Catatan Perjalanan : JANA KECEMERLANGAN ( ANTARA TEORI & REALITI )
Isu :
Kehebatan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang sering dicanang dan dicemburi . Di bidang pendidikan , keupayaan menghasilkan A+ menjadi igauan bagi setiap pelajar . Pelbagai cerita dan teori dicadangkan , sama ada oleh mereka yang sememangnya mempunyai autoriti dalam bidang tersebut atau sekadar menumpangkan tuah di angin lalu.
Kupasan :
Berdasarkan pengalaman saya . Terdapat dua sahaja elemen yang menjana kejayaan dan kecemerlangan sesuatu program atau proses pembelajaran. Dua elemen tersebut ialah :
1. Kapasiti .
2. Intensiti.
Kapasiti merujuk kepada kualiti sesuatu program / projek / proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat dilihat semasa proses perancangan , pengurusan dan pengendalian , penilaian dan usaha penambahbaikan .
Kapasiti juga merujuk kepada kuantiti / jumlah / kandungan item yang terkandung sebagai pengisian untuk menjayakan sesuatu program / projek / proses pengajaran dan pembelajaran .
Intensiti pula merujuk kepada ....... sesuatu elemen yang menjadi pengisian kepada program tersebut . Intensiti boleh dilihat berdasarkan kekerapan elemen dilaksanakan atau peningkatan tahap/aras kesukaran dalam setiap kali elemen dilaksanakan. Intensiti bertujuan meningkatkan daya ingatan / keupayaan / kapasiti individu yang terlibat dalam menjayakan program / projek / proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.
Bagaimana Kapasiti dan Intensiti membantu menjana kecemerlangan. ( di kalangan pelajar / perencana / guru )
1. Pelajar .
1.1. Aspek Kapasiti >
- Pastikan meletakkan kualiti yang terbaik bagi setiap tahap / aras pelaksanaan sesuatu projek / program / proses pembelajaran : kualiti yang baik semasa membuat persediaan sebelum , semasa dan selepas sesuatu program / projek / proses pembelajaran berjalan .
Contoh:
Penentuan Kualiti sebelum sesuatu program / projek / proses pembelajaran dijalankan ialah :
1. Membuat persediaan awal / membuat pembacaan awal / tinjauan awal. Sediakan kerangka kasar apa yang perlu anda lakukan dan perolehi serta tindakan penyesuaian jika jangka melebihi pencapaian . 2. Menyediakan peralatan / perkakasan perlu . 3. Membuat persediaan fizikal dan mental ( proses / fokus ).
Penentuan Kualiti semasa sesuatu progam / projek / proses pembelajaran dijalankan ialah :
1. Memberi fokus yang sepenuhnya semasa aktiviti dijalankan. 2. Melaksanakan segala tugasan / latihan dengan cara yang terbaik.
Penentuan Kualiti selepas sesuatu program / projek / proses pembelajaran dijalankan ialah : 1. Membuat penilaian kendiri terhadap daya maju projek / program / penguasaan kemahiran / fakta dalam proses pembelajaran.
2. Bersedia mengubahsuai struktur program / projek / kaedah pembelajaran jika penilaian kendiri mendapati terdapat halangan / rencatan terhadap objektif dan pelaksanaan program / projek / proses pembelajaran.
3. Melaksanakan aktiviti pemulihan atau pengukuhan terhadap elemen program / projek / proses pembelajaran ( daerah-daerah kelemahan ) yang telah dikenalpasti.
Pengurusan Kuantiti elemen setiap program / projek / proses pembelajaran pula bergantung kepada beberapa angkubah seperti skala program / projek / proses pembelajaran , orientasi , kos , objektif dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan program , projek atau proses pembelajaran. Penggunaan elemen yang maksima biasanya akan berupaya memberi pulangan / hasil / kejayaan yang cemerlang.
Pengurusan intensiti pula memerlukan pelajar menilai sendiri keupayaan mereka sendiri untuk memahami dan melaksanakan seuatu aktiviti / menguasai sesuatu kemahiran/fakta dalam sesuatu program / projek / proses pembelajaran. Secara umumnya , aktiviti yang sukar dilaksanakan / kemahiran yang sukar dikuasai / fakta yang payah diingat memerlukan kadar intensiti yang tinggi. Dalam hal ini , pelajar perlu meningkatkan kekerapan / melakukan pengulangan / latih tubi untuk membolehkan mereka melaksanakan aktiviti / menguasai kemahiran/fakta yang mereka perlu kuasai.
