Saturday 5 September 2020

Info  : GLOBALISASI 

       ( KERJASAMA   EKONOMI   ANTARABANGSA )


1. Konsep Globalisasi 

      - Nama lain " Dunia  tanpa sempadan "

      - Aktiviti  ekonomi  yang  berkembangan  merentasi                               sempadan politik kerana  dipengaruhi oleh faktor  permintaan             dan  penawaran terhadap  sesuatu  barangan atau perkhidmatan.

     -  Dipengaruhi  oleh  dua  mekanisme / langkah / cara.

         1. Dasar Liberalisasi.

         2. Dasar Deregulisasi. 



2. Konsep  Liberalisasi.

    - Merujuk  kepada  dasar   buka  pintu oleh kerajaan terhadap                semua mekanisme penggerak ekonomi sesebuah  negara.

   - Contoh : Kerajaan  membuka ekonomi  negara  terhadap                     kemasukan buruh  asing  , pemodal asing  , bahan  mentah  dan           teknologi asing.



3. Konsep Deregulisasi.

    - Merujuk  kepada  dasar membuang  semua halangan /sekatan           yang  boleh membataskan  kemasukan akses ekonomi  daripada          negara luar.

    - Contoh : kerajaan  menghapuskan  semua cukai  dan  tarif  yang        dikenakan  terhadap  barangan  import , menghapuskan  semua          syarat-syarat perdagangan  , menghapuskan semua  syarat-syarat         pelaburan  dll.

 


4. Kebaikan   proses  Globalisasi  kepada  Malaysia  / Faedah Yang Malaysia Perolehi daripada Penyertaan dalam Kerjasama Ekonomi Serantau  /  Global .

    - Memudahkan berlaku  aliran  tenaga buruh   dan  kepakaran               daripada negara  lain ke Malaysia - Malaysia  berupaya                       meningkatkan pembangunan negara  & dapat  menjimatkan                kos untuk melatih  tenaga pakar

Proses Globalisasi  membolehkan  kekurangan tenaga buruh
dalam sektor ekonomi  pembinaan  dan pertanian berkemnang
dengan pesat di Malaysia.


     - Memudahkan proses  pemindahan  dan  perkongsian teknologi           dengan  negara  luar.


Pemindahan teknologi automotif  dari Jepun ke Malaysia
menjadikan Malaysia antara penggeluar kereta di dunia.


     -   Memudahkan berlakunya  aliran  masuk  modal  asing                         / kemaskan  pelabur-pelabur  asing . Dapat  membantu                        menambahkan dana untuk  melaksanakan  pelbagai  kegiatan              ekonomi Malaysia. 


BSKL - tempat para pelaburan  asing memberi ekuiti  /saham
( membuat pelaburan   syarikat-syarikat  tempatan ) 

      -   Dapat  meluaskan  saiz  pasaran  bagi  barangan  dan                           perkhidmatan  dari Malaysia  ke pasaran  serantau                               dan antarabangsa. Dapat  meningkatkan nilai  eksport                         dan sumbangan  kepada  KDNK  negara / sumber pendapatan 

            negara .

      -   Berupaya  meningkatkan  daya  saing  ekonomi  negara  dan                 serantau . Globalisasi  membolehkan  pelbagai pakatan                        pertubuhan       ekonomi serantau  diwujudkan  untuk                          memberi  memfokuskan   kepada perkara-perkara tertentu . 

     - Menyediakan ruang untuk  negara-negoara  serantau                            menyelesaikan pertikaian  antara  mereka seperti  perebutan                dan  hak memajukan  kawasan  sempadan  yang  menjadi                   pertikaian bersama.

    - Bekerjasama  dalam  usaha  menangani fenomena  alam sekitar           ( jerebu , pencemaran  udara  , pencemaran air  laut )   dan                  bencana  alam  ( letusan  gunung  berapi  ,  gempa   bumi                     dan tsunami )  rentas  sempadan.


5. Kesan buruk Globalisasi  kepada  Malaysia .

    - Kerajaan  hilang  kawalan  terhadap asas-asas  ekonomi negara. Kerajaan  sukar  mengawal  aliran  masuk  dan  keluar pelaburan  asing dan memungkinkan  berlakunya manipulasi pasaran  di bursa-bursa saham tempatan.

