Tuesday, 31 March 2020

Tips : MUDAHNYA GEOGRAFI ( PANDUAN MEMAHAMI SOALAN & MENGARANG ) ( Siri 4 )



Tips :  PANDUAN  MEMAHAMI  
           SOALAN  DAN  PENYEDIAAN  
           JAWAPAN  GEOGRAFI .


Catatan Perjalanan :


PKP fasa 2  semakin  hampir ......
Pepagi  nih  terasa kepelikan ... keanihan ............
Dah hampir  seminggu  on line  kelas  dangan anak-anak Geog.
Terasa janggal setiap kali  latihan menghurai dijalankan.
Tidak ramai yang  mampu  menyampaikan sesuatu  isu dengan baik.

Untuk  menjadi  " Pemberita " ( perkataan  yang  biasa saya guna apabila menerangkan  kaedah menjawab soalan ) , pelajar  perlu  memahami ragam soalan / kehendak soalan . Berfakta tanpa memahami ragam soalan  umpama pemberita  di tempat  kejadian  yang  tidak  berupaya membuat liputan  di tempat kejadian  dengan sempurna . Gambaran yang  diberikan kabur  dan  pembaca masih tertanya-tanya  " apa yang  sebenarnya sedang berlaku ".Dalam  hal  ini pelajar sewajarnya tidak meninggalkan situasi " meneka dalam kesamaran " kepada guru dan pemeriksa . Jika  ini berlaku  , mereka umpama kayuh sudah ada ditangan tapi tak pandai nak berkayuh . 




Kaedah  memahami  soalan  Geografi.
1. Bacalah soalan   dengan  teliti.
2. Gariskan & " timbulkan " kata-kata kerja  dan isu /tema yang  dijadikan  instrumen  penting soalan . Teliti  kata-kata kerja  seperti namakan , senaraikan , bincangkan  dan  lain-lain.
3.  Isu-isu yang menjadi  pokok  perbincangan . isu mungkin  berkaitrapat  dengan alam sekitar fizikal  , alam sekitar manusia  atau salingkaitan  antara  kedua-duanya.
4.  Teliti kata kerja dan  isu yang  dibangkitkan  - adakah soalan  perlukan aras jawapan  mudah  ,  sederhana  atapun  tinggi. Dalam hal  ini  kaedah penggunaan  taksonomi Bloom  amat  penting difahami  dan diberi penekanan untuk  dipelajari.


Sekadar  perkongsian  dan cadangan. 
Sebenarnya tidak  ada satu  kaedah  yang  tetap  dan yang  berbaik . Walau bagaimanapun , kita  perlu berusaha menghasilkan sesuatu  yang  terbaik . Semoga  panduan  yang  diberi sedikit sebanyak berupaya membimbing para  pelajar untuk membina jawapan  dengan  mengunakan  rangkaian ayat-ayat Geografi  yang  lebih baik .

Selamat  mencuba ....



#hidupkitaacuankita
#usahakitakitajaya








Sunday, 29 March 2020

Tips : INDAHNYA GEOGRAFI ( ANTARA REALITI KEHIDUPAN & NILAI )


Tips :  INDAHNYA GEOGRAFI.
           ( PENGALAMAN ADALAH GURU 
               YANG TERBAIK DALAM  
             PEMBELAJARAN GEOGRAFI ) 


Catatan Perjalanan  :
Menjejak  usia  50an -- banyak  perkara yang kita lihat dan  kita rasa. Sehingga kekadang  kita  terlupa yang kita  lihat sebenarnya  satu  perjalanan yang  akan satu persepsi .  Pengalaman  ini jarang kita gunakan untuk meneroka dunia pendidikan tertutamanya dalam mata pelajaran Geografi .

Itulah sebabnya , " berkurun "  berada di kawasan tanaman padi - kita masih gagal bercerita tentang pelbagai variasi  padi , kepentingan padi , faktor yang menggalakkan tanaman padi , kesan perkembangan  dan seribu satu perkara  yang  berkaitan  dengan padi . Hanya  kerana gagal  mengurus  persepsi , kita gagal memanfaatkan ruang  dan  peluang pembelajaran  yang  sangat besar . 





