Monday, 28 September 2020

Siri Tajamkan skill kita 3 : MEMAHAMI PERANAN KATA TUGAS DALAM MENTAFSIR / MENJAWAB SOALAN.



 Siri Tajamkan skill  kita 3 : MEMAHAMI  PERANAN KATA TUGAS   DALAM  MENTAFSIR / MENJAWAB SOALAN.


               

1.0. Isu :
 Keperluan  memahami setiap kata yang  membentuk soalan   amat  penting  agar  jawapan  pelajar menepati  kehendak  soalan  yang  sebenar serta  memberi " wajah " kepada  jawapan tersebut.


2.1. Penggunaan  kata  tugas " Nyatakan ,  namakan  , senaraikan " . 

                                                                                                               -   Kehendak soalan :

 Calon  hanya  perlu  menyatakan  / menamakan    / menyenaraikan  fakta   dengan  sedikit  huraian ). Huraian  mestilah  ringkas  , tepat  dan  padat.

- Huraian  fakta  mungkin  tentang  ciri  , tafsiran , peneguhan.

- Digalakkan penggunaan " yang "

-    Contoh Soalan : 
Nyatakan  indikator  sesebuah  petempatan desa  sedang mengalami  proses tranformasi .

-  Contoh jawapan : 
1. Berlaku perubahan gaya  hidup penduduk daripada trasidional  kepada  moden.
2. Berlaku pertambahan  penggunan  teknologi dalam  aktiviti hidup  seharian  dan  kegiatan  ekonomi  penduduk.




2.2. Pengunaan  kata tugas :  " Huraikan / Terangkan / Jelaskan "  .                                                                                                        -   Kehendak soalan :
Calon  perlu  menerangkan  / menjelaskan  / menghuraikan  isu yang  dibangkitkan dalam  soalan .Memerlukan  jawapan  yang  lebih  lengkap ( Fakta  , huraian  dan  contoh ).

-    Contoh Soalan : 
Huraikan  bagaimanakah  aktiviti perikanan  boleh  menjejaskan  kualiti air. .

-  Contoh jawapan :
Rangka  jawapan .
- Penggunaan kaedah perikanan  yang salah -  menuba  / mengebom  -  racun / toksid  tersebar : pembagai  sidupan  akuatik yang  lain   mati - air  berbau .
Contoh jawapan :
Penggunaan  kaedah perikanan  yang  salah  dalam sektor perikanan boleh menjejaskan  kualiti air. Aktiviti  menangkap  ikan  dengan  cara menuba dan menggunakan  bom  akan menyebabkan bahan-bahan toksid tersebar di dalam air. Selain  itu , pelbagai  hidupan akuatik yang  lain  seperti  ular  air  dan  belut akan  menyebabkan air menjadi  berbau  lalu  menyebabkan  kualiti air  tersebut merosot.
 


2.3. Pengunaan kata  tugas " Cadangkan , berikan idea "  .               
 -   Kehendak soalan 
Calon  perlu  mencadangkan  /  memberi  idea  tentang sesuatu  isu  yang  perlu  di selesaikan  dalam  soalan  .                                           -  Cadangan   jawapan  MESTI  RELEVAN/SELARI   dengan kehendak soalan / isu yang  dibangkitkan  dalam  soalan ( Fakta  , huraian  dan  contoh ).

-    Contoh Soalan : 
Sebagai sorang pegawai  di pejabat  Lembaga  Penduduk   & Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ) , anda diminta mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi  masalah penurunan kadar  kelahiran  pada  masa  kini  .

-  Contoh jawapan : 
Rangka Jawapan.
1. Tingkatkan kadar  kelahiran  - insentif  kepada  keluarga  yang  ramai.
2.  Pertingkatkan  teknologi  perubatan - rawatan  kepada golongan yang sukar  mendapat anak.
Contoh Jawapan :
Antara  langkah  untuk  mengatasi  masalah  penurunan kadar kelahiran di Malaysia  pada  masa ini  ialah  meningkatkan kadar  kelahiran . hal  ini  dapat  dilakukan  dengan menurunkan kadar  had minima  umur perkahwinan  daripada  18  tahun  kepada  15 tahun. Secara umumnya , kadar kesuburan  yang  tinggi  dan    perkahwinan   yang  muda  akan berupaya meningkatkan kadar  kelahiran .
Langkah  yang  seterusnya  ialah  mempertingkatkan  teknologi perubatan . Keupayaan pihak  kerajaan menyediakan  kaedah  rawatan kesuburan seperti Persenyawaan in vitro ( IVT )  ,  ibu tumpang  dan  sebagainya  akan membantu mengatasi masalah kesukaran ibu mengandung  lalu  meningkatkan kadar  kelahiran .


2.4. Penggunnaan kata  tugas " wajarkah  , setujukah , bincangkan "  .  
                                                                                                                 -    Kendak soalan 
Calon  perlu  menyataka pendirian ( wajar @ tidak wajar ) . Kemudian disertai  dengan fakta  sokongan  @  bantahan terhadap isu yang  dibincangkan  dalam  soalan.  ( Fakta  , huraian  dan  contoh ).

