Thursday 10 September 2020

Info : MALAYSIA  DAN  KERJASAMA                             ANTARABANGSA.


1. Isu :

Dalam  menangani  masalah  alam  sekitar rentas sempadan  seperti  fenomena  jerebu  , fenomena penipisan lapisan ozon  dan  fenomena pemanasan global  (  perubahan iklim ) , Malaysia  perlukan  kerjasama  daripada  negara lain . Dalam  hal  ini  , Malaysia melalui pelbagai pertubuhan yang disertai  akan menyumbang  idea dan berkongsi  pandangan serta  tindakan  untuk  mengatasi pelbagai  isu alam sekitar  yang  dihadapi di peringkat serantau @ global / antarabangsa .



2. Antara langkah  di peringkat  global  yang  diambil ialah  menyertai pelbagai  persidangan  di peringkat  antara bangsa . Melalui persidangan  inilah  beberapa pengisytiharan / deklarasi  / protokol dipersetujui. Antaranya  ialah :

2.1. Persidangan  Stochorm

       - 1972.

       -  Isu : Manusia  dan  alam  sekitar (  persekitaran  manusia ).

       - Menekankan  hak   semua  penduduk untuk membangunkan  dan  menggunakan pelbagai  sumber alam  yang  ada  dan tanggungjawab memulihara dan  meningkatkan  kualiti alam  sekitar. 


2.2. Pengisytiharan   Rio.  

       -  Alam sekitar   dan pembangunan  (  Melindungi  kepelbagaian biodiversiti ) .

       - Termetrai dalam Persidangan Alam Sekitar  dan  Pembangunan  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( UNICED ) 

      - Dikenali  juga  sebagai  Persidangan Kemuncak Bumi.



2.3. Persidangan   Kyoto.

       - Ditandatangani : DIS 1997.

       - Persetujuan  dalam Persidangan Rangka Kerja                          Pertubuhan  Bangsa-Bangsa bersatu  mengenai perubahan iklim .

      - Komitmen  negara-negara  peserta  mengurangkan  pembebasan  gas  karbon dioksida dan lima gas rumah  hijau  ( Kawal pemanasan  global ).



2.5. Deklarasi Langkawi.

      - Ditandatangani : OKTOBER 1989.

       - Sempena mesyuarat ketua-ketua Kerajaan Komenwal.

       - ( pengurusan  alam  sekitar di kalangan negara-negara komanwel ) . 




2.6. Protokol Johanesburg.

       -  Tahun 2002.

        -  Perkongsian  sumber ekonomi   yang  berterusan  dan kawalan  terhadap  pertumbuhan  penduduk ( pembangunan  berterusan ) .



2.7.  Protokol  Montreal.

        - 1987

        - CFC dan penipisan  lapisan  ozon.

        - Komitmen Malaysia - memberhentikan pengimportan klorofluorokarbon ( CFC )  , halon dan kardon tetraklorida yang mengumbang kepada pelepas gas klorin  yang  menjadi punca  utama fenomena  penipisan lapisan ozon .


2 comments: