Thursday 19 March 2020

Tajuk 5.1 : KEGIATAN EKONOMI ( PERTANIAN ).


          

1.0. Jenis-jenis kegiatan ekonomi.
       1.1. kegiatan ekonomi  primier.
       1.2. kegiatan ekonomi sekunder.
       1.3. kegiatan ekonomi  tertier.
       1.4. kegiatan ekonomi kuaterner.
       1.5. kegiatan  ekonomi  kuiner.




2.0. Kegiatan Ekonomi Primier

( Aktiviti pertanian , perikanan , penternakan ,  perhutanan  dan perlombongan )
 
       Aktiviti  pertanian & Penternakan  di Malaysia.



3.1  Jen
is-jenis Pertanian.
       - Pertanian ladang.
       - Pertanian kebun kecil.
       - Pertanian pindah.
          * Semua aktiviti  pertanian  ini mempunyai ciri-ciri  yang  berbeza  dari segi  keluasan kawasan  , kaedah pengurusan  , modal , teknologi , tenaga buruh ,  skala  pengeluaran  dan orientasi pengeluaran.


3.2. Jenis-jenis  tanaman .
       -  Tanaman jualan / tanaman kontan / tanaman  komersial.
         
       -  Tanaman makan / tanaman saradiri / tanaman ruji / tanaman asasi.
           


3.3. Faktor yang mempengaruhi / menggalakkan perkembangan sektor pertanian.
       - Keadaan iklim Khatulistiwa  yang panas  dan lembab - suhu 27 C  dan  hujan antara 1500 hingga 2500  mm menggalakkan  pertumbuhan  dan mempercepatkan  proses  pematangan  tanaman.
       - kepelbagian bentuk  muka bumi  seperti  tanah pamah  yang luas - sesuai untuk tanaman  padi , kawasan berbukit bukau dan bersaliran baik  sesuai untuk tanaman  getah  dan kelapa sawit  ,
kawasan pergunungan sesuai untuk tanaman teh  , buah-buahan dan sayur-sayuran hawa  sederhana.
       - Sumber  tanih  yang  subur . tanih  laterit  sesuai tanaman getah& kelapa sawit , tanih aluvium - tanaman padi .
       - sumber  air  yang  banyak . Empangan  di sungai-sungai utama menyediakan  proses pengairan dan  mengairi kawasan pertanian . Sungai  kelantan - Projek Pengairan Sungai Kelantan    ( KADA ) , sungai Muda - Projek  Pengairan Sungai Muda ( MADA ).
      - Bekalan tenaga buruh  yang ramai  dan  mahir.
      -  Dana  dan Modal  yang  banyak  - Grant  pembangunan  pertanian  dari pihak  kerajaan  , Agro Bank  dan pelabur-pelabur asing.
     - Keupayaan  RND  yang  tinggi  menghasilkan  pelbagai  inovasi dan  teknologi  pertanian  yang moden  dan  mampu  menyumbang  kepada  peningkatan produktiviti  hasil-hasil  pertanian.
     -  Permintaan terhadap hasil  pertanian  yang  tinggi  di pasaran  domestik  dan  antara bangsa .
    -  Jaringan  pengangkutan   dan sistem  perhubungan  yang  cekap  memudahkan  proses
        pengurusan  dan pemasaran  hasil-hasil  pertanian.
     -  Dasar  kerajaan  yang  menggalakkan perkembangan sektor  pertanian  dengan  menyediakan pelbagai  insentif seperti  bantuan dana . khidmat  nasihat dan  latihan  serta  pemasaran.
     
Hasil carian imej untuk projek pengairan MADA
Hasil carian imej untuk projek pengairan MADA 
                   Projek Pengairan  Sungai  Muda  ( MADA  )  di Kedah.