-    Contoh Soalan : 
Huraikan  wajar atau tidak  kerajaan  Malaysia  menghadkan  kemasukan buruh  asing pada  ketika  ini ? .

-  Contoh jawapan : 
Rangka  Jawapan :
1. Nyatakan pendirian.
2. Sertakan  alasan ( perlu  selari  dengan pendirian ).
Contoh Jawapan :
Adalah  amat  wajar kerajaan Malaysia  menghadkan kemasukan buruh asing ke negara  ini  kerana akan  dapat  mengurangkan  persaingan dalam  mencari pekerjaan  dengan  penduduk tempatan. Sektor-sektor  ekonomi  seperti  pertanian  dan  pembinaan  perlu dibuka kepada  pekerja-pekerja  tempatan. Secara tidak  langsung ,   langkah  ini akan dapat meningkatkan pendapatan mereka disamping  mengatasi  masalah pengangguran  .


2.5. Penggunnaan kata  tugas " Tentusahkan  "  .                                                                                                                                         -   Kehendak soalan 
Calon  perlu  menyatakan pendirian (  mengesahkan  ) . Kemudian disertai  dengan fakta  sokongan   terhadap isu yang  dibincangkan  dalam  soalan.  ( Fakta  , huraian  dan  contoh ).

-    Contoh Soalan : 
Tentusahkan  bahawa  aktiviti  pembandaran  masa kini  lebih berperanan  dalam  membentuk budaya bandar  yang  lestari.

-  Contoh jawapan : 
Rangka  Jawapan :
1. Nyatakan pendirian ( pengesahan  biasanya  diperakukan  diperenggan akhir jawapan )
2. Sertakan  alasan ( perlu  selari  dengan pendirian ).
Contoh Jawapan :
Proses pembandaran  masa kini dilihat  ,  lebih berperanan dalam membentuk budaya bandar  lestasi  kerana plan induk  pembangunan  bandar akan mengambil kira aspek  pembandaran  yang  mesra  alam . Dengan  konsep bandar  dalam  taman , lebih  banyak pokok akan ditanam . Selain  itu  , kewujudan lebih banyak  badan  air  seperti  tasik-tasik  rekreasi  dan kolam-kolam takungan  akan  membantu proses  penyederhanaan  suhu.
Dari huraian  di atas  , sahlah dengan  jelas aktiviti pembandaran  di Malaysia  masa kini sememangnya  berperanan  dalam  membentuk  proses pembandaran  lestari.( perenggan kesimpulan / rumusan ).

 

2.6. Penggunnaan kata  tugas " nilaikan  "                                                                                       
Kehendak soalan  
Calon  perlu   menilai   dan  menyatakan  pendirian tentang sesuatu  isu yang  dibincangkan  dalam   soalan  . Nilaian  disertai  dengan fakta  sokongan  @  bantahan terhadap isu yang   perlu   dibincangkan  dalam  soalan.  ( Fakta  , huraian  dan  contoh ).

-     Contoh Soalan : 
Nilaikan peranan  kerjaaan  dalam  meningkatkan  perkembangan sektor pertanian  di Malaysia  ? .

-  Contoh jawapan : 
Rangka  Jawapan :
1. Nyatakan pendirian.
Kaitkan peranan kerajaan  dan faktor lain dalam usaha meningkatkan perkembangan sektor  pertanian.
2. Sertakan  alasan ( perlu  selari  dengan pendirian ).
3.  Bandingkan  peranan kerajaan dan faktor yang  lain.
Contoh Jawapan :
Antara peranan  kerajaan yang  telah  berjaya  meningkatkan perkembangan  sektor  pertanian ialah  melaksanakan pelbagai penyelidikan yang  dijalankan oleh pihak  MARDI. mela pelbagai  penyelidikan  yang  dijalankan  , para  petani  dapat melaksanakan aktiviti pertanian  dengan pelbagai  inovasi  yang  baru . Penggunan  bak-baka  tanaman  yang  berkualiti  tinggi  ,  kaedah pengurusan sektor  pertanian serta  jentera  dan mesin  secara meluas berupaya  meningkatkan  pengeluaran  hasil tanaman  petani.
Faktor  bentuk  muka  bumi tanah pamah  yang  rendah  , luas  dan rata  turut  mempengaruhi  perkembangan  sektor  pertanian . Hal  ini kerana bentuk  muka  bumi tanah  pamah  lebih mudah  untuk petani-petani  membuka  kawasan  pertanian serta  membina  pelbagai  prasarana pertanian  seperti  jalan raya , sistem perparitan  dan  lain-lain.
Dari huraian  di atas  ,  jelaslah  pihak  kerjaan  memainkan peranan  yang  sangat besar dalam menggalakkan  perkembangan sktor pertanian di Malaysia . Walau bagaimanapun faktor-faktor seperti  bentuk  muka bumi , pasaran  , modal  dan  lain-lain  turut menyumbang  terhadap  perkembangan tersebut ( perenggan kesimpulan / rumusan ).


  . 

No comments:

Post a Comment