Sunday 20 September 2020

Sembang Santai : ROMPIN YANG SAYA KENALI.

  Sembang Santai :  ROMPIN  YANG  SAYA  KENALI.


1. Sejarah Rompin.

- Bermula  dengan  petempatan  nelayan  seawal  tahun  40an. Pada tahun  1952 ,Rompin  dijadikan subdaerah  negeri Pahang untuk memudahkan urusan  pentadbirannya . 

                                       Bandar  Rompin  pada awal penubuhannya.

Kebanyakkannya  dihuni  oleh  penghijrah   yang  berasal  dari Terengganu  dan  Kelantan .Di kawasan  lain  pula , aktiviti  pertanian tradisional  pada  masa itu memperlihatkan  gelombang kemasukan  migrasi  daripada Selangor , Perak  , Johor  dan beberapa buah negeri  yang lain. Hal ini  berterusan apabila  FELDA di beri tugas untuk  memajukan beberapa kawasan di daerah Rompin  di bawah Program Pembukaan Tanah Rancangan.

                            Petempatan  Felda menjadi tunjang kemajuan daerah Rompin.

- Perkembangan  Rompin  sebagai  bandar  moden  bermula  dengan penemuan  dan pembukaan kawasan  perlombongan  bijih besi  di Bukit Ibam. Bijih  besi  yang  dilombong di Bukit Ibam akan  dibawa  ke Pantai Bernas  dengan menggunakan  kereta  api Rompin Campony sebelum di punggah  ke kapal-kapal untuk diangkut  ke Singapura.

   

                               Kawasan perlombongan Bukit Ibam  menjadikan Daerah Rompin                         berkembang pesat pada  satu  ketika dahulu.

                 

                           Kereta api  merupakan kaedah mengangkut bijih besi  dari Bukit Ibam                          ke Lanjut / Bandar Lama Kuala Rompin.


- Bandar Lama Rompin  yang  terletak  di muara  Sungai Rompin adalah  kawasan  bandar  utama  pada  masa  itu. Bandar  ini merupakan tempat  di mana pekerja-pekerja  sektor
  perlombongan dan kelasi-kelasi kapal mengangkut bijih  besi mendapatkan barangan keperluan  mereka.


- Penyusutan   dan  penutupan lombong  bijih  besi di Bukit Ibam  memberi kesan  kepada proses perbandaran  bandar Lama Rompin  - menyaksikan  bandar  ini  kemudiannya  bertukar  menjadi  bandar  mati .

Bandar  lama Kuala Rompin 

     - Pembinaan  jalan raya  utama  yang  menghubungkan  Johor Baharu ,  Kuantan  , Kuala Terengganu  ke  Kota Bharu  menghidupkan kembali fungsi bandar Kuala Rompin . 


                                    Feri  merupakan  penghubung utama  bandar Endau di Johor                                 dengan  daerah Rompin di Pahang.

                     



 2. Rompin bandar  membangun.

Tapak  bina Bandar baru Kuala Rompin di peringkat  awal  pembukaan.

- Menjelang  tahun  1960an pembinaan  jalan raya yang  menghubungkan  bandar-bandar utama  di sepanjang  pesisir  pantai laut China Selatan  menghidupkan kembali  bandar Lama Rompin. 

 -  Disebabkan lokasi  bandar  lama agak jauh  daripada  jajaran jalan raya utama  maka bandar baru  Rompin telah   menggantikan bandar Lama Rompin . Dengan jarak  lebih  kurang 3 kilometer , lokasi  bandar baru  dibina . Bandar yang  dibina  secara berjajar /selari dengan  jaringan  jalan raya utama Johor Baharu / Kuantan /Kuala Terengganu/ Kota Bharu  ini mula  memperlihatkan  peranannya  sebagai  petempatan moden  yang mampu  berkembang pada   masa  hadapan  sebagai  bandar  baru yang  menggalas fungsi sebagai  pusat pertumbuhan wilayah  yang  baru  di selatan  negeri Pahang. 