                         ( Slaid kemahiran belajar Geografi  2020 )


Konsep  " Kurikulum  tersembunyi "  yang  digunakan  oleh masyarakat  zaman silam   amat  ampuh dalam menanamkan nilai  dan  penghargaan  kepada alam sekitar pada ketika  itu . Justeru itu , Proses Pembelajaran Geografi Berasaskan  Persepsi [  PPGBP ]  merupakan terapan  konsep " kurikulum tersembunyi " yang cuba  diketengahkan  oleh  penulis  dan wadah ini sewajarnya digunakan dalam  pembelajaran Geografi untuk meningkatkan pemahaman pelajar  dan masyarakat  terhadap  dinamiknya elemen-elemen Geografi  di persekitaran  mereka. 

Semoga  usaha yang sedemikian berjaya melahirkan kelompok  pelajar  yang mempunyai jasad dan roh Geografi dalam kehidupan  mereka seharian . 

#dirikitaacuankita.
#usahakitakitajaya.
#mudahnyabelajargeografi.

Saturday, 28 March 2020

Tips : MUDAHNYA GEOGRAFI ( KAEDAH MENGINGAT FAKTA GEOGRAFI ) SIRI 3


Tips :  KAEDAH  MENGINGAT FAKTA-       
           FAKTA  PENTING  GEOGRAFI. 

Catatan Perjalanan :
Mengingat  sesuatu  fakta  bukanlah  sesuatu  yang mudah  terutama fakta-fakta  yang  berbentuk  abstak  . Kepelbagaian kemahiran dan kecerdasan diperlukan . Walau bagaimanapun terdapat beberapa kaedah dalam pembelajaran bahasa yang  boleh digunakan dalam memperkukuhkan daya ingatan pelajar  dalam  proses pembelajaran  Geografi .

Penggunaan Kaedah  Akronim  , kaedah  bunyi seakan  ,kaedah  teknik pembahagian  nombor akan membantu  pelajar memudahkan proses mereka  mengingat pelbagai  jenis  fakta sama ada berbentuk  jenis , ciri-ciri ,  proses   mahupun pelbagai  fenomena yang  terdapat  dalam mata pelajaran Geografi.


        


              Gunaakan  contoh  yang  diberi  untuk  cipta  lebih  banyak modul  bagi  memudahkan semua pelajar mengingat fakta-fakta  utama dan lain-lain segmen . 
Selamat  mencuba . Selamat  berjaya.


                                      #dirikitaacuankita
                                      #usahakitakitajaya 

Tips : PENDUAN MENGOPERASIKAN GOOGLE CLASSROOM. ( DALAM PEMBELAJARAN GEOGRAFI )


Tips  : PENDUAN  MENGOPERSIKAN  GOOGLE  CLASSROOM
              (  DALAM  PROSES  PEMBELAJARAN  GEOGRAFI ) 



Catatan  perjalanan >
Mudah bagi  yang mempunyai  kecerdasan  memahami arah perkakasan maya  dan sukar bagi  mereka yang  keupayaan  yang  terhad . Diharapkan  dengan  panduan  yang  serba ringkas ini , dapatlah anak-anak didik cgu menerokai alam  GC  yang  sangat  luas . 







Panduan  Pengoperasian  Goolge Classroom.

Semoga  dapat  membantu ......




#hidupkitaacuankita
#apayangadakongsikanbersama.



Libur GEOG. : INDAHNYA GEOGRAFI ( SAJAK GEOGRAFI ) ( SIRI 4 )


Libur GEOG  : PENGGUNAAN SAJAK  DALAM  PEMBELAJARAN  GEOGRAFI .

Aku Ingin Bersajak & Berpuisi - Ricky Dwiyulianto Putra - Wattpad


Contoh Penggunaan Sajak  dalam Pembelajaran Geografi.
Bergantung  kepada individu yang  terlibat , berdasarkan penguasan   mereka  kepada  isi  pengajaran.
Situasi  1 : 
Pelajar belum menguasai isi pengajaran: 
Boleh diperdengarkan  syair . Pelajar  mendengar , mencatat  dan membincangkan  isi-isi utama.
Sajak  mesti  mempunyai laras-laras  bahasa Geografi  untuk memudahkan pelajar memahami  isi sajak  dari sudut Geografi.
Situasi 2 :
Pelajar sudah menguasai isi pelajaran.
Galakkan  pelajar  menggunakan  isi pengajaran untuk menukilkan sajak  dan memperdengarkan .
 * ( Berupaya meningkatkan penguasaan fakta . mengukuhkan kemahiran berbahasa  dan menanamkan cinta  kepada budaya bangsa )






Nampak  macam  nak  mengajar  B Melayu .... kan , tapi  itulah bestnya .... bahasa merentas kurikulum perlu  dipertegaskan  kerana penggunaan  laras  bahasa  yang  tepat  akan dapat menyampaikan fakta Geografi dengan  berkesan . 