    - Ekonomi  negara  mudah  terjejas  akibat  serangan   dan  spekulasi  dan  terhadap matawang oleh  pedagang-pedagang mata wang  mudah  berlaku.  Cth : krisis kewangan  dunia 1997/1998 dikaitkan dengan spekulator .

    - Penjajahan   bentuk  baru - manipulasi ekonomi , sosial  dan  politik negara  maju  kepada  negara-negara  membangun  dan negara miskin. 

   -    Menghakis dasar  perlindungan  terhadap  produk  dan  industri tempatan . Menyukarkan  industri  tempatan  /  IKS  bersaing  dengan  industri  luar  negara  kerana  kebanyakan  IKS mempunyai modal  yang  kecil  , teknologi  dan  tenaga pakar  yang kurang . 

   - Mewujudkan  kuasa   monopoli pelbagai  syarikat  multinasional dalam  sektor  ekonomi . Memiliki  modal  yang  besar dengan sokongan  teknologi  dan  kepakaran yang tinggi  akan membolehkan syarikat-syarikat  Multinasional menghasilkan  produk-produk   yang  lebih murah  dan berkualiti . Hal  ini  akan menyebabkan  mereka berupaya menawarkan  sesuatu  produk  dengan  harga  yang  lebih  rendah  di  pasaran  lalu  membentuk kuasa  monopoli. Cth : kewujudan rangkaian pasar raya besar seperti  EKIA   ,  TEXCO , GIANT dll sedikit sebanyak menghalang perkembangan industri  peruncitan  di negara kita .  

   - Penyalahgunaan  teknologi menjadi ancaman  terhadap  kedaulatan  politik   dan ekonomi  negara  lain. Kewujudan  pelbagai syarikat  perisian mutinasional  dengan  pelbagai teknologi  menyukarkan kerajaan mempiawaikan   bentuk   dan  kandungannya . Hal  ini  akan  mendedahkan  data-data  individu  , syarikat   dan  keselamatan   negara  kepada pelbagai kemungkinan pencerobohan  oleh pihak  yang  tidak bertanggungjawab. Cth : Kewujudan aktiviti mencuri data penduduk  , Jenayah Scammer  , Jenayah Judi atas talian dll . 

       - Ancaman  terhadap perkembangan  dan  kemajuan  barangan   dan  teknologi  tempatan . Cth : Perkembangan  IKS terganggu kerana  produk terpaksa bersaing dengan barangan imiport yang lebih murah  dan berkualiti .

       - Penularan  budaya  asing  sukar  dibendung - menjejaskan nilai dan  norma   sosial   serta   ekonomi   tempatan.  Cth : Kemasukan budaya LBGT  ,  prono  , hindonisme ( hiburan-hiburan yang melampau )


     

6. Masalah   / Cabaran  /  Halangan  yang  dihadapi  dalam melaksanakan  Globalisasi    di  rantau ASEAN.

     - Terdapat  negara  yang  lebih  mengutamakan  perkembangan      ekonomi  domestik  berbanding perkembangan ekonomi  serantau . Ini  mewujudkan pelbagai  dasar  perlindungan  oleh  negara-negara terlibat seperti pengenaan  cukai atau duti  import terhadap barangan yang dibawa masuk  dari  negara  lain.

    -  Kadar tahap  kemajuan   ekonomi  antara  negara  yang  tidak  sama . Oleh  itu ,  untuk  melangsungkan perkembangan  kegiatan  ekonomi  domestik , kerajaan  sesebuah  negara  akan  mewujudkan pelbagai halangan untuk  memastikan sektor ekonomi tidak  digugat dan  mampu  bersaing  di peringkat  serantau.

    - Ciri-ciri fizikal  dan  taburan sumber  bahan  mentah  yang  tidak seimbang. 

    - Ketidakstabilan politik  dalam negara   dan  serantau .

 

7.0. Peranan Kerajaan  dalam Konteks Kerjasama Serantau .

- Menganggotai  pelbagai  pertubuhan  antarabangsa  yang  memperjuangkan  isu-isu alam sekitar  rentas  sempadan  - menyertai  perbincangan  dan  memetrai pelbagai  protokol / pengistiharan  / deklarasi .

-  Menggubal  dasar  / polisi  / strategi  negara   dalam  melaksanakan  isi-isi perjanjian / protokol  yang  telah  dipersetujui bersama.

