Thursday 17 September 2020

Sembang Santai : ICON PELANCONGAN ROMPIN ( Taman Negeri Endau Rompin Vs Taman laut Pulau Tioman . ).

 Sembang Santai : ICON PELANCONGAN ROMPIN. 

Taman Negeri  Endau  Rompin VS  Taman Laut Pulau Tioman  ).



1.0. Lokasi .

        
               Lokasi Taman Negeri  Endau Rompin & Pulau  Tioman.

- Terletak  di selatan  negeri  Pahang   (  sempadan   Pahang dan Johor  ) .

- Boleh  dikunjungi  melalui  pintu  masuk  di negeri Pahang   ( Kuala Rompin )  dan Johor .




2.0. Kupasan :

- Kawasan  eko-pelancongan utama  di selatan Pahang.

- Mempunyai  prosfek ekonomi  yang  sangat  baik . Mampu  menjadi pemangkin terhadap  pembangunan kawasan setempat   dan sosio ekonomi  penduduk . Berupaya  menyediakan peluang  pekerjaan  ,  mewujudkan  kesan  pengganda ekonomi ,  meningkatkan pendapatan  perkapita  penduduk setempat  , meningkatkan kemajuan dalam penyediaan infrastruktur asas  seperti  jalan raya , bekalan air  dan bekalan tenaga elektrik serta  mewujudkan pusat pertumbuhan yang  baru.


- Faktor / tarikan  fizikal / semulajadi yang  terdapat  di kawasan Endau Rompin  ialah :

   1. Kepelbagaian  dan keunikan hutan hujan tropika  yang kaya  dengan  kepelbagai  diversiti  ( flora  dan  fauna ) - Taman Negeri Endau Rompin merupakan  antara  kawasan hutan hujan Tropika yang  tertua di dunia - sesuai untuk penyelidik / pengkaji  .








   2. Bentuk  muka  bumi  tanah tinggi / berbukit-bukau  - sesuai untuk aktiviti  hiking / mendaki / menjelajah hutan / pengembaraan.



  3.  Ciri-ciri  bentuk  muka bumi air terjun  - sesuai  untuk  aktiviti rekreasi / perkelahan  bersama keluarga.


 Jeram  dan  aliran sungai yang beraliran deras  - sesuai  untuk  aktiviti  berakit / berkeno.


 
4.  Kemuncak-kemuncak tertinggi  di kawasan berbukit Brabong - sesuai untuk melihat permandangan  persekitaran  yang  menarik  disamping  suasana  yang  lebih  nyaman dan  sejuk.

  




 5. Kawasan  berbukit-bukau  dan  diliputi  hutan juga  menjadikan suhu persekitaran  yang  lebih  sejuk   dan  nyaman  - sesuai  untuk  aktiviti  reakreasi .





  - Faktor / tarikan  Fizikal / semulajadi  yang  terdapat  di kawasan Taman laut Pulau  Tioman  pula  ialah :

  1. Terumbu  karang yang  unik  dan  menarik  - sesuai  untuk  aktiviti scuba  dan  snookling.





  2.  Persekitaran  pulau  Tioman   yang  kaya  dengan  pelbagai  spesis  hidupan laut  & ikan  - sesuai  untuk   penganjuran   pertandingan memancing  ikan layaran  peringkat  dunia.





  3.  Pasir di pesisir  pantai  Mukut  , Sanglang  , Pulau Tulai  dan  Batang Air yang memutih dan  bersih  serta cerun  pantai  yang  landai  - sesuai  untuk aktiviti  reakreasi / perkelahan . 





- Persamaan  antara  Kawasan pelancongan  Taman Negeri Endau Rompin  dengan Taman Laut Pulau Tioman ialah : 

   1.  Kemudahan  infrastuktur  pelancongan  yang  lengkap . Kedua-dua  lokasi  pelancongan  di hubungkan  dengan  jaringan  jalan raya , kemudahan perhubungan  dan  ruang  pusat  pameran .  





   2.  Menyediakan kemudahan  penginapan  kepada  pengunjung-pengunjung yang  berminat  untuk  datang  dan  menginap  di kawasan pelancongan  tersebut. 





   3. Mendapat  galakan  dan  bantuan  kerajaan  negeri Pahang untuk menjadi salah satu  daya tarikan  pelancong di kawasan selatan  negeri Pahang - Peruntukan  kewangan  untuk  menaiktaraf  pelbagai kemudahan infrastruktur / jalan raya  di  kawasan Taman Negeri Endau Rompin.





Langkah meningkatkan kemasukan pelancong ke kawasan pelancongan Taman Laut Pulau Tioman  & Taman Negeri Endau Rompin.

1. Promosi oleh pelbagai  pihak  - Agensi kerajaan  dan  pihak NGO. Menyediakan ruang  untuk  pihak pengusaha  pelancongan  mempromosikan pelbagai  pakej  pelancongan  yang  mereka  tawarkan  sama ada  melalui media  cetak  , media sosial  mahupun pameran.

     


2.  Penyediaan pakej-pakej pelancongan  yang  menarik . Pihak pengusaha pelancongan  perlu  menyediakan pakej yang  menarik  dengan  tawaran  harga  yang  munasabah.

 


3. Pemberian pas / visa  lawatan yang  mudah  oleh  pihak  Imigresen Malaysia / Jabatan Taman laut  dan Jabatan Hutan Daerah Rompin. 


4. Menyediakan prasarana / kemudahan  infrastruktur  yang  lengkap di kawasan tumpuan  pelancong - pembinaan  jalan raya  yang  baik  meningkatkan darjah ketersampaian ke kawasan-kawasan utama  pelancongan .


5. Memastikan kos pelancongan  ( penginapan , makanan   dan  pengangkutan )  yang  murah  dan  berpatutan - pemberian subsidi / dana / bantuan  modal  untuk  membolehkan pengusaha  pusat  pelancongan menyediakan  perkhidmatan  yang  terbaik  kepada para pelancong.
   


 

6. Menganjurkan  pelbagai  temasya  /  aktiviti  /  program  yang   berupaya  menarik  minat  pelancong datang  ke  Pulau Tioman / Taman Negeri Endau  Rompin.



7. Menyediakan  latihan  dan  khidmat  nasihat  kepada  pengusaha pusat-pusat  pelancongan   dan  pemandu-pemandu   pelancong agar berupaya memberi /menyediakan  perkhidmatan  hospitaliti yang  berbaik  kepada  para  pelancong  yang  datang.

No comments:

Post a Comment