#hidupkitaacuankita
#kitakongsiapayangkitaada.


Friday, 27 March 2020

Libur GEOG. : INDAHNYA GEOGRAFI ( SYAIR GEOGRAFI ) ( SIRI 3 )


Libur GEOG.  :  JUM ..... BERSYAIR 
                   [ SYAIR  GEOGRAFI ]





Catatan Perjalanan :
Seingat  saya ... , satu  ketika dahulu  RTM  ada  satu rancangan .    " Drama dalam Syair " . Cukup  menarik !..... Antara rancangan yang saya tunggu kerana syair  dan pengkesahan  yang menarik . Untaian  kisah hikayat   yang  menggabungjalinan syair dan cerita amat menarik walaupun terpaksa menunggu siri demi siri untuk memahami  keseluruhan  jalan  cerita.


Contoh Penggunaan Syair dalam Pembelajaran Geografi.
Bergantung  kepada individu yang  terlibat , berdasarkan penguasan   mereka  kepada  isi  pengajaran.
Situasi  1 : 
Pelajar belum menguasai isi pengajaran: 
Boleh diperdengarkan  syair . Pelajar  mendengar , mencatat  dan membincangkan  isi-isi utama.
Situasi 2 :
Pelajar sudah menguasai isi pelajaran.
Galakkan  pelajar  menggunakan  isi pengajaran untuk menukilkan syair  dan memperdengarkan .
 * ( Berupaya meningkatkan penguasaan fakta . mengukuhkan kemahiran berbahasa  dan menanamkan cinta  kepada budaya bangsa )





Haha ..... Gunakan lah  kaedah  ini . Nak cantik  lagi ....Guru perlu menguasai kemahiran  bersyair ... Kalau  tiada  kemahiran ..gunakan rakaman . Itupun dah okey ! ..... Selamat mencuba.



* Nak Syair  daripada Admin ...
    Tunggu .... haha ......

#hidupkitaacuankita
#usahakitakitajaya
#kongsikanaapayangada.





Libur GEOG. : INDAHNYA GEOGRAFI ( KARAOKE GEOGRAFI ) ( SIRI 2 )


Libur GEOG.  :    JUM .....  BERKARAOKE 
                    (  GEOGRAFI )



Catatan Perjalanan :
Seronok  juga mengingat  kembali zaman lama-lama. Lagu2 seperti  " tanyer sama pokok " , "  jet-jet  semut " , " bangau ..oh ... bangau " , "  katak ...oh..... katak dan yang  lain dinyanyikan  secara santai . Tiada penghayatan  , tiada tujuan tetapi  terkesan sehingga kini . Mudah mengingat bait-bait  seni katanya .

Persoalan mengapa kita ingat  sampai  sekarang . Jawapannya mudah .... kerana kita  suka  , nyanyian secara berulang  dan  mungkin  ada  yang  membuat penghayatan dan membuat penerokaan.



Kaedah  Penggunaan Karaoke dalam Pembelajaran Geografi.
1. Pilih  minus-one  yang  sesuai .
2. Tuliskan lirik  berdasarkan tema .
3. Berkaraoke ....bersama-sama.
    * Semudah  1 , 2  dan 3 .



Contoh : 
 Penggunaan  kaedah Karaoke  / Nyanyian dalam pembelajaran Geografi .


Haha ..... Nak  dengar  nyanyian Geografi  dari  Group Admin ......... Tunggu !..........



Selamat  mencuba  bagi  semua !...

#hidupkitaacuankita.
#usahakitakitajaya.







Tajamkan Skill Kita : MUDAHNYA GEOGRAFI ( MUDAHNYA BINA AYAT ) ( SIRI 1 )


Tips : CARA MEMBINA AYAT DALAM PERENGGAN                                                     (  SIRI 3 ) 
                      (  KAEDAH "  BANGAU  OH...BANGAU  "  ) 





Catatan  Perjalanan :
Dulu-dulu , lagu  nih  tak lah bermakna . Setakat nyanyian biasa . Hiburan  di tepi kolam tatkala  menunggu sambaran sang haruan. 

