Thursday 19 March 2020

Topik 5.2 : KEGIATAN EKONOMI ( PERIKANAN .)

2.0. Kegiatan Ekonomi Primier ( Perikanan ) 
       ( Aktiviti pertanian , perikanan , penternakan ,  perhutanan  dan perlombongan )
      
                    
  
3.1  Jenis  jenis Perikanan .

 3.1.1.  Perikanan  pinggir  pantai / pesisir  pantai .
 - dijalankan dalam lingkungan  32 km dari  pinggir  pantai.
 - guna kaedah  perikanan  tradisional.
 - hasil tangkapan  sedikit.
 - diusahakan oleh  ahli  keluarga / jiran .
 - jangka  masa ke laut  singkat. 



3.1.2. Perikanan  laut dalam
- dijalankan di kawasan  laut melebihi jarak 32 km daripada pantai.
- menggunkaan kaedah  perikanan dan  teknologi   moden.
- skala penangkapan  besar.
- orientasi / matlamat  pengeluaran  untuk eksport /bahan mentah.
- mempunyai  modal  yang besar.
- memerlukan  tenaga buruh  yang  ramai .
- jangka masa  di laut  yang  lebih  lama .
           

 
3.1.3. Perikanan  air tawar / pedalaman .
- dijakankan di kawasan pedalaman  / air  tawar ( sungai  , tasik , empangan  , kolam  takungan  dan paya ).
- gunakan kaedah  perikanan  tradisional .
- hasil tangkapan  sedikit .
- lebih  kepada  keperluan sara diri . Lebihan baru  dijual . 
            


3.1.4. Perikanan akuakultur.
- terbahagi  kepada  akuakultur   daratan   dan akuakultur air.
- akuakultur daratan  : memelihara ikan  dalam tangki , kolah simen.
- akuakultur air : memelihara ikan  dalam  sangkar  ,kolam  , tasik.
- akuakultur berasaskan  air  terbahagi  kepada 
   1. Akuakultur  air  tawar :  tasik / sungai  / empangan  / .
        - pelihara  ikan  patin , talapia , baung  , puyu  , ikan hiasan .
   2. akuakultur  air  payau : muara  sungai .
        - pelihara ikan  siakap.
   3. akuakultur  air  masin :  laut  ( teluk / pantai  ) .
        - pelihara ikan  kerapu  ,  industri rumpai  laut.
               



          * Semua aktiviti   perikanan   ini mempunyai ciri-ciri  yang  berbeza  dari segi    kawasan   tangkapan   ,  kaedah pengurusan  , modal , teknologi , tenaga buruh ,  skala  tangkapan    dan  orientasi tangkapan .



3.2. Faktor yang mempengaruhi / menggalakkan perkembangan sektor perikanan .
       - Keadaan iklim Khatulistiwa  yang panas  dan lembab - suhu 27 C   menggalakkan  pertumbuhan  planton / sejenis  makanan  ikan .
       - kepelbagian bentuk  muka bumi  seperti  kawasan pesisir pantai  yang  panjang & berteluk- teluk  ,  sungai  ,  tasik   dan  kolam-kolam buatan  manusia -  sesuai untuk  tempat pembiakan    ikan secara semulajadi  dan penternakan  ikan dalam  sangkar.

         
      - Bekalan tenaga buruh  yang ramai  dan  mahir.
          

   -  Dana  dan Modal  yang  banyak  - Grant  pembangunan  pertanian  dari pihak  kerajaan  , Agro Bank  dan pelabur-pelabur asing.
     - Keupayaan  RND  yang  tinggi  menghasilkan  pelbagai  inovasi dan  teknologi  perikanan  yang moden  dan  mampu  menyumbang  kepada  peningkatan produktiviti  hasil-hasil   perikanan.


     -  Permintaan terhadap hasil  perikanan yang  tinggi  di pasaran  domestik  dan  antara bangsa .
    -  Jaringan  pengangkutan   ( jalan raya  , jeti-jeti pusat pendaratan  ikan )  dan sistem perhubungan  yang  cekap  memudahkan  proses  pengurusan  dan pemasaran  hasil-hasil  perikanan .
     -  Dasar  kerajaan  yang  menggalakkan perkembangan sektor  perikanan   dengan  menyediakan pelbagai  insentif seperti  bantuan dana . khidmat  nasihat dan  latihan  serta  pemasaran.
              


3.4. Kepentingan Sektor Perikanan  kepada sosioekonomi & pembangunan  Malaysia.
      -  Menyediakan  peluang  pekerjaan  - meningkatkan  pendapatan  perkapita penduduk - meningkatkan  kualiti  hidup  penduduk/nelayan .
      - Menyediakan sumber bahan  makanan  penduduk.
     -  Menyediakan sumber bahan  mentah  industri  - industri  pemprosesan dan industri  pembuatan.
        