-   Menggalakkan  perkembangan   dna penggunaan  teknologi  yang  mesra  alam / amalan konsep  pembangunan  lestari  dalam  pelbagai  proses pembangunan  negara.

-  Memperkukuh   dan memperkasa  sistem  perundangan agar  sesuai dengan  perkembangan  sektor ekonomi  dan  penggunaan  teknologi  semasa.

-  Melaksanakan Kempen Kesedaran Alam Sekitar.

-   Melaksanakan Pendidikan Alam Sekitar .




8.0.  Syarikat Multinasional .

8.1.  Konsep Syarikat Multinasional .

- Syarikat-syarikat  bertaraf antara bangsa yang melabur  / membuka cawangan  / beroperasi di luar-luar negara . Syarikat-syarikat ini biasa membuka  cawangan dengan cara membuat pelaburan langsung ( FDI ) ataupun secara usaha sama dengan syarikat-syarikat tempatan .


Pelbagai syarikat multinasional yang sedang beroperaso
di Malaysia .


8.2. Peranan Syarikat Multinasional dalam meningkatkan  

       kemajuan ekonomi negara .

- Meningkatkan  aliran  modal dalam negara melalui proses 

  pelaburan langsung  ( FDI )  atau    pun pelaburan  secara usaha 

   sama dengan syarikat-syarikat tempatan  ( DDI ) .

-  Membantu meningkatkan  teknologi  dan kepakaran  warga 

   tempatan  melalui  projek usaha sama  , latihan  lanjutan   dan 

    proses pemindahan teknologi .

-   Membantu meluaskan saiz pasaran bagi barangan dan 

     perkhidmatan  yang ditawarkan / dikeluarkan oleh Syarikat     

     tempatan  . Dengan bantuan syarikat-syarikat multinasional yang 

    mempunyai cawangan di serata negara  , syarikat-syarikat 

    tempatan boleh  memperluaskan pasaran bagi barangan buatan 

    mereka dengan cara menyertai pelbagai pameran yang 

    dikendalikan  oleh syarikat multinasional . 

-    Membantu meningkatkan kualiti  barangan  dan perkhidmatan  

      keluaran industri tempatan serta daya saing di peringkat 

      antarabangsa.




8.0.  Perniagaan  Francais  .

8.1.  Konsep Perniagaan Francais . .

- Syarikat-syarikat  bertaraf antara bangsa yang melabur  / membuka cawangan  / beroperasi di luar-luar negara . Syarikat-syarikat ini biasa membuka  cawangan dengan cara membuat pelaburan langsung ( FDI ) ataupun secara usaha sama dengan syarikat-syarikat tempatan .




8.2. Peranan Perniagaan Francais  dalam meningkatkan  

       kemajuan ekonomi negara .

- Meningkatkan  aliran  modal dalam negara melalui proses 

  pelaburan langsung  ( FDI )  atau    pun pelaburan  secara usaha 

   sama dengan syarikat-syarikat tempatan  ( DDI ) .

-  Membantu meningkatkan  teknologi  dan kepakaran  warga 

   tempatan  melalui  projek usaha sama  , latihan  lanjutan   dan 

    proses pemindahan teknologi .

-   Membantu meluaskan saiz pasaran bagi barangan dan 

     perkhidmatan  yang ditawarkan / dikeluarkan oleh Syarikat     

     tempatan  . Dengan bantuan syarikat-syarikat multinasional yang 

    mempunyai cawangan di serata negara  , syarikat-syarikat 

    tempatan boleh  memperluaskan pasaran bagi barangan buatan 

    mereka dengan cara menyertai pelbagai pameran perdagangan  , 

     pameran  pelancongan  dan lain-lain  mekanisme  yang 

     dikendalikan  oleh syarikat multinasional .  Cth : Shopee  ,  

      Lazada  , Ali Baba  dan lain-lain  pelantar membolehkan 

       pengusaha-  pengusaha industri  memasarkan  pelbagai produk  

       ke peringkat    global.

-    Membantu meningkatkan kualiti  barangan  dan perkhidmatan  

      keluaran industri tempatan serta daya saing di peringkat 

      antarabangsa.



       

1 comment:

  1. Terbaik cikgu, sangat memberikan manfaat kpd kami👍👍. Semoga cikgu sentiasa dipelihara oleh Allah dan di permudahkan segala urusan. Terim Kasih Cikgu 😊

    ReplyDelete