Puluhan tahun bersama pelajar , terfikir  mengapa sukar untuk pelajar membina  kelangsungan  ayat dalam perenggan. Puluhan novel  dan cerpen telah    dibaca , garapan isi oleh pengarang sukar diterjemahkan strukturnya walaupun jalan ceritanya membuat sipembaca merintih dan ada kalanya membuakkan rasa gembira.

Menyusun  ayat  dalam  perenggan  bukanlah sesuatu  yang  mudah . Nampak remeh  tapi sukar .  Penggunaan senikata  " bangau .... oh...... bangau " , sedikit  sebanyak  dapat memandu pelajar untuk membina jaringan ayat dalam perenggan  yang  baik  . Selain  itu , kaedah ini juga dapat memandu pelajar menyusun  perenggan  mengikut  keutamaan  isi . 



Contoh Penggunaan :

Contoh soalan : 
Huraikan kepentingan aktiviti  pertanian  kepada sosio ekonomi  di Malaysia.


Contoh  isi yang disediakan  oleh  pelajar :
1. Menyediakan peluang  pekerjaan.
2. Menjana pendapatan  negara.
3. Meningkatkan pendapatan perkapita penduduk.
4. mengurangkan kadar pengangguran .
5. Meningkatkan kuasa beli  penduduk.
6. meningkatkan  taraf hidup  penduduk.
* Pelajar  perlu menyediakan semua isi penting  jawapan dalam bentuk rangka jawapan.


Penggunaan  Kaedah " Bangau ..oh ... bangau " 
1. Penulisan  mesti  dalam penggan mesti mengikut keutamaan isi.
2. Susunan isi mesti mengikut kronologi / keutamaan.



Contoh  Jawapan Pelajar.

Penyusunan  isi mengikut  kronologi.

  Panduan penyusunan isi dari rangka:
" kerja   .........  pendapatan .........kuasa beli ...........taraf  hidup ............... kadar pengangguran  kurang .


Isi perenggan  yang sudah  disusun  mengikut  kronologi/ keutamaan 
 ( berdasarkan prinsip "  bangau oh..bangau "  )          
    1. Menyediakan  peluang  pekerjaan.
    2. Meningkatkan pendapatan perkapita penduduk.
    3. Meningkatkan kuasa  beli  penduduk.
    4. Meningkatkan tarah hidup  penduduk.
    5. Mengatasi masalah  pengangguran penduduk.


Contoh  Penulisan  Jawapan  Pelajar :
Kepentingan sektor pertanian kepada sosio ekonomi di Malaysia ialah  keupayaan sektor ini menyediakan banyak peluang  pekerjaan . Terdapat pelbagai jenis peluang  pekerjaan di sektor pertanian sepeti buruh ladang  ,mandur  dan pengurusan ladang . Hai  ini  akan  dapat meningkatkan pendapatan perkapita penduduk  dan  kuasa beli  mereka. . Ini akan meningkatkan  kuasa beli  dan taraf hidup  mereka. Dalam masa yang sama , perkembangan sektor pertanian turut  dapat  mengatasi masalah pengangguran  di sesuatu kawasan.




Peringatan :
* Walau bagaimanapun , sebenarnya  tiada satu format penulisan yang khusus untuk menjawap soalan  peperiksaan yang  terbaik. Ia bergantung kepada elemen  kecerdasan  bahasa  yang  diwarisi  sejak  lahir . Tips ini hanyalah  sebagai panduan  kepada mereka yang masih " kabur " dalam  ushasa menyediakan diri untuk  menduduki  peperiksaan .

#dirikitaacuankita.

#usahakitakejayaankita.
    










Tajamkan Skill Kita : MUDAHNYA GEOGRAFI ( MENGAPA ? ... GI MANA JAWABNYA ) ( SIRI 2 )


Tajamkan Skill Kita  :  CARA  MENJAWAB  SOALAN  
         
* Penggunaan  kata kerja  "  MENGAPA  ".

- Calon  perlu memahami  soalan yang  menggunakan kata kerja     "  MENGAPA  "  biasanya    memerlukan  pola  jawapan  yang menggambarkan  alasan  ( sebab  & akibat )   sesuatu   perkara yang  berkaitan  dengan  pelbagai  unsur / kejadian / kepentingan / masalah / halangan / cabaran / prosfek  dan lail-lain.