3.4. Kepentingan Sektor Pertanian  kepada sosioekonomi & pembangunan  Malaysia.
      -  Menyediakan  peluang  pekerjaan  - meningkatkan  pendapatan  perkapita penduduk - meningkatkan  kualiti  hidup  penduduk.
      - Menyediakan sumber bahan  makanan  penduduk.
     -  Menyediakan sumber bahan  mentah  industri  - industri  pemprosesan dan industri  pembuatan.
     -  Mengalakkan pembangunan dan  perkembangan  jaringan infrastuktur   seperti  jalan raya , landasan kereta api  dan pelabuhan.
     -  Menyumbang  kepada  peningkatan  sumber pandapatan negara  - eksport hasil-hasil pertanian , cukai terhadap syarikat-syarikat  perladangan  dan  pertukaran wang asing.
     -  Mengalakkan pembukaan petempatan-petempatan  yang  baru  dan perkembangan pusat-pusat pembangunan wilayah  yang  baru.
     -  Mengurangkan  kadar  penggangguran  dan  kadar  kemiskinan  di kawasan  luar bandar.
     -  Mengurangkan  import makanan  dan  bahan-bahan  mentah - mewujudkan barangan  pengganti ,  menjimatkan pertukaran wang asing.
     -  Mewujdkan  kesan  pengganda  ekonomi  - mengalakkan perkembangan  industri huluan  dan  hiliran  berasaskan  sektor  pertanian.



3.5. Kesan perkembangan sektor pertanian  kepada  alam  sekitar.
       - Pencemaran air - kesan penggunaan baja kimia  ,racun serangga dan racun rumpai.
       - Pencemaran Udara / Jerebu  - akibat pembakaran sisa  tebangan  hutan  semasa proses membuka kawasan  pertanian  dan semasa melupuskan  sisa-sisa pertanian  seperti pembakaran
jerami padi.
      - kemusnahan habitat flora & fauna - aktiviti penebangan  hutan untuk penyediaan  kawasan ladang - memusnahkan stuktur  hutan yang menjadi tempat pembiakan haiwan.
      - Menjejaskan rantaian makanan - aktiviti pembersihan  hutan menyebabkan  pelbagai  spesis tumbuhan  semakin  berkurangan  dan  menjejaskan  peranan  tumbuh-tumbuhan   sebagai pengeluar  dalam proses kitaran makanan  di hutan.
      - Hakisan tanah - pembersihan kawasan hutan  melenyapkan sistem tutup bumi / kanopi yang akan mendedahkan  permukaan tanah  kepada  air hujan  dan  larian  alir  permukaan . kadar
larian air  permukaan yang tinggi  akan  menyebabkan peningkatan  kadar  hakisan galir  dan galur  terutama di kawasan bercerun .
      -  Tanah runtuh - aktiviti  peenyahutanan  untuk  menyediakan  kawasan  ladang akan menyebabkan  kadar resapan  yang  tinggi . Tanah akan tepu  air - Jisim tanah  bertambah manakala dalya jelekitan  antara butiran  tanah  menjadi longgar kerana ketiadaan akar tumbuh- tumbuhan - menyebabkan  gerakan  jisim  mudah  berlaku .
      -  ketandusan tanah - penggunaan  baja kimia  ,racun serangga , racun  rumpai  - tingkatkan kadar  keasidan tanah.
      -  Peningkatan suhu  setempat / domestik  - penebangan  hutan  - kurangkan  kelembapan udara , kurangkan pembebasan gas oksigen  dan menambah gas karbon. dioksida  di udara   meningkatkan suhu kawasan tersebut.


