Thursday, 17 September 2020

Sembang Santai : ISU AIR BERSIH .

 Sembang Santai  : ISU  AIR  BERSIH .


1.0. Isu  .

Malaysia  terletak  di kawasan  Khatulistiwa . Mengapakah  isu  air  bersih  masih membelenggu keselesaan penduduknya . Isu  ini  lebih  ketara sejak kebelakangan  ini  dan  kemuncaknya berlaku apabila dua juta pengguna  di lembah  kelang  terpaksa bercatu  air selama tiga hari  akibat penutupan  loji rawatan  air  di sungai Semenyih  dan loji rawatan  air  di sungai Selangor.



2.0. Kupasan .

      2.1. Mengapa  wujudnya masalah bekalan  air  bersih.

- Kadar pembangunan  yang  terlalu  pesat  . 

- Rezab sumber air bersih  yang  semakin  berkurangan. 

- Kegagalan pihak  kerajaan  merancang  , mengurus  dan                      menyelengara  inventori  sumber air  bersih  negara  dengan baik.   

- Perkembangan  sektor  ekonomi yang  tidak terkawal / terancang.

- Penggunaan  kaedah  dan  Teknologi  rawatan  yang masih                    mundur.                                 

- Sikap penduduk yang  tidak bertangungjawab.

Kegagalan  pihak  berkuasa menguatkuasakan peraturan kualiti          alam sekitar  1974.

 

        

3.0. Cadangan langkah penyelesaian. 

 -  Mengubal  Dasar  Air  Negara  ( DAN )  yang lebih mapan / Kewujudan   Suruhanjaya  Pengurusan Air Negara  ( SPAN ) perlu  berfungsi dengan  sewajarnya   - Dasar yang  menetapkan  dengan jelas perkara-perkara  yang  berkaitan  dengan  perancangan , pengurusan inventori air  , pengurusan  penggunaan air semasa  , penilaian  dan plan pembangunan  sumber  air pada masa hadapan .

- Penguatkuasaan  undang-undang. Penggunaan  Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ( Akta 127 )  , Akta  Jalan , Parit  dan  Bangunan  1974 ( Akta 133 )  , Akta Kawalan Makhluk   Perosak 1974 ( Akta 149 ) , Akta Perhutanan 1984 ( perkara 313 )  ( pindaan 1993 )  terhadap  setiap individu / syarikat  yang mencemarkan  sumber  air. Hukuman  berbentuk  mandatori perlu dijatuhkan  kepada  pesalah . kadar  denda / kompaun terhadap pesalah juga  perlu  dipertingkatkan dari  semasa  ke semasa .

-  Kempen kesedaran & Pendidikan Alam Sekitar. Kempen " sayangi sungai  kita " - untuk memelihara  sumber air  dan  kempen " jimatkan air  - untuk memupuk  budaya  menghargai  dan  menggunakan air bersih  secara  berhemah.

 -  Meneroka   dan  memajukan  lebih banyak  sumber alternatif sumber air bersih. Penggunaan  air  bawah  tanah / akuifer dan  program tuaian  air  hujan . Mewajibkan pembinaan  bangunan  kediaman dan komersial mempunyai sistem tuaian  hujan  yang  bersistematik  .

 -  Menggunakan teknologi  rawatan  air yang  lebih moden. Kaedah rawatan air  yang  lebih moden  perlu diusahakan untuk  meningkatkan hasil tuai air bersih . IPTA  , IPTS  perlu  diberi gran bantuan  untuk  melaksanakan pelbagai  jenis  RND untuk  mencipta kaedah rawatan  air  yang  mesra alam , kaedah  penyaliran air  yang  lebih cekap  serta  berupaya  mengurangkan  pembaziran.

 -    Mengzonkan semua  aktiviti  penduduk  dan mengadakan  jarak maksima   dengan  kawasan  zon tadahan  hujan / kawasan takungan  air. Berupaya  mengelakkan  kesan  aktiviti  harian  penduduk  seperti  aktiviti  pertanian  , aktiviti perniagaan  , aktiviti penternakan terhadap  sumber  air bersih .

 -  Mewujudkan  stok  simpanan  air  / membina  lebih  banyak empangan /  kawasan  tadahan hujan / kawasan tadahan hujan .

 - Memperbaiki  dan menyelenggara  sistem  pengurusan  dan  agihan  air  serta  memperbaiki saluran-saluran  paip air  yang  sudah lama  dan  berkarat .

-  Mewujudkan sistem  rawatan semula air / kitar semula  air secara formal . Semua premis perniagaan  , hotel  dan  industri diwajibkan menyediakan  sistem  rawatan air sebelum kebenaran  mendirikan premis  dan lesen kebenaran  beroperasi  diberikan  oleh pihak PTB.

- Merawat  dan  memulihara  semua  sumber  air  yang  telah  tercemar , penggunaan  perangkap sampah  sedikit  sebanyak  akan  membantu  mengatasi masalah  pencemaran  sungai  yang  menjadi salah satu sumber  air  bersih  negara.




No comments:

Post a Comment