-  Struktur  jawapan  calon  mesti ada ;
    ( fakta  +  sebab  1 +  sebab 2 ,    sebab  3 ) .


 Contoh soalan :
    " Mengapakah  aktiviti  pertanian di Malaysia perlu ditranformasikan  " .


Contoh jawapan : 
" Proses tranformasi sektor pertanian di Malaysia perlu  dijalankan untuk meningkatkan  kadar produktiviti  hasil  pengeluaran  yang sedia ada  . Hal  ini  perlu  untuk membekalkan lebih banyak sumber makanan  kepada penduduk yang sentiasa  meningkat . Sebagai contoh , penggunaan  baja kimia  , baja organik  dan  baja yang diformulakan  akan  berupaya meningkatkan kadar  kesuburan tanah sekaligus  membolehkan tanaman seperti sayur-sayuran  , buah-buahan  dan pelbagai  hasil tanaman lain tumbuh  dengan subur . Keadaan  ini akan meningkatkan bekalan hasil-hasil pertanian tersebut   di pasaran.



Penjelasan Struktur Ayat : 
untuk meningkatkan  kadar produktiviti  hasil  pengeluaran : alasan 1.
untuk membekalkan lebih banyak sumber makanan : alasan 2
*   Isi nombor  1  akan  menjelaskan/ menerangkan isi nombor 2 .
   ( penting untuk  mewujudkan kesinambungan " cerita /keterangan " dalam ayat ) - ciri-ciri  ayat yang bermakna.


Penjelasan  Penggunaan Istilah / Perkataan.
*  Penggunaan  perkataan " untuk "  dan " akan "  akan  berupaya 
  meningkatkan  penegasan dalam jawapan pelajar dalam  jawapan 
  bagi soalan " mengapa ".
*  Penggunaan  penambahan / imbuhan " me ... , men .... , mem .... , meng.... dan  menye ........ " turut   berperanan dalam meningkatkan penegasan jawapan pelajar. 


Peringatan :
* Walau bagaimanapun , sebenarnya  tiada satu format penulisan yang khusus untuk menjawap soalan  peperiksaan yang  terbaik. Ia bergantung kepada elemen  kecerdasan  bahasa  yang  diwarisi  sejak  lahir . Tips ini hanyalah  sebagai panduan  kepada mereka yang masih        " kabur " dalam  ushasa menyediakan diri untuk  menduduki  peperiksaan .

#dirikitaacuankita.
#usahakitakejayaankita.


Thursday, 26 March 2020

Isu : POLIMIK PELAJAR GEOGRAFI : FAKTA VS BAHASA .



Isu : POLIMIK  PELAJAR  GEOGRAFI
                 ( FAKTA   VS   BAHASA  ) 

1.  Senario :
( Sekadar  perkongsian  pengalaman )

Pengalaman  mengurus  kerja  pelajar , mendedahkan  kita  kepada beberapa senario yang  kadang-kadang memperlihatkan konflik dalam gerak kerja kita. Ada  masanya kita akan  terjumpa jawapan berfakta  tetapi  huraian tergantung , dalam kata lain pelajar  meminta  guru mentafsir apa yang  ingin  disampaikan . Ini berlawan dengan " prinsip "  kita , kita  hanya  memberi markah kepada apa yang  kita   faham daripada apa yang  kamu tuliskan .

Puluhan tahun  lalu , berfakta  tanpa bahasa mungkin merupakan satu kebiasaan .  Janji " apa "  yang nak disampaikan dapat difahami .  Biarpun bahasanya  tunggang  terbalik .  

Namun sebagai " alat komunikasi " , kini  elemen bahasa turut  diambil kita  dalam sumbangannya  kepada  keupayaan  pelajar  menyampaikan fakta-fakta ilmu  terutamanya dalam mata pelajaran Geografi . Pengenalan  kaedah  Rubrik dalam jawapan pelajar masa kini  menuntut peranan bahasa  yang  lebih tuntas . Justeru  penguasaan bahasa  sebagai alat komunikasi  menjadi penting semula .

Keadaan ini  menuntut semua  pelajar  Geografi  perlu  menguasai kemahiran berbahasa  selain   menguasai  fakta-fakta Geografi yang  kekadang berada  di luar jangkauan  kotak  mereka . Tanpa  fakta  ,  tak mungkin penyampaian  merka  menjadi  bermakna  . Dalam masa  yang sama  juga  , tanpa bahasa  tak mungkin  penyampaian  menjadi  sempurna . 