  3.6. Langkah- langkah  mengurangkan  kesan perkembangan sektor  pertanian  kepada  
         alam  sekitar fizikal.
       - Menguatkuasakan undang-undang  - penggunaan  Akta Kualiti Alam Sekeliling  1974  kepada pengusaha kawasan pertanian  yang merosakkan alam sekitar , pemantauan  , pemeriksaan dan  pengawasan berterusan ke kawasan-kawasan pertanian , mengenakan hukuman  penjara  , kompaun  dan menyita hasil tanaman , jentera dan  merampas  kawasan  pertanian  serta
meminta  pihak  pengusaha  menyediakan  laporan  EIA.
      -  kempen kesedaran alam  sekitar -  kempen " pertanian lestari , petani bestari " mendidik petani mengamalkan  kaedah  dan  cara  pertanian yang  mesra  alam .
      -  kaedah  pengurusan  / taktikal  / struktural / pemuliharaan .
            i. Penggunaan   baja organik  - penggunaan sisa-sisa pertanian /humus  , najis haiwan .
           ii. Kawalan mahkluk perosak secara  biologi  - menggunakan konsep mangsa & pemangsa.
          iii. pembajakan / penanaman  secara  teres - pertanian diusahakan mengikut teres.
           iv. tanaman  giliran - mengilirkan tanaman  di satu-satu kawasan.
            v. tanah  rang  - membiarkan tanah direhatkan dalam tempoh masa tertentu sebelum diusahakan untuk  musim penanaman yang berikutnya.
           iv. Menggalakkan  penggunaan  kaedah pertanian moden seperti kaedah pertanian  hidrofonik ,  fetrigrasi , Agrofonik dll.

                 Hasil carian imej untuk pertanian moden

  penggunaan  jentuai 

                 

        Hasil carian imej untuk pertanian akuafonik
 Kaedah pertanian  hidrofonik  & akuafonik




3.7.  Cabaran  / Halangan / Masalah yang  dihadapi  petani masa kini.
         - Gangguan cuaca  -  keadaan cuaca yang  tidak menentu  ( kemarau  - kawasan  pertanian kering kontang - tanaman  padi /sayur-sayuran  terjejas - hasil pengeluaran  merosot  & banjir          menengelamkan kawasan pertanian - tanaman  padi / sayur-sayuran musnah .
         -  Kekurangan  tenaga  buruh - persaingan  guna tenaga daripada sektor ekonomi yang  lain menjadikan  para belia  lebih  berminat bekerja di sektor-sektor yang menyediakan ruang
            kerja  yang  lebih selesa  dan pedapatan yang lebih lumayan - tanah-tanah pertanian terbiar & tidak dapat diusahakan.
         - Kekurangan  modal - pertanian merupakan pekerjaan warisan . Faktor adat menyebabkan  pemilikan tanah pertanian  kebun kecil  yang diusahakan mempunyai saiz yang semakin  kecil  dan tidak mampu diusahakan  secara  ekonomi . Bersaiz kurang  daripada 10 hektar  menjadikan  tanah-tanah pertanian ini diusaha secara tradisional kerana sukar mendapatkan  bantuan modal  dan pelaburan .
        -  Permintaan dan  harga   terhadap hasil-hasil  pertanian yang  tidak  stabil -  sangat bergantung kepada dinamik pasaran ( permintaan  pasaran ) yang  dipengaruhi oleh  pelbagai faktor luar   kawalan  petani . Penurunan harga  yang  murah menyebabkan petani  tidak mendapat  pulangan yang sewajarnya daripada  hasil jualan  dan akan menyebabkan petani-petani  mengalami kerugian.
         - Persaingan  daripada barangan pengganti  dan negara pengeluar  yang  lain - kurangkan  permintaan terhadap keluaran komuditi hasil pertanian Malaysia di pasaran antarabangsa . Contoh , pengeluaran getah asli Malaysia akan berkurangan jika wujud persaingan dengan getah tiruan  dan getah asli  yang dikeluarkan oleh Indonesia dan Thailand.
         - Persaingan guna tanah  - Persaingan  guna tanah untuk  tanaman getah  datangnya  daripada pelbagai sektor ekonomi terutama di kawasan pinggir bandar. Bermatlamatkan  keuntungan kawasan ladang-ladang getah di kawasan pinggir-pinggir  bandar kini lebih banyak dimajukan sebagai  kawasan petempatan  , pembinaan pelbagai ruang  perniagaan dan perkhidmatan termasuklan pembinaan jalan raya.
     -    kekurangaan  tenaga buruh - disebabkan oleh persaingan dalam sektor guna tenaga  dengan  sektor-sektor ekonomi  yang  lain . keadaan kerja  yang  tidak selesa dan tawaran gaji yang  rendah menyebabkan golongan muda lebih suka bekerja di sektor perkhidmatan  dan  perkilangan.
       -  Kos pengeluaran  yang semakin  meningkat .  - kadar  upah yang  tinggi / kadar upah minima yang diperkenalkan oleh kerajaan , kos pembelian input-input pertanian seperti  baja  , anak benih , racun-racun makhluk perosak  dan lain-lain kos meningkatkan  kos pengeluaran secara  relatif & kurang  keuntungan  pengusaha .