Jambatan menghubungkan  Endau di Johor dengan Rompin di Pahang.

-  Pembinaan  jambatan  merentasi sungai Endau  bagi  menggantikan perkhidmatan  feri  telah  meningkatkan mobiliti penduduk  di kedua-dua kawasan . Ini  sekali gus  merancakkan lagi  pembangunan  di kawasan  tersebut .

Di peringkat  awal , bandar  baru  ini  lebih  berfungsi sebagai  pusat perniagaan dan pusat pendidikan. Hal  ini  berlaku  seawal tahun  1964 . Sebagai daerah  yang  baru selepas diasingkan  pentadbiran daripada gabungan dengan  Pekan , Rompin  perlu mengusahakan  sendiri  pelbagai  projek pembangunannya.  .  Pembinaan pusat-pusat   pentadbiran daerah seperti  bangunan Pejabat Daerah Rompin , Pejabat Tanah Rompin  , Balai Polis Daerah  dan menambah fungsi  bandar  ini  sebagai  pusat  pentadbiran .  Dalam  masa  yang  sama urusan perancangan  dan  pengurusan  kawasan  bandar  mula  diuruskan  oleh  PBT  iaitu  Majlis Daerah Rompin (  MDR ) .

Sekolah  menengah  terawal  di Rompin . Ditubuhkan pada  tahun 1964.

- Pembinaan jalan raya  yang  menghubungkan  Bandar Baru Rompin ke Bandar Muadzam Shah  yang merentasi beberapa perkampongan  tradisional  dan petempatan  orang-orang  asli  turut menyumbang kepada  perkembangan bandar Baru Rompin. Peningkatan darjah ketersampaian dan memudahkan mobiliti penduduk setempat  menyebabkan fungsi  sebagai pusat  pentadbiran  daerah  berjaya  dilaksanakan  dengan  lebih  berkesan.



2. Bentuk muka bumi Rompin.

Bandar baru Rompin  dan  kawasan  sekitar ( foto satelit ).


- Secara umumnya ,  bandar  baru Rompin terletak  di kawasan pesisir pantai . Pesisir pantai  yang  panjang  ,  berteluk-teluk  dan   dasar  laut  yang  cetek menyebabkan  hampir  keseluruhan  pantai  di  kawasan Rompin  sesuai  untuk  aktiviti reakreasi  dan  memukat udang atau  ikan bagi  nelayan-nelayan  pinggir  pantai . 


                                  Kawasan pesisir  pantai  menganjur  dari utara hingga ke selatan                                                           dan  membentuk berapa lokasi  yang sesuai  untuk  aktiviti  pelancongan                             di daerah  Rompin.
  




-   Bentuk  muka  bumi tanah pamah  yang  rendah  , luas  dan rata  terdapat  di bahagian  yang lebih  jauh  dari  pantai . Keadaan   ini merupakan  satu  kelebihan  untuk bandar baru  Rompin terus  berkembang pada  masa hadapan. Secara  umumnya . proses pembandaran bandar  baru  Rompin  tertumpu  di kawasan  ini.



Bentuk  muka bumi  tanah  pamah di kawsan  Rompin. 

- Di kawasan  yang  agak  ke  pedalaman  / jauh  dari  laut , terdapat  bentuk  muka  bumi  yang  berbukit bukau  dengan  cerun yang  landai lalu  membentuk satu  jaluran  rabung  . Kawasan  ini  membentuk kawasan pedalaman  daerah Rompin yang dibangunkan dengan  kawasan penanaman  kelapa sawit yang  utama . Di kawasan  ini diwujudkan projek  kawasan pembangunan  wilayah  oleh FELDA . D sinilah terdapatnya gugusan Felda Selendang , Felda  Keratong  dan   Felda Selancar.

 
                                 Di kawasan yang lebih  jauh  dari pantai  , bentuk  muka bumi                              lebih  beralun  , berbukit- bukau   dan  membentuk rabung.