Rumusannya :
Kuasailah  sistem bahasa. Penguasaan sistem bahasa yang  baik  akan menjadikan kita penyampai yang terbaik  . 




BEBERAPA  ISTILAH  YANG  PENTING  DALAM  PENULISAN  SKRIP  GEOGRAFI .


1.  " Yang "  -  berguna untuk menggambatkan penegasan &         
      pengukuhan  ujaran  dalam  ayat .
      Contoh : 
      Bekalan tenaga  buruh  yang  mahir , murah  dan ramai .
      Tanah pamah yang  rendah  ,  luas  dan rata .

2.  Penggunaan pelbagai  imbuhan / penambahan  "  me...... , 
     men..... , meng....... , menye ....."  - berupaya menggambarkan           peningkatan  /  perubahan .
     Contoh :
      meningkatkan  , melipatgandakan .
3.  Penggunaan  istilah-istilah khusus  - istilah spesifik untuk 
     menyatakan elemen-elemen tertentu . 
    Contoh :
     peningkatan   ,  penguncupan    ,   penuruna
          (  berkaitan dengan  aliran  data. ) 
     



Tajamkan Skill Kita : MUDAHNYA GEOGRAFI ( BAGAIMANA - GI MANA JAWABNYA ) ( SIRI 4 )



Tajamkan Skill Kita  :  CARA  MENJAWAB  SOALAN  
           
* Penggunaan  kata kerja  " BAGAIMANA ".

- Calon  perlu memahami  soalan yang  menggunakan kata kerja     "  bagaimana "  biasanya    memerlukan  pola  jawapan  yang menggambarkan  proses/cara   sesuatu  kejadian  / fenomena/ elemen-elemen  membentuk/mempengaruhi  perkara /elemen lain.

-  Struktur  jawapan  calon  mesti ada ;
    ( fakta  +  aktiviti  +  output aktiviti      Kesan.


 Contoh soalan :
    " Bagaimanakah  aktiviti  pertanian  boleh  menjejaskan  
        kawasan tadahan air  di Malaysia ".


Contoh jawapan : 
" Aktiviti pertanian  boleh  menjejaskan  kawasan tadahan  hujan  apabila petani menggunakan  baja  kimia  digunakan  secara  yang tidak  terkawal di kawasan kebun sayur-sayuran yang  terletak  berhampiran dengan kawasan tersebut. Unsur-unsur Nitrit  ,  amonia  dan posforus  dari  kawasan pertanian  akan  larut  dan membentuk air licet yang  mengalir bersama  air  bawah tanah    ke kawasan tadahan hujan. Keadaan ini akan meningkatkan  pH  air .  Hal ini akan  menjejaskan kualiti air di kawasan tadahan  ". 



Penjelasan Struktur Ayat : 
apabila   petani menggunakan  baja  kimia  :  elemen  aktiviti .
unsur-unsur Nitrit  ,  amonia  dan posforus  : output  aktiviti.
akan meningkatkan  pH :  Kesan  

Penjelasan  Pemilihan istilah / kata :
Penggunaan  perkataan " apabila "  memberi maklumat  tentang masa kejadian - dapat  memberi peneguhan tentang  proses yang berlaku.



* Walau bagaimanapun , sebenarnya  tiada satu format penulisan yang khusus untuk menjawap soalan  peperiksaan yang  terbaik.  Ia bergantung kepada elemen  kecerdasan  bahasa  yang  diwarisi  sejak  lahir . Tips ini hanyalah  sebagai panduan  kepada mereka yang masih        " kabur " dalam  ushasa menyediakan diri untuk  menduduki  peperiksaan .


#dirikitaacuankita.
#usahakitakejayaankita.




INDAHNYA GEOGRAFI : ( ANALOGI GEOGRAFI ITU INDAH ) ( SIRI 1 )


Tips  :   GEOGRAFI   ITU  INDAH ,                            GEOGRAFI ITU MUDAH.  

       (  JUM........ BELAJAR  GEOGRAFI  -  SIRI  1 )


Mempelajari   Geografi merupakan sesuatu yang amat  menyeksakan  bagi  sesetengah  pelajar .   Mungkin  cara pembelajaran kita yang salah . Geografi adalah mata progrresif  dan  dinamik  .  Maklumat   Geografi  mudah berubah   dan sudah  pasti  kaedah pembelajarannya  juga pasti menuntut  banyak  perubahan.  