   4.0. Langkah Atasi Masalah  / Langkah  meningkatkan  Produktiviti sektor pertanian .
          - Memperkenakan  aktiviti  pertanian  moden  yang  kurang  berinterkasi  dengan  elemen 
             cuaca  luaran  seperti  kaedah pertanian rumah kaca  , pertanian  hidrofonik  , pertanian   fertigrasi dan   kaedah pertanian titisan .
          -  Menyediakan   pusat-pusat latihan  pertanian  seperti  pusat pertanian lembah Bidong ,   Kedah. Kewujudan pusat-pusat pertanian  ini akan  mem  beri latihan  kepada para  belia  untuk  meneroka  dan menjalankan  kegiatan pertanian dengan  lebih sistematik  , teratur   ,  menguntungkan dan  mesra  alam .
         - Menyediakan  bantuan  dana  dan  modal  kepada petani-petani  yang  berpotensi   dan  mampu  melaksanakan  aktiviti  pertanian  dengan  baik. - Subsidi  jualan  hasil-hasil pertanian  juga  perlu  diberikan kepada  petani dalam  usaha meningkatkan  pendapatan mereka .
        -  Mempelbagaikan  produk hasil  pertanian  akan  mampu  mengatasi masalah  permintaan 
           hasil-hasil pertanian . Selain  itu , mempelbanyakkan lagi rakan-rakan dagangan di luar negara
           akan turut  membantu  meluaskan  pasaran hasil-hasil pertanian di luar negara . Hal ini dapat dilakukan  dengan cara menyertai pameran-pameran perdagangan di peringkat antara bangsa .
        - Mewujudkan  persatuan  pengeksport  pelbagai  jenis komuditi  di peringkat  serantau  dan  global  akan  membantu  negara-negara pengeluar  mengawal  pengeluaran   dan         menstabilkan  harga hasil-hasil   pertanian  di pasaran global . Mewujudkan  stok penimbal yang membolehkan  persatuan membeli lebihan penawaran hasil-hasil  pertanian  di pasaran  global  akan  membantu menstabilkan harga walaupun  berlaku lebihan penawarn  pada masa   itu.
       -  Mewujudkan konsep  gantian  guna tanah  tanah . kerajaan sewajarnya  mewartakan  prinsip gantian guna tanah  untuk mengimbangkan pengambilan tanah  pertanian  untuk  kegunaan pembangunan   ekonomi   dan sosial . - penting  untuk  mengekalkan  keluasan sesuatu  tanaman. - Ini  dapat mengekalkan  pengeluaran sesuatu komuditi .
       -  Mewujudkan  kooperasi  yang  melibatkan  pelbagai peringkat dan sektor  pertanian . -  Kewujudan kooperasi  akan  memudahkan  petani-petani mendapatkan  kemudahan  kredit
untuk  dijadikan modal  dalam  mengusahakan aktiviti  pertanian  mereka . kewujudan koperasi  juga membolehkan petani-petani  memperolehi pelbagai  input  pertanian  dengan kadar harga  yang  lebih  rendah  , mengurangkan cengkaman orang  tengah  dalam proses pemasaran hasil pertanian mereka.








1 comment:

  1. Seronok baca blog cikgu. Semua lengkap, terima kasih cikguuu.

    ReplyDelete