Tips : KAEDAH MEMBINA CARTA PAI.
1.0. Perkakasan untuk menjawab soalan bertemakan carta pai.
![]() |
Perkakasan |
2.0 : Kaedah membina carta pai.
Langkah 1 : - Teliti & semak data dari jadual . Jika data mentah - tukarkan data dalam jadual kepada peratus dahulu. ( X / Kes X 100 % ) = Y. - Jika data sudah dinyatakan dalam bentuk peratus - tukarkan terus kepada darjah - Y X 3.6 =
Langkah 2 :
- Rujuk skala pada soalan . Secara umumnya skala /jejari carta pai telah disediakan bersama soalan iaitu : jejari 5 cm .
- Ambil pembaris - ukur jarak mata jangka lukis 5cm daripada mata pensil pada jangka lukis.
![]() |
Kaedah penetapan jejari carta pai . |
Langkah 3 : - letak jangka lukis di tengah-tengah kertas graf dan pusing pemegang . Lakaran bulatan carta pai akan terhasil di atas kertas graf.
![]() |
Kaedah melakar carta pai . |
Langkah 4 : - Bina garisan menegak menghubungkan pusat carta pai ke garisan pai.
- Ambil jangka sudut / protektor , ukur sudut dan bina sektor yang pertama pada carta pai .
- Untuk sudut ke 2 ,letakkan garisan 0 protektor digarisan terakhir sektor pertama , tanda dan gariskan hingga ke pusat pai.
- Teruskan gerak kerja yang sama sehingga semua sektor dibina.
* Urutan sektor pai . Bermula dari garisan 0 , sektor terbesar , sektor ke 2 terbesar , ke 3 terbesar , ke 4 terbesar dan diikuti sektor yang terkecil.
Langkah 5 : - Tuliskan petunjuk setiap sektor dan peratus maklumat yang diwakili. * Petunjuk boleh ditulis terus ke dalam sektor @ menggunakan kotak petunjuk yang di tulis berasingan dp carta pai yang dilakar.
Langkah 6 .
- Tuliskan tajuk carta pai berdasarkan meklumat yang dijadikan jadual graf .
![]() |
Contoh carta pai yang lengkap . |
2.0. Kaedah semakan carta pai.
- Simbol penandaan / semakan :
T - Tajuk .
J - Jejari
P - Petunjuk.
S - Sektor .
No comments:
Post a Comment