Sunday 22 March 2020

Tema 4/T4 ; PROSES DAN KESAN PERGERAKAN JISIM



Tema  3/T4 : PROSES DAN KESAN     
               PERGERAKAN  JISIM.

1.0. Konsep Pergerakan Jisim .
- Proses  pergerakan  regolit  dari  bahagian atas cerun  ke 
   bahagian   bawah cerun akibat  tarikan graviti . 

                               Contoh  pergerakan jisim 



2.0. Jenis- Jenis Pergerakan Jisim .

2.1. Kesotan  Tanah .
Berlaku di cerun  yang  sangat  landai.
-  Kadar  pergerakan  yang  sangat  perlahan.
-  Bukti berlaku pergerakan  kesotan tanah :
    1. Pagar & binaan  semakin condong  di kawasan cerun.
    2. Terdapat  banyak rekahan tanah di kawasan cerun.
    3. Terdapat  banyak   longgokan poin-poin tanah / batu di 
        kawasan  kaki  cerun.


 

Hasil carian imej untuk kesotan tanih
                                Kesotan  tanah  dan kesan-kesannya.    


 2.2.Tanah Runtuh
-  Berlaku  di kawasan  cerun  yang  lebih curam.
-  kadar  pergerakan  yang  lebih  laju .

Kejadian  tanah  runtuh. 

           
2.3. Aliran Lumpur .
-   Pergerakan  kelodak  cair  (  campuran  batuan ,  poin-poin  regolit  dan  air ).
-   Kadar  pergerakan  sangat  pantas / laju / cepat.



 


             

 2.4. Gelongoran Tanah .
-  Pergerakan  tanah secara berlapisan .
-  Kadar pergerakan  sederhana  laju / sederhana pantas.
       


  2.5. Gelangsaran Tanah
-  Pergerakan  tanah  mengikut  lapisan .
-  Pergerakan  yang  sederhana  laju.
-  Biasanya  berlaku  di kawasan beriklim  sederhana.
    




3.0.  Faktor Yang Pengaruhi  Pergerakan  Jisim .

1. Kedudukan cerun (  curam  atau  landai ) 
- semakin  curam cerun , pergerakan  jisim  semakin  laju.
2. Kuantiti  jisim / poin-poin regolit.
- semakin  berat   dan  banyak , pergerakan  jisim  semakin laju.
3. Kewujudan  halangan  di sepanjang cerun .
 -  kewujudan  halangan  seperti litupan  tumbuhan ,  pagar   tembok  dan pelbagai  binaan akan memperlahankan  pergerakan jisim.
4. Faktor  taburan  hujan 
- hujan lebat / tempoh  masa  yang  lama - tanah tepu  air- jisim  tanah  menjadi berat / ikatan kovalen   antara regolit longgar -  berlakunya kejadian pergerakan jisim.Kewujudan litupan tanaman tutup bumi / sungkupan plastik menghalang susupan / resapan air ke dalam tanah - elakkan tanah tepu  air - kawal pergerakan jisim.
6. Aktiviti  manusia  - meneres & meratakan cerun  - mendedahkan  permukaan tanah  kepada larian air permukaan  & resapan air  yang tinggi ke dalam tanah - percepatkan proses   pergerakan jisim .
7. Kewujudan  pelbagai  badan air (  kolam takungan air  , kolam  ternakan ikan , ) di kawasan tanah  tinggi  menyebabkan kadar  tepu air bagi lapisan tanah di kawasan cerun lebih  tinggi -   memungkinkan kejadian pergerakan jisim. 
8.  Aktiviti  pembangunan  dan pembinaan  seperti    bangunan  ,  jaringan  jalan raya  ,  hotel  dan    lain-lain  di kawasan cerun   menyebabkan  struktur cerun tidak stabil.
9. Aktiviti  pertanian dan  penternakan  di kawasan cerun   menyebabkan  litupan tumbuhan  berkurangan - permukaan tanah terdedah  kepada larian  air  permukaan -  mempercepatkan   kadar  kejadian  pergerakan  jisim .