     -  Mengalakkan pembangunan dan  perkembangan  jaringan infrastuktur   seperti  jalan raya , landasan kereta api  dan pelabuhan.


     -  Menyumbang  kepada  peningkatan  sumber pandapatan negara  - eksport hasil-hasil perikanan , cukai terhadap syarikat-syarikat  perladangan  dan  pertukaran wang asing.
     -  Mengalakkan pembukaan petempatan-petempatan  yang  baru  dan perkembangan pusat-pusat  pembangunan wilayah  yang  baru di kawasan pesisiran  pantai .
         

     -  Mengurangkan  kadar  penggangguran  dan  kadar  kemiskinan  di kawasan  luar bandar.
     -  Mengurangkan  import makanan  dan  bahan-bahan  mentah - mewujudkan barangan  pengganti ,  menjimatkan pertukaran wang asing.
     -  Mewujdkan  kesan  pengganda  ekonomi  - mengalakkan perkembangan  industri huluan  dan hiliran  berasaskan  sektor  perikanan.
            



3.5. Kesan perkembangan sektor perikanan   kepada  alam  sekitar.
       - Pencemaran air - kesan pembuangan sisa-sisa perikanan  dan tumpahan  minyak  nelayan .
       - kemusnahan habitat hidupan  akuatik /  terumbu karang  - aktiviti  penggunaan  pukat  tunda di  kawasan  laut  yang  cetek   menyebabkan kerosakan terhadap struktur terumbu karang  yang  menjadi  habitat  utama  pelbagai  hidupan  akuatik.
      - Menjejaskan rantaian makanan  hidupan  akuatik - aktiviti  perikanan  tanpa kawalan  / tangkapan berlebihan   menyebabkan  pelbagai  spesis  hidupan akuatik / marin  musnah .
      - Hakisan ombak  / pantai   - pembinaan  jeti-jeti pendaratan  ikan  akan  menyebabkan  proses  penambakan  pantai  dan  mengubah garisan  dan struktur  pantai . - mengalakkan  proses   hakisan ombak jika  struktur  pantai  yang  baru terdedah  kepada arah tuju ombak  dan arus lautan.  
      -  kemusnahan  hutan  paya bakau  - aktiviti  akuakultur di kawasan pinggir  pantai  akan menyebabkan  proses penebangan  dan  pembersihan hutan paya bakau untuk  dijadikan                       sebagai kolam- kolam ternakan .
     

      

  3.6. Langkah- langkah  mengurangkan  kesan perkembangan sektor  perikanan   kepada    alam  sekitar fizikal.
       - Menguatkuasakan undang-undang  - penggunaan  Akta Kualiti Alam Sekeliling  1974  dan  akta  perikanan  kepada  pengusaha perikanan   yang merosakkan alam sekitar , pemantauan  ,  pemeriksaan  dan  pengawasan berterusan ke kawasan-kawasan  perikanan  , mengenakan  hukuman  penjara  , kompaun  dan menyita hasil tangkapan , bot-bot a dan  merampas  peralatan  tangkapan yang mereka gunakan.

      -  kempen kesedaran alam  sekitar -  kempen " perikanan  lestari , lautan terpelihara   " mendidik    pengusaha  dan  nelayan   mengamalkan  kaedah  dan  cara  perikanan  yang  mesra  alam .

      -  kaedah  pengurusan  / taktikal  / struktural / pemuliharaan .
            i. Mewartakan  kawasan  taman laut - pusat pembiakan ikan secara semulajadi .
           ii. Membina tukun tiruan - menyediakan habitat buatan manusia untuk tempat  pembiakan ikan  dan  pelbagai  jenis hidupan akuatik.
          iii.Pengunaan peralatan  menangkap  ikan yang  lebih moden  dan saintifik. Cth : pengunaan  pukat  tunda  , radar / alat sonar pengesan ikan , pukat-pukat yang tidak merosakkan  hasil tangkapan , alat penyejukbeku  hasil-hasil tangkapan. 

                           