Jum  ....kita sharekan beberapa kaedah pembelajaran Geografi yang  mudah .  Guru-guru  dan  pelajar boleh  menggunakan kaedah-kaedah ini  secara  tutorial  ataupun  klinikal untuk  menjadikan mata pelajaran ini  lebih  menarik .



Masih  banyak  segmen-segmen  mp  Geografi  yang  sukar difahami  tetapi  dengan pelbagai  kaedah pembelajaran   yang  menarik  tidak  mustahil  ia  dapat  dipelajari  dan diingat  dengan  mudah ....

Good  luck  Geografi .......

#geografisentiasadihati.
#geografianugerahalamlestari.

KOKO GEOG. : PERANCANGAN STRATEGIK KOKO ( K3R ) 2020





                PERANCANGAN    STRATEGIK  KOKO
KELAB  KITAR   SEMULA  SMK  ROMPIN  
TAHUN 2020


Disediakan  Oleh  
Cgu Mohd Zainudin  b. Dahri
Guru Penasihat  K3R
SMK  Rompin.






ANALISIS  PERSEKITARAN
ANALISIS  SWOT  / MATRIC

Nama Kelab : KELAB  KITAR   SEMULA  (  K3R  )
KEKUATAN ( S )
KELEMAHAN ( W )
S1 –  Guru-guru   berpengalaman  mengurus
            kelab 3R.
S2 – Kelab 3R SMKR telah  mempunyai               
          pengalaman dalam   Pengurusan
         kelab ke pertandingan  PerKISS.
S3 -  Kerjasama dan toleransi  dengan 
         pelbagai  pihak memudahkan  pengurusan 
         proses  pengurusan kelab  berjalan dengan
          lancar.
S4 – Mempunyai jaringan kerjasama yang  baik 
         dengan   SWCorp Daerah Rompin & Negeri
         Pahang.  
S5 – Guru dan  Pelajar  sekolah ramai .
S6 – Entiti kantin sekolah ,  Dewan Makan asrama 
        dan  Kooperasi  boleh membekalkan barangan
        3K untuk  dikitar semula.
W1 -  Kekangan masa untuk pengurusan.
W2 – Sukar melibatkan pelajar  kerana  sesi
         pemungutan  tidak menentu.
W3 -  Sukar mendapatkan bekalan barangan 
        3R  secara tetap   .
W4 – Motivasi  penglibatan pelajar rendah.
W 5  -Harga barangan 3R yang rendah..
PELUANG ( O )   
ANCAMAN / CABARAN ( T/C )
O1 –  Kerjasama semua  pihak .
O2 – Mempelbagaikan aktiviti sokongan  kepada
        program  induk 3R.
O3 -  Bina jaringan  dengan komuniti setempat,
O4 -  Menggerakkan aktiviti pengumpulan di
        kalangan warga  Sekolah.   
T1 – Mengekalkan penglibatan semua warga
        sekolah.
T2 – Sumber bekalan  barangan 3R yang
        semakin berkurangan




       PENJANAAN STRATEGI DENGAN KAEDAH COWS/TOWS MATRIK



KEKUATAN ( S )

KELEMAHAN ( W )
   

          
                                DALAMAN









         LUARAN
S1 –  Guru-guru   berpengalaman 
        mengurus kelab   3R.
S2 – Kelab 3R SMKR telah  mempunyai
       pengalaman   dalam  Pengurusan
      kelab ke pertandingan  PerKISS.
S3 -  Kerjasama dan toleransi  dengan 
        pelbagai   pihak memudahkan 
        pengurusan  proses pengurusan
        kelab  berjalan dengan lancar.
S4 – Mempunyai jaringan kerjasama    
        yang  baik   dengan SWCorp
         Daerah Rompin    & Negeri
         Pahang.
S5 – Guru dan  Pelajar  sekolah ramai .
S6 – Entiti kantin sekolah ,  Dewan
         Makan asrama  dan  Kooperasi 
        boleh   membekalkan barangan
       3K untuk  dikitar semula.
W1 -  Kekangan masa untuk
        pengurusan.
W2 – Sukar melibatkan pelajar  kerana 
        sesi  pemungutan  tidak menentu.
W3 -  Sukar mendapatkan bekalan
        barangan  3R  secara tetap   .
W4 – Motivasi  penglibatan pelajar
          rendah.
W5 -  Harga barangan 3R yang rendah

PELUANG (O)

STRATEGI S-O

STRATEGI W-O
O1 –  Kerjasama semua  pihak .
O2 – Mempelbagaikan aktiviti
         sokongan  kepada program  induk
         3R.
O3 -  Bina jaringan  dengan   komuniti
          setempat,
O4 -  Menggerakkan aktiviti 
           pengumpulan   dii kalangan    
           warga  Sekolah.         