-  Kewujudan  kawasan  paya bakau  di beberapa kawasan  disekitar bandar  baru  Rompin  seperti  di kawasan Tanjung Seratus  dan  Pulau  Lang Kiri  dan Pulau Lang Kanan tidak  menghalang  kawasan tersebut  dimajukan. Sebahagian  daripada  kawasan  ini  telah  ditebusguna dan  ditambak  untuk  dijadikan sebagai  tapak kawasan  kediaman , perniagaan ,   pejabat  dan sekolah.

                                     Kawsan  hutan  paya  bakau  yang  terdapat di kawasan                                     Tanjung Seratus , Kuala  Rompin.

-  Dalam  masa  yang  sama , kewujudan kawasan pantai  yang  berpasir  seperti  kawasan Pantai Hiburan pula dipelihara  dan  dimajukan sebagai  pusat reakreasi .  Spesis tumbuhan  hutan  pantai  seperti  Pokok Ru , mengkuang  laut dan lain-lain  dikekalkan untuk dijadikan sebagai  elemen teduhan  di kawasan  tersebut.


-  Terdapat dua sungai  utama  di daerah Rompin  iaitu  sungai Rompin  dan sungai Pontian . Kedua-dua  sungai  ini  berpunca  dari  kawasan rabung / tanah  tinggi  yang  terletak di bahagian  pedalaman daerah Rompin. Selain  itu  terdapat  juga  sungai Kolek  dan Sungai Semara .

Peta Rompin  menunjukkan dua sungai  utama  di daerah  tersebut.  




3. Rompin Yang Kita Kenali.

     3.1. Rompin  dan  perikanan.

- Aktiviti  perikanan  di Kawasan Rompin  terbahagi  kepada  empat  iaitu  perikanan laut dalam  , perikanan pinggir  pantai  ,   perikanan  air tawar dan  aktiviti akuakultur . 

Perikanan Laut  dalam  secara  umumnya  dijalankan  oleh  beberapa syarikat perikanan  yang  besar  seperi  Bee Huat yang  mengusahakan tangkapan  ikan  bilis . Kebanyakkan syarikat-syarikat besar  ini  menggunakan  kapal-kapal yang  besar  dan dilengkapi  dengan alat sonar , pukat-pukat  tunda  yang  diperbuat  daripada gentian  serta kemudahan peti sejuk beku  untuk  mengawet hasil tangkapan .  Sebahagian  daripada  hasil tangkapan  mereka  didaratkan  di jeti Lembaga Perikanan Malaysia ( LKIM )  yang  terletak di bandar Lama Kuala Rompin. Hasil tangkapan nelayan laut dalam kawasan Rompin  biasanya akan  di hantar ke bandar-bandar besar  seperti Kuantan  dan Kuala Lumpur  untuk  dipasarkan.

LKIM  dan  Pejabat Persatuan Nelayan Daerah Rompin. 



Jeti  pendaratan hasil  tangkapan  nelayan  LKIM Rompin.


Perikanan  pinggir pantai  pula  secara umumnya  terdiri  daripada nelayan-nelayan tradisional . Dengan menggunakan  bot-bot  yang  kecil , peralatan mengangkap ikan  secara tradisional  serta  tiada  kemudahan penyimpanan ikan  yang moden , mereka akan ke laut dalam tempoh masa yang singkat. Dengan hasil  tangkapan  yang sedikit  secara  umumnya , hasil tangkapan  mereka  akan  didaratkan  di jeti-jeti perikanan kecil  seperti  di Kuala Pontian  dan jeti  perikanan Sungai Puteri.

Jeti pendaratan ikan Kuala Pontian , Rompin.

Perikanan  air  tawar  dan akukultur  pula  banyak  diusahakan di kawasan Empangan Pontian  , Sungai Pontian  , Sungai Rompin  dan  kawasan Pianggu . Takungan  air  yang  banyak amat  sesuai  untuk aktiviti  perikanan air  tawar. Permintaan  yang  tinggi  daripada  penduduk sekitar dan  pasaran  luar  daerah  menyebabkan industri ini berkembang . 