3.7.  Cabaran  / Halangan / Masalah yang  dihadapi  nelayan  masa kini.
         - Gangguan cuaca  -  keadaan cuaca yang  tidak menentu  ( musim tengkujuh  - tiupan angin Monsun Timur Laut  - laut bergelora / ombak kuat  menghalang  nelayan-nelayan pantai Timur Semenanjung Malaysia turun  ke laut.
         -  Kekurangan  tenaga  buruh - persaingan  guna tenaga daripada sektor ekonomi yang  lain menjadikan  para belia  lebih  berminat bekerja di sektor-sektor yang menyediakan ruang  kerja  yang  lebih selesa  dan pendapatan yang lebih lumayan .
         - Kekurangan  modal - perikanan  merupakan pekerjaan warisan . Faktor adat menyebabkan mereka tidak mempunyai  dana yang  mencukupi  untuk membeli peralatan  penangkap ikan yang  lebih moden  dan banyak  bergantung  kepada  bantuan / subsidi kerajaan sukar mendapatkan  bantuan modal  dan pelaburan .
        -  Permintaan dan  harga   terhadap hasil-hasil  tangkapan nelayan  umumnya  kurang  stabil -  sangat bergantung  kepada dinamik pasaran ( permintaan  pasaran ) yang  dipengaruhi oleh  pelbagai faktor luar kawalan  nelayan  . Penurunan harga  yang  murah menyebabkan petani  tidak mendapat pulangan yang sewajarnya daripada  hasil jualan  dan akan menyebabkan nelayan-nelayan mengalami kerugian.
         - Pencerobohan  nelayan  asing  / serangan lanun - mengancam keselamatan nelayan   dan mengganggu  proses  penangkapan  ikan .
         - Kekurangan  teknologi  moden .  Nelayan pinggir  pantai terutamanya kekurangan teknologi  moden dalam proses penangkapan  ikan  disebabkan faktor  modal yang  rendah  , tiada kepakaran  dan taraf pendidikan  yang  rendah.
     -    kekurangaan  kemudahan  infrastruktur  seperti  jeti pendaratan ikan / hasil tangkapan ikan yang sudah uzur . kemudahan penyimpanan  hasil tangkapan yang kurang berkualiti - hasil tangkapan  nelayan mudah rosak.
       -  Masalah  orang  tengah / peraih  yang membeli hasil tangkapan  dengan  harga  yang  rendah . Masalah  kebergantungan terhadap bantuan  kewangan  yang  diberikan  oleh  orang  tengah / peraih  - nelayan terpaksa menjual hasil tangkapan dengan harga  yang  murah . menyebabkan  nelayan sentiasa berada dalam lingkaran kemiskinan .


   4.0. Langkah Atasi Masalah  / Langkah  meningkatkan  Produktiviti sektor  Perikanan .
          - Memperkenakan  aktiviti  perikanan   moden  yang  kurang  berinterkasi  dengan  elemen   cuaca  luaran  seperti  kaedah perikanan akuakultur  yang  boleh dijadikan sebagai aktiviti  sampingan nelayan  dalam  musim  tengkujuh . Aktiviti  akuakultur dapat menyediakan peluang  pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap kepada nelayan w/pun  dalam  musim tengkujuh.
          -  Menyediakan   pusat-pusat latihan  perikanan   seperti  pusat latihan perikanan  pulau Payar , di Kedah. -    nelayan  dilatih  dan  didedahkan  untuk menguruskan aktiviti  perikanan laut  dalam dan akuakultur serta  penggurusan dan pengendalian  peralatan perikanan  yang  moden.
                  - Menyediakan  bantuan  dana  dan  modal  kepada nelayan-nepayan   yang  berpotensi   dan  mampu  melaksanakan  aktiviti  perikanan   dengan  baik. - Subsidi  jualan  hasil-hasil tangkapan  juga  perlu  diberikan kepada  nelayan  dalam  usaha meningkatkan  pendapatan  mereka .
        -  Mempelbagaikan  produk hasil  perikanan   akan  mampu  mengatasi masalah  permintaan  hasil-hasil  perikanan  . keupayaan  menghasilkan satar ikan  , keropok kering  dan keropok lekor yang  berkualiti  akan  meningkatkan  permintaan terhadap hasil tangkapan   nelayan .  Selain  itu , mempelbanyakkan lagi rakan-rakan dagangan di luar negara akan turut  membantu  meluaskan  pasaran hasil-hasil perikanan  di luar negara . Hal ini dapat  dilakukan  dengan cara menyertai pameran-pameran perdagangan di peringkat antara bangsa .
        - Mewujudkan  persatuan  pengeksport  pelbagai  jenis komuditi  di peringkat  serantau  dan   global  akan  membantu  negara-negara pengeluar  mengawal  jumlah  tangkapan ikan    dan    menstabilkan  harga hasil-hasil   perikanan   di pasaran global . Mewujudkan  stok penimbal  yang membolehkan  persatuan membeli lebihan penawaran hasil-hasil  perikanan   di pasaran global  akan  membantu menstabilkan harga walaupun  berlaku lebihan penawaran  pada masa  itu.
            -  Mewujudkan  kooperasi  yang  melibatkan  pelbagai peringkat dan sektor perikanan  . Kewujudan kooperasi  akan  memudahkan  nelayan-nelayan   mendapatkan  kemudahan  kredit untuk  dijadikan modal  dalam  mengusahakan aktiviti  perikanan  dan  aktiviti yang  berkaitan   . kewujudan  koperasi  juga membolehkan nelayan-nelayan  memperolehi pelbagai  input  perikanan   dengan   kadar  harga  yang  lebih  rendah  , mengurangkan cengkaman orang  tengah  dalam proses  pemasaran hasil tangkapan   mereka. 

No comments:

Post a Comment