Friday, 20 March 2020

Tema 5.4 : KEGIATAN EKONOMI ( SEKTOR PERHUTANAN / PEMBALAKAN )



2.0. Kegiatan Ekonomi Primier

( Aktiviti pertanian , perikanan , penternakan ,  perhutanan  dan perlombongan )
Hasil carian imej untuk hutan hujan tropika         Hasil carian imej untuk hutan paya bakau
Hutan khatulistiwa  dan hutan  paya bakau  - sumber hutan / perkayuan  yang  utama.

     



5.1. Faktor yang mempengaruhi / menggalakkan perkembangan sektor perhutanan / pembalakan .
       - Keadaan iklim Khatulistiwa  yang panas  dan lembab - suhu 27 C  dan  hujan antara 1500 hingga 2500  mm menggalakkan  pertumbuhan  dan mempercepatkan  proses  pematangan  hutan .       - kepelbagian bentuk  muka bumi  seperti  tanah pamah  yang luas  , kawasan berbukit bukau dan  kawasan pergunungan   sesuai untuk pertumbuhan  pelbagai spesis kayu  keras yang berkualiti  tinggi.
       - Sumber  tanih  yang  subur . tanih  laterit  sesuai pertumbuhan  pokok  di hutan .
       - terdapat sungai-sungai  yng  panjang  & besar yang  sesuai untuk aktiviti  mengangkut  kayu  balak  - Sungai Rajang & Sungai Kinabatangan .
      - Bekalan tenaga buruh  yang ramai  dan  mahir.
      -  Dana  dan Modal  yang  banyak  - Grant  insentif aktiviti pembalakan  dari pihak  kerajaan  , Agro Bank  dan pelabur-pelabur asing.
     - Keupayaan  RND  yang  tinggi  menghasilkan  pelbagai  inovasi dan  teknologi  pembalakan   yang moden  dan  mampu  menyumbang  kepada  peningkatan produktiviti  hasil-hasil  perkayuan ..
     -  Permintaan terhadap hasil  sektor perkayuan / pembalakan   yang  tinggi  di pasaran  domestik  dan  antara bangsa .
    -  Jaringan  pengangkutan   dan sistem  perhubungan  yang  cekap  memudahkan  proses  pengurusan  dan pemasaran  hasil-hasil  pembalakan / perkayuan.
     -  Dasar  kerajaan  yang  menggalakkan perkembangan sektor  pembalakan   dengan  menyediakan pelbagai  insentif seperti  bantuan dana . khidmat  nasihat dan  latihan  serta  pemasaran.
     

      

3.4. Kepentingan Sektor Pembalakan / perhutanan   kepada sosioekonomi & pembangunan  Malaysia.
      -  Menyediakan  peluang  pekerjaan  - meningkatkan  pendapatan  perkapita penduduk - meningkatkan  kualiti  hidup  penduduk.
      - Menyediakan sumber bahan  makanan  penduduk seperti buah-buahan hutan  dan sumber perubatan  tradisional.
     -  Menyediakan sumber bahan  mentah  industri  - industri  pemprosesan dan industri  pembuatan berasaskan  hasil  hutan   dan  perkayuan.
     -  Mengalakkan pembangunan dan  perkembangan  jaringan infrastuktur   seperti  jalan raya , landasan kereta api  dan pelabuhan serta  sektor  pembinaan.
     -  Menyumbang  kepada  peningkatan  sumber pandapatan negara  - eksport hasil-hasil perkayuan / pembalakan  , cukai terhadap syarikat-syarikat  pembalakan   dan  pertukaran wang asing.
     -  Mengalakkan pembukaan petempatan-petempatan  yang  baru  dan perkembangan pusat-pusat pembangunan wilayah  yang  baru berasaskan  pusat  pengumpulan  dan  pemprosesan hasil-hasil  hutan  dan  perkayuan.
     -  Mengurangkan  kadar  penggangguran  dan  kadar  kemiskinan  di kawasan  luar bandar.
     -  Mengurangkan  import  bahan-bahan  binaa dan  perabut   dan  bahan-bahan  mentah  berasaskan  perkayuan  - mewujudkan barangan  pengganti ,  menjimatkan pertukaran wang asing.
     -  Mewujdkan  kesan  pengganda  ekonomi  - mengalakkan perkembangan  industri huluan  dan  hiliran  berasaskan  sektor  perkayuan / pembalakan .
       - Menjadi  akses  kegiatan  ekopelancongan . - keunikan  dan kepelbagaian  flora  dan  fauna  menarik  minat  penyelidik  dan pencinta alam sekitar  daripada  dalam  &  luar  negara  untuk  datang  membuat penyelidikan  di samping  beriadah / melancong.
          Hasil carian imej untuk industri perabut        Hasil carian imej untuk industri pembinaan rumah kayu