(S1 + S2 + O1 )
 S 1 – Meningkatkan  jumlah  pungutan 
          barangan 3R .
         ( membina  jaringan komuniti )

( S3 + O2 +O3  )
S2 – Meningkatkan  hubungan  dengan 
        pelbagai  agensi  kerajaan.  

                                 
S3 – Menganjurkan pelbagai   program dalaman untuk
         mengekalkan minat warga
          sekolah.

( W1 + O1+ O2 )
S4  -  Meningkatkan  jalinan
         kerjasama antara guru-guru
         dalm  komuniti  sekolah  dan luar.

ANCAMAN /CABARAN(C)

STRATEGI S-T

STRATEGI W-T
C1 – Mengekalkan penglibatan semua 
      warga   sekolah.
C2 – Sumber bekalan  barangan 3R
        yang semakin berkurangan
( W3 + W5 + O1+ O2 + O3 )
S5 –   Meningkatkan persekitaran 
         Pembudayaan  3R  di  kalangan
          warga   SMK Rompin
( W4 +T1+ T2 )
S 6 – Kempen  meningkatkan 
          penyertaan   semua  warga 
          sekolah  dalam  program 3R.






PELAN  STRATEGIK SMK ROMPIN 2020
 (  KELAB KITAR  SEMULA  ) 

Isu
strategik
Matlamat
strategik
objektif
KPI
  2019  ( TOV )
SASARAN
2020
2021
2022






Pencapaian  semua objektif  Kitar Semula                  ( K3R ) berjaya dicapai .






Memastikan semua perancangan  dan  pelaksanaan aktiviti  mencpai  target / KPI  yang  telag ditetapkan .



Penglibatan
Pelajar
% Penyertaan
-
100 %


Pencapaian Sebenar
-




Hasil  program InisiatiF  PdJ3R
Berat jualan Tahuan               ( 5 tan metrik )

-

3 tan


Pencapaian Sebenar
3 tan




Penyertaan PerKISS  2020
Pencapaian
Dalam PerKISS
( peringkat Daerah   & Negeri  )

-
1/D

TOP TEN/N


Pencapaian Sebenar
1/D
8/N




Pelaksanaan semua aktiviti Dirancang
Perancangan kelab 3R terlaksana

-

70 %



Pencapaian Sebenar
-








CARTA GANT  PENGURUSAN  KELAB  KITAR  SEMULA
SMK  ROMPIN  ,   TAHUN  2020.

Bil
Nama Aktiviti
/ Program .
Bulan

Sasaran

Catatan
F
M
A
M
J
J
O
S
O
N
1
Pelancaran Inisiatif  Pengumpulan  dan Jualan barangan 3R   ( IPJ3R )










Semua Warga SMK Rompin.

2.
Program  Jualan Barangan  3R  











3.
EGM  Kelab 3R ( Arus Perdana & T6 )










Semua ahli  kelab 3R

4.
Gotong Royong 
( Program Penghijauan )










Komuniti pelajar T6.

5.
Inisiatif  IPJ3R  Bersama komuniti 
(  EGM  ibubapa dan Guru / PIBG )










Ibubapa & Penjaga.

6
Inisiatif  Pengasingan  dari Punca   3R      ( IPdP3R ) 










Semua Warga SMK Rompin

7.
Pertandingan  Sayembara Puisi & pengucapan Awam :  Alam Sekitar / Kitar Semula.  Kali  1/2020












8.
Pengemasan maklumat  dan data PerKISS  2020 (  Fasa 1 )












9.
Pertandingan  mereka bentuk  tong kitar semula












10.
Pertandingan kraftangan 3R peringkat komuniti ( Ibubapa/penjaga )












11.
Program Pandu lalu 3R  Sempena hari Kooperasi  SMK Rompin.












12.
Pengemasan maklumat dan  data PerKISS 2020 ( Fasa 2 )