5.7.0. PERKHIDMATAN
5.7.1. Konsep :
- Jenis Industri / kegiatan ekonomi tertier.
- Menyediakan perbagai jenis perkhidmatan bukan
jualan produk atau barangan.
5.7.2. Jenis-jenis perkhidmatan:
-
perniagaan borong, runcit, hotel dan
restorans
-
kewangan
-
insurans
-
hartanah dan perkhidmatan perniagaan
-
pengangkutan dan telekomunikasi
-
utiliti ( elektrik, air dan gas )
-
perkhidmatan kerajaan
- perkhidmatan pelancongan.
- perkhidmatan guaman
5.7.3. Perkhidmatan pelancongan .
5.7.3.1. Konsep - melawat / aktiviti reakreasi .
5.7.3.2. Jenis-jenis pelancongan.
- Eko pelancongan - berasaskan tarikan semulajadi.
- Agro pelancongan - berasaskan aktiviti pertanian dll.
- Pelancongan Warisan & Sejarah - berasaskan menomen-menonem dan artifak tinggalan sejarah.
- Pelancoangan bertema - berasaskan sambutan sesuatu acara / sambutan.
- Pelancongan kesihatan - berasaskan tujuan mendapatkan rawatan kesihatan sambil berehat.
- Pelancongan Sukan & Rekreasi - berasaskan penganjuran aktiviti sukan bertaraf antara bangsa.
- Pelancongan perkapalan - berasaskan pelayaran dan reakreasi .
- Pelancongan MICE - berasaskan aktiviti persidangan / smposium dan perbengkelan peringkat antarabangsa.
Kempen Galakkan Pelancong di Malaysia
5.7.3.3 Faktor pengaruhi Perkembangan Sektor
Pelancongan.
1 ) Faktor Alam Sekitar Fizikal .
- Kawasan Pergunungan - permandangan menarik / suhu nyaman.
- aktiviti mendaki : Gunung Kinabalu.
- Bentuk muka bumi unik - kawasan gua batu kapur / kawasan karst - ciri-ciri stalagtait , stalagmait ,tiang kalsit , sungai bawah tanah : Gua Tempurung , Gua Niah , Gua Mulu , Gua Kelam
- Kawasan pantai / pulau - pasir yang memutih , bersih
- Pantai Tanjung Jara , Pantai Port Dickson , Pantai Teluk Cempedak .
- kawasan terumbu karang - unik dan menarik / aktiviti scuba & snokeling
- Taman laut Pulau Tioman , Taman Laut Pulau Sepadan , Taman laut Pulau Redang .
- Hutan Khatulistiwa yang kaya dengan pelbagai flora & fauna - keunikan flora , fauna serta keindahan permandangan
- Taman Negara Tahan , Taman Negara Kinabalu , Taman Negara Bako .
- Ciri-ciri iklim & cuaca yang nyaman - suhu sederhana panas & nyaman ( 18 C )
- Cameron Highland , Kundasang , Bukit Freaser , Kundasang.
- Sungai-sungai beraliran deras - aktiviti sukan akstrem ( berkayak , berkeno , berakit )
- Sungai Padas , Sungai Sedim .
- Kewujudan tasik-tasik semulajadi - kepelbagaian hidupan ekosistem hutan paya tanah lembab Tropika - galakkan aktiviti penyelidikkan.
- Tapak RAMSAR Putra Jaya , Tapak RAMSAR Tasik Bera.
2) Faktor Budaya/ manusia.
- Kebudayaan / cara hidup / makanan / perayaan / makanan pelbagai kaum.
- Dana / modal yang banyak dari pihak kerajaan.
- Promosi - media elektronik / pameran galakan pelancongan. - kemudahan infrastuktur - jalan raya / LRT / KOMUTER / kereta api / lapangan terbang / pelabuhan yang baik ( pintu masuk ) - tingkatkan darjah ketersampaian / mobiliti pelancong.
- perkhidmatan kerajaan yang cekap & berkesan - kurangkan karenah birokrasi dalam memudahkan kemasukan pelancong.
- Kos pelancongan yang murah dengan pelbagai kemudahan penginapan yang selesa. - Sikap penduduk Malaysia yang mesra pelancong.
- Dasar kerajaan yang mesra pelancong dan memberi pelbagai insentif terhadap syarikat-syarikat pelancongan.
- Keadaan politik yang stabil.
5.7.3.4. Kepentingan Sektor Pelancongan Terhadap
Pembangan Sosio ekonomi Penduduk Malaysia. - Menyediakan peluang pekerja - tingkatkan pendapatan
perkapita penduduk - tingkatkan taraf hidup penduduk / kurangkan kadar pengangguran .
- Menyumbang kepada sumber pendapatan negara ( KDNK ) melalui perbelanjaan langsung pelancong , cukai terhadap keuntungan syarikat-syarikat pelancongan dll.
- Menggalakkan perkembangan infrastruktur - pembinaan jalan raya , lapangan terbang , pelabuhan , bekalan tenaga elektrik dan bekalan air bersih.
- Mengalakan pembukaan & perkembangan petempatan yang baru : Ringlet , Tanah Rata ( Cameron Highland ) , Pekan Kuah ( Langkawi ).
- Mewujudkan kesan pengganda ekonomi : meningkatkan aktiviti perniagaan , pengangkutan , IKS yang menghasilkan barangan kraftangan , makanan tradisional dll.
- Meningkatkan taraf pendidikan / kemahiran penduduk terutama dalam pengurusan hospitaliti pelancongan , kualinari dan segmen pengurusan perhotelan .
5.7.3.5. Kesan Perkembangan Sektor Pelancongan Terhadap Alam Sekitar Fizikal di Malaysia.
- Pencemaran air.
- Pencemaran bau.
- Kemusnahan habitat Flora & Fauna.
- Rantaian makan terjejas.
- Hakisan tanah meningkat.
- Menggalakkan kejadian tanah runtuh.
- Menyebabkan berlakunya peningkatan suhu setempat.
- Ekosistem / ekologi setempat terganggu.
- Banjir kilat.
5.7.3.6. Langkah Mengatasi Kesan Perkembangan Sektor Pelancongan terhadap Alam Sekitar Fizikal.
- Kuatkuasakan undang-undang.
- kempen kesedaran alam sekitar.
- pendidikan alam sekitar.
- menyediakan laporan EIA.
- Minimakan aktiviti penebangan hutan dalam proses
pembinaan prasarana pelancongan.
- Perbanyakkan aktiviti yang berbentuk mesra alam dalam
aktiviti pelancongan : meneroka alam semulajadi ,
menanam anak pokok bakau , Polging botol plastik dll ..
- Menyediakan lebih banyak pusat 3R di kawasan
pelancong.
- Melupuskan sisa-sisa domestik pelancongan dengan cara
menggunakan incinerator.
- merawat sisa-sisa kumbahan dan sisa-sasa makanan dari
sektor perhotelan sebelum dibuang ke sungai.
Terbaik cikgu..sangat membantu untuk menjawab soalan dlm gc
ReplyDeleteAlhamdulillah makin faham, terima kasih cikgu.
ReplyDelete