Friday 4 September 2020

 Info  : SALING KEBERGANTUNGAN  

            ANTARA PETEMPATAN.

            ( BANDAR  &  LUAR BANDAR )


1. Konsep saling kebergantungan :

- Saling melengkapi   keperluan antara   petempatan  bandar  dengan   petempatan  luar  bandar  daripada aspek buruh  dan  peluang pekerjaan  , sumber bahan  makanan   dengan pasaran , bekalan sumber bahan  mentah  dengan industri dan  lain-lain.   



2. Bukti wujud  saling  kebergantungan  antara  kawasan  luar bandar  dengan  kawasan  bandar.

- Berlaku pergerakan  tenaga buruh kurang  mahir  dari  kawasan luar bandar  ke kawasan bandar-bandar  yang  berhampiran  manakala kawasan  bandar  akan  menyediakan banyak peluang  pekerjaan kepada penduduk yang  tinggal  di  kawasan luar  bandar.



- Berlaku  penghantaran   sumber  bahan  mentah  seperti  getah  , minyak kelapa sawit  ,kopi dan  lain-lain  dari  kawasan luar  bandar  ke kilang-kilang yang  terdapat  di bandar-bandar  manakala  kawasan   bandar  akan  menyediakan  kilang  untuk  pemprosesan  bahan mentah dari  kawasan luar  bandar.



-  Berlaku  pembekalan sumber makanan  seperti  hasil-hasil  pertanian  , hasil-hasil perikanan , hasil penternakan  dan  lain-lain dari luar  bandar untuk  di pasarkan di  kawasan bandar . Penduduk bandar akan menjadi pasaran  bagi  pelbagai produk makanan  dari  kawasan luar  bandar.



- Wujud  jaringan  jalan raya  antara  kawasan  bandar  dan kawasan luar bandar .  Interaksi  sistem pengangkutan berlaku    apabila  penduduk luar  bandar menggunakan pelbagai jenis pengangkutan  awam (  bas   , teksi  , kereta api  )  yang berpusat di bandar-bandar untuk pergerakan  ke kawasan-kawasan lain.



- Wujud  pelbagai  jenis  perkhidmatan  di  kawasan  bandar dan sebahagian  penduduk luar  bandar  akan ke bandar  untuk  mendapatkan  pelbagai jenis perkhidmatan ( perkhidmatan  pendidikan  , perkhidmatan  kewangan  , perkhidmatan kesihatan , perkhidmatan kurier , perkhidmatan  guaman  dll )  di  bandar 



- Penduduk  bandar akan mengunjungi  pusat-pusat rekreasi  dan  pelancongan yang  terdapat  di  kawasan  luar  bandar manakala  kawasan luar  bandar  menyediakan akses pelancongan  (  air terjun ,  jeram , kepelbagaian  dan keunikan  flora &  fauna ) kepada aktiviti rekreasi / pelancongan  bagi  penduduk  bandar. 


3.0. Kesan saling kebergantungan desa-bandar terhadap pembangunan sosioekonomi  di Kawasan bandar .

-      Peluang  pekerjaan   bertambah .

-      Pendapatan  perkapita  penduduk   meningkat.

-      Taraf hidup  penduduk  meningkat.

-      Taraf  kesihatan penduduk  bertambah  baik.

-      Taraf  kesihatan  penduduk  meningkat.

-      Kadar  pengangguran  penduduk kawasan sekitar berkurangan.

-      Kemudahan  infrastruktur /  kemudahan  asas  kawasan  bandar    bertambah baik.

-      Wujud banyak  Kawasan  perumahan  /kediaman yang  baru.

-      Kewujudan industry  pelancongan  : menggalakkan perkembangan industry  homestay.

-      Tapak  bina  Kawasan  bandar  menjadi  semakin  luas.

-      Fungsi  bandar   semakin   berkembang.

-      Mewujudkan  pelbagai  kesan  pengganda  ekonomi  bandar.

-      Meningkatkan  kecekapan pengurusan /pentadbiran bandar oleh PBT  – kutipan  sampah   , kebersihan  , keceriaan  bandar  dan pelbagai  fungsi  yang  lain.

No comments:

Post a Comment