan  penduduk terutama  di kawasan  sempadan  antara  negara.

    6.  Faktor kelemahan penguatkuasaan  perundangan  - sistem perundangan yang  lemah  , kekurangan pegawai penguatkuasa , kerenah birokrasi / pentadbiran .  .

    7.  Terdapat banyak laluan  haram  ' lorong tikus ' .                      kawasan pinggir pantai  yang  panjang & berteluk-teluk  dan  ditumbuhi  oleh  paya  bakau  menyukarkan proses  pemantauan . PATI  menyelinap  masuk  dengan  bantuan orang tengah @ dalang / sendikit memperdagangkan  manusia.


 

  2.2. Langkah mengatasi  kebanjiran imigran.

-  Penguatkuasaan  kawalan  sempadan  dan  perairan  yang  lebih  ketat.  TLDM  / Polis marin / APMM bekerja sama memantau pergerakan kapal-kapal / bot-bot nelayan  yang berkemungkinan dijadikan  cara  menyeludupkan / membawa  masuk  pati   PATI.

- Menguatkuasakan  perundangan  yang  lebih  tegas  kepada PATI  dan dalang-dalang yang  terlibat  dalam penyeludupan  manusia / PATI ke negara kita. Hukuman  denda  yang  lebih berat  dan  penjara yang lebih  lama perlu  dikenakan. 

- Mewujudkan  lebih  banyak  bidang  pekerjaan yang berteraskan  kemahiran ITC  ,   pelbagai inovasi  berasaskan teknologi  dan digital serta   mengurangkan  bidang  pekerjaan  yang  berinsentifkan tenaga manusia . Pengenalan  sektor  pembinaan  menggunakan  kaedah  IBS ( Sistem Binaan Berindustri  )  akan  mengurangkan kebergantungan  negara  kepada  buruh asing dalam sektor tersebut. 

-  Melibatkan  keseluruhan  penduduk dalam usaha mengekang  kemasukan  PATI . Unit-unit  kawalan sukarela  perlu  ditubuhkan untuk membantu  pihak  kerajaan  dalam  menangani masalah PATI.

-   Membina lebih  banyak  pagar / benteng elektronik  dan  pondok kawalan di sepanjang garis  sempadan agar  kewujudan lorong-lorong tikus  dapat  dikawal / dikurangkan.

-   Mewujudkan  kerjasama serantau  dalam  menangani  aliran pergerakan  imigran  antarabangsa . Kawalan  sempadan  secara  bersama  lebih efektif  dalam  mengawal  aliran  imigran  di kawasan perairan  bersama .

-     Membantu negara-negara asal imigran mengatasi  masalah yang  menyebabkan  berlakunya aliran migrasi. Kestabilan politik misalnya dapat  dicapai  jika  semua  pihak dalam  negara tersebut  berjaya dimuafakatkan .





No comments:

Post a Comment