Selain itu , meningkatkan aras kesukaran / aras penguasaan sesuatu elemen dalam aktiviti / program / projek / proses pembelajaran akan turut membantu pelajar lebih bersedia untuk melaksanakan aktiviti /program/projek / proses pembelajaran pada tahap/aras yang lebih tinggi / sukar pada masa hadapan.
1.2. Aspek Ekuiti.
Ekuiti merujuk kepada dapatan hasil pembelajaran yang berjaya diperolehi oleh pelajar selepas selesai sesuatu unit pembelajaran / latihan. Ekuiti mungkin dalam bentuk penguasaan fakta @ kemahiran atau perubahan tingkah laku.
2. Perencana / Guru / Koordinator .
2.1. Aspek Kapasiti >
- Pastikan meletakkan kualiti yang terbaik bagi setiap tahap / aras perancangan , pengurusan dan pengendalian , penilaian dan penambahbaikan sesuatu projek / program / proses pembelajaran . Kualiti yang baik semasa membuat persediaan sebelum , semasa dan selepas sesuatu program / projek / proses pembelajaran dijalankan .
Contoh: Kualiti di peringkat perancangan ialah :
1. Persediaan logistik yang sempurna / lengkap . 2. Menyediakan peralatan / perkakasan yang lengkap . 3. Perancangan program / projek / proses pengajaran yang fleksibel .
Kualiti semasa sesuatu progam / projek / proses pengajaran dijalankan ialah :
1. Memberi ruang untuk setiap klien berinterkasi . 2. Objektif , kaedah dan aktiviti mudah dicapai dan diurus. 3. Proses pelaksanaan program / aktiviti / proses pembelajaran yang fleksibel.
Kualiti selepas sesuatu program / projek / proses pembelajaran dijalankan ialah : 1. Membuat penilaian kendiri terhadap daya maju projek / program / penguasaan kemahiran / fakta dalam proses pengajaran.
2. Bersedia mengubahsuai struktur program / projek / kaedah pengajaran jika penilaian kendiri mendapati terdapat halangan / rencatan terhadap objektif dan pelaksanaan program / projek / proses pengajaran .
3. Melaksanakan aktiviti pemulihan atau pengukuhan terhadap elemen program / projek / proses pengajaran ( daerah-daerah kelemahan ) yang telah dikenalpasti.
Pengurusan Kuantiti elemen setiap program / projek / proses pengajaran pula bergantung kepada beberapa angkubah seperti skala , orienteasi , kos , objektif dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan program , projek atau proses pengajaran . Penggunaan elemen yang maksima biasanya akan berupaya memberi pulangan / hasil / kejayaan yang cemerlang.
Pengurusan intensiti pula memerlukan pelajar menilai sendiri keupayaan mereka sendiri untuk memahami dan melaksanakan seuatu aktiviti / menguasai sesuatu kemahiran/fakta dalam sesuatu program / projek / proses pengajaran . Secara umumnya , aktiviti yang sukar dilaksanakan / kemahiran yang sukar dikuasai / fakta yang payah diingat memerlukan kadar intensiti yang tinggi. Dalam hal ini , perencana / guru perlu meningkatkan kekerapan / melakukan pengulangan / latih tubi untuk membolehkan klien / pelajar melaksanakan aktiviti / menguasai kemahiran/fakta yang mereka perlu kuasai.
Selain itu , meningkatkan aras kesukaran / aras penguasaan sesuatu elemen dalam aktiviti / program / projek / proses pembelajaran akan turut membantu klien / pelajar lebih bersedia untuk melaksanakan aktiviti /program/projek / proses pembelajaran pada tahap/aras yang lebih tinggi / sukar pada masa hadapan.
Jelasnya .... Kejayaaan sesuatu aktiviti / program / projek / proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kapasiti dan intensiti semasa proses perancangan , pengurusan dan pengendalian serta proses penilaian dan usaha penambahbaikan. Amat janggal jika , kedua-dua elemen ini gagal disepadukan dan dalam masa yang sama mengharapkan kejayaan yang cemerlang dalam setiap aktiviti / program / projek / proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Di kalangan guru , penilaian , analisis data penilaian , RCA dan intervensi juga turut terikat dengan elemen kapasiti dan intensiti dalam menjana kemenjadian pelajar . Pengurusan kapasiti tanpa disertakan kecukupan dalam intensiti , tidak akan memberi apa-apa makna dalam usaha memperbaiki kelemahan pelajar walaupun mekanisma yang nampak cantik malah turut menggambarkan ketidakupayaan guru dalam merancang , mengurus dan melaksana sesuatu aktiviti / program / projek / proses pengajaran dan pembelajaran .
No comments:
Post a Comment