Aktiviti  akuakultur  di kawasan Pianggu  , Kuala Rompin. 

                            Sekumpulan kaki pancing  sedang  bersiap  untuk memancing tioman                         di empangan Pontian., Kuala Rompin.

    


 

     3.2. Rompin dan  pertanian.

- Terdapat  dua  jenis  aktiviti pertanian  utama   di kawasan Rompin  iaitu   pertanian  kebun  kecil  dan  pertanian ladang .

Pertanian pekebun  kecil  biasanya mengusahakan  kawasan pertanian berskala  kecil  secara tradisional . Pengunaan teknologi  tradisional  menyebabkan  hasil pertanian  yang  rendah  dan  hanya untuk kegunaan sendiri  dan  pasaran  setempat.  Terdapat  di kawasan Kuala Pontian , Janglau , Pianggu  dan Sarang Tiong. 

Kebun kecil di Janglau  , Rompin.

-
Pertanian ladang  pula diusahakan dengan  skala  pengeluaran  yang  besar dan  kawasan pertanian  yang  luas  dengan  kaedah  pengurusan  yang profesional . Memerlukan  modal  yang  tinggi  , tenaga  buruh  yang  ramai , teknologi  yang  moden  dan  untuk  tujuan eksport  atau  bahan mentah  industri  seperti  tanaman kelapa sawit.  Diusahakan secara  meluas di gugusan Selendang , gugusan keratong  dan Selancar. Dimiliki  oleh syarikat-syarikat  besar  seperti  IOI  dan FELDA . 

Ladang kelapa  sawit .


-  Antara faktor yang  menggalakkan perkembangan  sektor pertanian  di kawasan Rompin  ialah :

1. Bentuk muka bumi tanah pamah   dan bentuk muka  bumi  berbukit-bukau  yang  bercerun  landai.



2. Terdapat sumber  air  yang banyak  . Empangan  Pontian  , sungai Pontian dan Sungai Rompin menyediakan berkalan  air  yang  cukup untuk sistem  pengairan  ke kawasan sawah padi di Sepayang .



3. Jaringan  jalan  raya  yang  lengkap  memudahkan pergerakan  pekerja ke kawasan pertanian  dan urusan pemasaran hasil-hasil pertanian.


4.
Permintaan  yang  tinggi / pasaran yang  luas   daripada  penduduk setempat  dan masyarakat  luar  daerah .



5. Penggunaan teknologi  yang  moden dalam  pengurusan / pengendalian sektor  pertanian . Penggunaan  pelbagai inovasi  baru  seperti  penggunaan  jentera  , penggunaan  enzim   penggalak pertumbuhan  /buah  , penggunaan dron dll. 



6. Kewujudan  pelbagai  agensi   kerajaan yang  membantu  petani seperti  Jabatan  Pertanian  , MARDI  , FAMA , Agro Bank  , LPPK , PLASMA , MPOB  ,  JPS dll.

7. Kejayaan RND   oleh MARDI  dalam   menghasilkan baka-baka tanaman yang  berkuliti tinggi  serta  kaedah-kaedah  pertanian  moden seperti  kaedah pertanian integrasi  , kaedah  pertanian fertrigrasi dll.



8. Bekalan  tenaga  buruh yang  ramai .  mahir  lagi  murah  yang  terdiri daripada  pekerja  tempatan  dan pekerja asing.



9. Modal  yang   banyak . Diusahakan oleh agensi  kerajaaut / ln  seperti FELDA , Tabung Haji Plantision atau syarikat pertanian swasta seperti  IOI.

10. Faktor  tanih /tanah  yang  subur  - kepelbagaian tanah yang subur seperti  tanah/tanih  gambut , tanah  laterit  , tanah aluvium dan tanih bris menjadikan  pelbagai  tanaman dapat  usahakan dengan baik di daerah Rompin.