4.0. Kesan  Pergerakan  Jisim.

1.  Kemusnahan  harta benda.
          

      - Kemusnahan  tempat   kediaman  ,  kenderaan  ,  haiwan  
   ternakan   - ditimbus  runtuhan tanah .

2.  Kematian.
          

     -  Ditimbus  runtuhan  tanah  , lemas  di dalam  aliran  lumpur.



3.  Kerosakan Infrastruktur.
     - Talian paip  air  terputus - tiada bekalan air bersih .
     - Bekalan  air  yang  dihantar  tidak  berjaya  - penduduk  
  kekurangan iar  bersih.

Hasil carian imej untuk paip pecah

            
4.  Jaringan  pengangkutan  terputus.
      - Jalan raya  terputus  - aktiviti  harian  penduduk  terganggu , 
  bekalan keperluan  harian  penduduk tak sampai .




5.  Perubahan ekosistem / ekologi setempat.
      - Pergerakan  jisim  memungkin  runtuhan tanah menimbus / 
        menutup aliran air  semula jadi , menutup kawasan paya  dan  
        belukar - menyebabkan  berlaku  perubahan arah aliran air , 
        kematian spesis flora  dan  fauna yang  tertentu  dan 
        menjejaskan polulasi spesis tersebut.



Hasil carian imej untuk jalan raya terputus akibat tanah runtuh


6. Perubahan lanskap / pandang  darat fizikal. 
    - kewujudan alur  pergerakan tanah  dan  longgokan tanah dikawasan lereng serta  kesan kemusnahan terhadap  kawasan menyebabkan perubahan ketara pada pandang darat fizikal  
kawasan .



7. Kos membaikpulih  & penyelengaraan  yang  tinggi.
    -  Kos  membaikpulih   rumah-rumah  penduduk    ,  kemudahan infrastruktur  seperti  jalan raya  , paip  bekalan  air  dan  talian elektrik  amat  tinggi .




8. Menjejaskan  kesihatan  & mendatangkan trauma  kepada penduduk.
   -  Penduduk yang  terlibat  dan  terjejas dengan  kejadian  pergerakan  jisim  akan  terus  dibayangi / hantui  detik-detik cemas  dan  menakutkan  semasa kejadian tersebut  melanda.
      
               



9.0. Langkah  mengatasi masalah  pergerakan jisim.              ( langkah Struktural / pemuliharaan ) 

9.1.  Menyimen  cerun 
-  Proses  menyimen cerun  dengan  konkrit  akan mengukuhkan  struktur  cerun  dan   mengelakkannya  daripada  terhakis  dan  bergerak   menuruni   cerun .
           



9.2.  Menanam tanaman tutup  bumi.
- Tanaman tutup  bumi  seperti rumput   dan kekacang  akan  menghalang air  hujan  dan larian  air permukaan daripada menghakis  permukaan  tanah  dan  akarnya akan  mencengkam  butiran tanah  untuk  menghalang  pergerakan  jisim.
       



9.3.  Membina  tembok.
- Pembinaan  tembok  akan  menghalang  pergerakan  tanah .
       



9.4.  Memasang  sangkat  batu / groin dan gabion.
- Pemasangan sangkar  dawai  batu  /groin  dan  gabion akan mengukuhkan struktur  cerun   dan  menghalang  pergerakan  tanih.
         

           

9.5.  Mengunakan  kaedah sungkupan plastik .
- Penggunaan  sungkupan  plastik  akan  menghalang air  hujan  meresap ke dalam tanah   dan mengelakkan ketepuan  tanah   yang boleh  menyebabkan  gerakan  jisim.
         

   

9.6. Membina sistem perparitan / longkang.
- Pembinaan sistem perparitan / longkang yang  sempurna akan  berupaya  menyalirkan aliran  air permukaan  ke satu  arah  yang lebih  terancang  dan berupaya  menyelakkan  resapan air  dicerun  yang  boleh  menyebabkan  terjadinya  gerakan  jisim.
         


    

9 comments: