Siri Tajamkan skill kita 2 : MEMAHAMI PENGGUNAAN KATA TANYA DALAM MENTAFSIR / MENJAWAB SOALAN.
1.0. Isu :
- Keperluan memahami setiap kata tugs amat penting agar jawapan pelajar menepati kehendak soalan yang sebenar serta memberi " wajah " kepada jawapan tersebut.

2.0. Pengunaan kata tanya " apakah "
- Kehendak soalan :
Calon perlu menyatakan / menyenaraikan / menamakan " apa " - elemen , konsep , program dll. - Jawapan perlu ditulis dengan tepat dan disampaikan dengan ayat yang padat dan ringkas.
- Perlukan sedikit huraian berbentuk ciri , sifat dll fakta.
- Contoh Soalan :
Nyatakan apakah indikator sesebuah petempatan desa sedang mengalami proses tranformasi .
- Contoh jawapan :
Berlaku perubahan pola dan cara guna tanah daripada kaedah tradisional kepada kaedah moden.
2.1. Penggunaan kata tanya " mengapakah " .
- Kehendak soalan :
Calon perlu menerangkan / menjelaskan / menghuraikan sebab ( punca ) sesuatu fenomena , penyebab sesuatu kejadian terjadi dan lain-lain ( Alasan ) - Memerlukan jawapan yang lebih lengkap ( Fakta , huraian dan contoh ).
- Terdapat jaringan fakta yang lengkap dalam setiap perenggan.
- Contoh Soalan :
Jelaskan mengapakah sektor pertanian perlu ditranformasikan ?
- Contoh jawapan :
Aktiviti pertanian perlu ditranformasikan untuk memenuhi keperluan sumber makanan dan peluang pekerjaan penduduk yang semakin bertambah .
2.2. Penggunaan kata tanya " berapakah " .
- Kehendak soalan :
Calon perlu membuat pengiraan terhadap sesuatu aliran data yang diberikan .
- Contoh Soalan :
Berdasarkan jadual di bawah , kirakan imbangan perdagangan antara Malaysia dengan negara A pada tahun 2010 .
Tahun Import. Eksport.
( RM bilion ) ( RM bilion ) 2010 45 55
2015 50 45
- Contoh jawapan :
Imbangan Perdagangan = Eksport - import ( tahun semasa ).
= 45 - 55 ( RM bilion )
= RM 10 bilion .
2.3. Pengunaan kata tanya " bagaimanakah " .
- Kehendak soalan :
Calon perlu menerangkan / menjelaskan / menghuraikan proses , fasa-fasa terjadinya sesuatu fenomena / kejadian dan lain-lain .
- Memerlukan jawapan yang lebih lengkap ( Fakta , huraian / tentang proses dan contoh ).
- Contoh Soalan :
Huraikan bagaimanakah aktiviti pertanian ladang menjejaskan kualiti alam sekitar ?
- Contoh jawapan :
Rangka jawapan .
- Penebangan hutan secara besar-besaran untuk penyediaan ladang - permukaan tanah terdedah kepada air hujan . Hujan lebat - kadar larian air permukaan tinggi - hakisan galir dan galur giat.
Contoh penulisan .
Proses penebangan hutan secara besar-besaran untuk penyediaan kawasan ladang akan mendedahkan permukaan tanah kepada air hujan. Hujan yang lebat akan menyebabkan kadar larian permukaan yang tinggi . Hal ini akan meningkatkan kadar hakisan galir dan galur.
2.4. Pengunaan kata tanya " Sejauhmanakah " .
- Kehendak soalan :
Calon perlu menerangkan / menjelaskan / menghuraikan " setakat mana " sesuatu isu yang dibangkitkan dalam soalan .
- Memerlukan penegasan / peneguhan terhadap penyampaian fakta serta kesimpulan . Fakta utama mungkin dalam bentuk kepentingan , faktor , cabaran dll ( bergantung kepada isu yang ditimbulkan dalam soalan.
- Contoh Soalan :
Huraikan sejauhmanakah aktiviti akuakultur perlu dimajukan di Malaysia pada masa kini.
- Contoh jawapan :
Rangka jawapan :
Dapat memenuhi keperluan sumber makan /sumber protien penduduk dalam musim tengkujuh.
Berupaya menjadi sumber pendapatan sambilan penduduk .
Contoh penulisan :
- Aktiviti akuakultur seperti pemeliharaan ikan patin , talapia merah , baung , keli dan lain-lain perlu dimajukan di Malaysia pada masa kini kerana sektor ini berupaya meningkatkan penghasilan terhadap sumber makanan dan protien kepada penduduk yang semakin meningkat.
- Perkembangan sektor ini juga akan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk . Hal ini secara tidak langsung boleh dijadikan sumber pendapatan sambilan bagi petani . Bagi nelayan pula , aktiviti akuakultur pula boleh dijadikan sebagai aktiviti ekonomi gantian jika mereka tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan. Bagi nelayan yang tinggal di pantai timur Semenanjung Malaysia , mereka boleh mengusahakan aktiviti akuakultur pada musim tengkujuh .
No comments:
Post a Comment