     3.3. Rompin  dan pelancongan.

- Perkembangan Rompin sebagai hub  pelancongan banyak dipengaruhi oleh  faktor alam  sekitar fizikal. Antara faktor yang mempengaruhi perkembangan industri pelancongan  di Rompin ialah :

1. Faktor Fizikal :

    - Pantai yang  berpasir putih  dan  bercerun landai  - Pantai Hiburan  , pantai Kg Tekek , Pantai Batang Air  , Pantai Mukut dan pantai Juara ( Pulau Tioman ).

   - Bentuk muka bumi tanah tinggi  /berbukit bukau  - Kawasan brabung  dan Selendang ( Taman Negeri Endau Rompin ).

   - Ciri-ciri bentuk muka bumi air terjun / jeram  - aktiviti berkeno/berakit - sungai-sungai  di Taman Negeri Endau  Rompin .

  - Flora  dan fauna  yang  unik  dan menarik  di Taman Negeri Endau Rompin - pokok periuk kera , orkid hutan  dll.

 -  Struktur hutan  khatulistiwa yang  unik dan  tertua  di dunia - Taman Negeri Endau Rompin.

  - Kewujudan  terumbu   karang  yang  menarik di Taman Laut pulau Tioman.

 - Kewujudan  spesis hidupan seperti   ikan layaran dan udang  galah  yang menjadi  icon pelancongan menarik minat  pemancing-pemancing daripada  luar  negara.


2.  Faktor  alam  sekitar  manusia .

Kemudahan  prasarana / jaringan jalan  raya  yang  baik menghubungkan  kawasan bandar Rompin dengan pusat-pusat pelancongan seperti  di Taman Negeri  Endau  Rompin.

Promosi pelancongan yang  berjaya   melalui  pelbagai  media massa  cetak  , ektronik  dan media   sosial . 

Kos  pelancongan  yang  murah   dan  berpatutan . Pengusaha pusat-pusat pelancongan perlu  mencari jalan untuk  mengawal peningkatan  kos  pelancongan.

Banyak pakej pelancongan  menarik ditawarkan oleh  pelbagai pengusaha pelancongan .

 -  Pembinaan lebih  banyak  resort  , homestay  , calet dan  hotel  menyediakan kemudahan penghinapan  yng selesa  dan  murah.

-   Bantuan modal  , bimbingan  dan  khidmat  masihat  oleh  pelbagai agensi kerajaan  berupaya  meningkatkan  kualiti produk-produk  pelancongan   di Rompin. 


3.5. Rompin  dan industri.

-  Pada umumnya  di Rompin , kegiatan  industri  merupakan  kegiatan  ekonomi  yang  masih baru.

-  kegiatan industri  lebih  tertumpu  kepada  industri  pemprosesan berasaskan bahan  mentah   setempat.

-  Antara  industri  yang  berkembang  ialah  :

  1. Industri  pembuatan  makan  berasaskan  ikan  -  membuat  keropok.

  2. Industri berasaskan   kelapa sawit - memproses minyak  kepala sawit.

 3.  Industri  menghasilkan makanan tradisional  - membuat  kerepek , makanan tradisional . 


3.6. Rompin   dan  perlombongan .

-       Secara umumnya  ,  perkembangan  asal bandar  Rompin dijana oleh  perkembangan sektor perlombongan bijih besi  dan bijih timah  di Bukit Ibam. Aktiviti perlombongan  yang   berkembang  maju pada masa itu , menggalakkan perkembangan  bandar  lama Rompin sebagai  pusat  petempatan    dan  perniagaan  yang  utama  di bahagian  selatan  negeri  Pahang. Kesan  perkembangan  proses  pembandaran  ini  turut  mempengaruhi  kanpong Lanjut  dan pantai Bernas  yang  menjadi terminal untuk  aktiviti  mengeksport  galian  tersebut  ke Singapura.

-  Kemerosotan  aktiviti  perlombongan  kemudiannya menyebabkan  

 

No comments:

Post a Comment