Saturday 19 September 2020

Sembang Santai : DAERAH ROMPIN ( Hub Pertanian & Perikanan )

 

Sembang Santai : DAERAH  ROMPIN                                       (  Hub Pertanian & Perikanan   )


1. Isu :

Cara guna tanah  merupakan antara perkara asas dalam  proses memajukan sesuatu  kawasan . Perubahan daripada  kegiatan ekonomi tradisional  berasaskan pertanian , perikanan  dan  penternakan kepada kegiatan  ekonomi moden berasaskan   industri , perkhidmatan  dan  pelancongan merupakan  petunjuk asas terhadap berlakunya proses tranformasi  desa  di sesuatu kawasan. Daerah Rompin , dengan  keluasan     km persegi tidak  ketinggalan   . 





2. Kupasan :

2.1. Rompin sebagai  hub  pertanian .
Secara umumnya , Daerah Rompin merupakan kawasan yang  mempunyai sumber tanih  yang cukup baik  untuk memacu perkembangan sektor pertanian . Terdapat  beberapa faktor semualajadi yang berupaya  menjadikan  Rompin  sebagai hub pertanian yang  berjaya. Antaranya  ialah :

1. Faktor  Kepebagaian bentuk  muka bumi .
- Kawasan pesisir pantai yang landai yang  menganjur  dari Kuala Pontian hingga ke Kuala Pahang  berpotensi dimajukan  dengan tanaman kelapa .
- Jajaran  kawasan  tanah pamah  dan  paya yang  meliputi kawasan  Tebu Hitam  , Paya Laka  hingga  ke Setajam  mampu dibangunkan menjadi jelapang  padi  jika sistem pengairan bersepadu  berjaya dibangunkan.
- Kawasan yang  lebih  jauh  di pedalaman  dengan  bentuk  muka bumi berbukit bukau   seperti  di Selendang , kawasan Muadzam dan  keratong  jika  dibangunkan  sepenuhnya akan  berupaya menjadi pengeluar tanaman kontan  utama seperti  tanaman  getah , kelapa sawit  nanas dan  lain-lain tanaman.

2. Faktor Jenis Tanih .
-   Taburan tanih  bris / pasir  yang  poros  di sepanjang pesisir pantai Rompin  berpotensi menjadikan  kawasan tersebut sebagai kawasan penanaman kelapa .
-  Tanih laterit yang  kaya  dengan  oksida ferum serta mempunyai keupayanan saliran dan  pengudaraan yang  baik  terdapat  banyak di kawasan berbukit seperti  di Selendang  , Keratong  dan Muadzam amat  sesuai  untuk  tanaman  getah , kelapa sawit dan pelbagai tanaman kontan  yang  lain.
-   Tanih gambut  yang  poros  dan  mempuyai banyak bahan organik / humus yang  terbentuk  daripada pereputan paku-pakis seperti di kawasan Merlak  dan Tebu Hitam amat sesuai  untuk  tanaman nanas dan kopi.
-  Tanih aluvium yang kaya dengan  ferum  oksida tetapi berkeupayaan menakung  air seperti yang  terapat  di kebanyakkan kawasan paya boleh  ditebusguna untuk  dimajukan sebagai kawasan sawah  padi.

3.0 Faktor Sumber bekalan  air.
                               Kawasan takungan empangan sungai Pontian .

  
Empangan  sungai Pontian.

- Pembinaan  empangan Sg Pontian dengan  kapasiti keluasan tadahan  170 km persegi akan  mampu menyalirkan  air  yang  mencukupi ke kawasan sawah padi  yang  terdapat  di daerah Rompin.


3. Faktor Governan / kerajaaan .
Pelbagai  agensi  kerajaan  telah  ditubuhkan  dan berperanan untuk meningkatkan  perkembangan sektor pertanian  di daerah Rompin . Antaranya  ialah :

- Jabatan Petanian  Daerah Rompin - merancang  dan menyelaras  pelbagai  program pertanian di peringkat  daerah.  

- Agro Bank - menyalurkan pinjaman  / bantuan  modal  kepada  petani-petani .

- Lembaga Pertubuhan Peladang  kawasan ( LPPK ) daerah Rompin memberi khidmat  nasihat  dan bantuan input-input ( benih , jentera dll )  pertanian  kepada petani.

- Bernas mengurus pembelian hasil tuaian  padi daripada pesawah-pesawah  padi  di kawasan  daerah Rompin.

- Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS )  - menyelia  dan menyelenggara sistem pengaliran di kawasan-kawasan pertanian  di daerah Rompin.

 
- Pusat Latihan Sawit Malaysia ( Keratong ) - menyediakan latihan kepada pengusaha-pengusaha kelapa sawit  di daerah Rompin.


- Lembaga Kenaf & Tembakau daerah Rompin - menyediakan  khidmat nasihat  dan urusan pemasaran  tanaman kenaf  yang  diusahakan oleh  petani-petani  di daerah Rompin.


- ( Lembaga Pemasaran Pertanian  Malaysia )  FAMA  - membantu memasarkan  hasil-hasil  pertanian  yang diusahakan oleh petani-petani daerah Rompin. 




No comments:

Post a Comment