3.5. Kesan perkembangan sektor pertanian  kepada  alam  sekitar.
       - Pencemaran air - kesan  penebangan pokok  - aliran lumpur  ke sungai  , pembuangan  sisa-sisa perkayuan  /pembalakan  akan menjejaskan  kualiti  air sungai.
       - Peningkatan suhu setempat   - akibat penebangan  hutan  - kelembapan  udara rendah - udara  kering - kurang wap air - peningkatan suhu berlaku . @  karbomn dioksida  meningkat  , kandungan oksigen  kurang - tingkatkan  suhu  setempat.
      - kemusnahan habitat flora & fauna - aktiviti penebangan  hutan untuk aktiviti pembalakan  - memusnahkan stuktur  hutan yang menjadi tempat pembiakan haiwan.
      - Menjejaskan rantaian makanan - aktiviti penyahutanan  yang  tidak terkawal   menyebabkan  pelbagai  spesis tumbuhan  semakin  berkurangan  dan  menjejaskan  peranan  tumbuh-tumbuhan   sebagai pengeluar  dalam proses kitaran makanan  di hutan.
      - Hakisan tanah - pembersihan kawasan hutan  melenyapkan sistem tutup bumi / kanopi yang akan mendedahkan  permukaan tanah  kepada  air hujan  dan  larian  alir  permukaan . kadar
larian air  permukaan yang tinggi  akan  menyebabkan peningkatan  kadar  hakisan galir  dan galur  terutama di kawasan bercerun .
      -  Tanah runtuh - aktiviti  peenyahutanan  untuk  menyediakan  kawasan  ladang akan menyebabkan  kadar resapan  yang  tinggi . Tanah akan tepu  air - Jisim tanah  bertambah manakala daya jelekitan  antara butiran  tanah  menjadi longgar kerana ketiadaan akar tumbuh- tumbuhan - menyebabkan  gerakan  jisim  mudah  berlaku .
      -  ketandusan tanah - pembalakan  memusnahkan  peranan  ciri-citi  kanopi hutan  khatulistiwa  dan  tanaman  tutup  buni  sebagai alat mengelakkan mermukaan tanah  menjadi  kering  dan mudah  berdebu dan diterbangkan  oleh angin . Keadaan  ini akan  mempercepatkan permukaan  tanah  menjadi  tandus  akibat kehilangan  lapisan top soil yang kering  dan  telah diterbangkan angin.

     Hasil carian imej untuk kesan pembalakan terhadap alam sekitar        Hasil carian imej untuk kesan pembalakan terhadap alam sekitar 

     
  Hasil carian imej untuk kesan pembalakan terhadap alam sekitar  Hasil carian imej untuk kesan pembalakan terhadap alam sekitar
      


  3.6. Langkah- langkah  mengurangkan  kesan perkembangan            sektor  perhutanan / pembalakan   kepada  
         alam  sekitar fizikal.
       - Menguatkuasakan undang-undang  - penggunaan  Akta Kualiti Alam Sekeliling  1974  kepada pengusaha kawasan  pembalakan   yang merosakkan alam sekitar , pemantauan  , pemeriksaan dan  pengawasan berterusan ke kawasan-kawasan pembalakan  , mengenakan hukuman  penjara  , kompaun  dan menyita hasil tanaman , jentera dan  merampas  kawasan  pertanian  serta meminta  pihak  pengusaha  menyediakan  laporan  EIA.
      -  kempen kesedaran alam  sekitar -  kempen " pembalakan  lestari , persekitaran  bestari " mendidik  pengusaha  dan  pembalak   mengamalkan  kaedah  dan  cara  perbalakan yang  mesra  alam .
      -  kaedah  pengurusan  / taktikal  / struktural / pemuliharaan .
            i. Ladang  hutan  / penghutanan  semula ..
           ii. Rawatan  sivikultur .
          iii. Hadkan  pengeluaran lesen  keluasan  kawasan               
                pembalakan 
           iv. Penebangan  terpilih..
            v.  amalan  kitar  semula barangan / produk  perkayuan.
          
  Hasil carian imej untuk ladang hutan        Hasil carian imej untuk pemuliharaan paya bakau
Ladang  hutan  dan  aktiviti penghutanan  semula  kawasan  paya  bakau.
                 

               
     
3.7.  Cabaran  / Halangan / Masalah yang  dihadapi  sektor perhutanan /  pembalakan  masa kini.
         -  kebakaran  hutan   -  keadaan cuaca yang  tidak menentu  ( kemarau  - suhu  persekitaran  panas  , udara  kering  - mudah berlaku  kebakaran  hutan  - musnahkan kawasan  hutan / sumber  perkayuan  negara  .
         -  Kekurangan  tenaga  buruh - persaingan  guna tenaga daripada sektor ekonomi yang  lain menjadikan  para belia  lebih  berminat bekerja di sektor-sektor yang menyediakan ruang
kerja  yang  lebih selesa  dan pendapatan yang lebih lumayan .
         - Kekurangan  modal -  kurang  mendapat  perhatian  / keutamaan  pelabur  kerana  pulangan pelaburan  tidak  tetap  dan banyak  bergantung  kepada  dasar   dan  polisi  kerajaan  dalam meluluskan  lesen  dan  keluasan kawasan  hutan  yang  boleh ditebang . 
        -  Permintaan dan  harga   terhadap hasil-hasil  perkayuan dan  hutan   yang  tidak  stabil -  sangat bergantung kepada dinamik pasaran ( permintaan  pasaran ) yang  dipengaruhi oleh  pelbagai faktor luar   kawalan  pembalak  . 
         - Persaingan  daripada barangan pengganti  dan negara pengeluar  yang  lain - kurangkn terhadap keluaran komuditi hasil hutan  / perkayuan   Malaysia di pasaran antarabangsa . Contoh , pengeluaran perabut   Malaysia akan berkurangan jika wujud persaingan dengan perabut  seramik  dan  polistrin   dan perabut  yang dikeluarkan oleh Indonesia dan Thailand.
                 -  Kos pengeluaran  yang semakin  meningkat .  - kadar  upah yang  tinggi / kadar upah minima yang diperkenalkan oleh kerajaan ,  kos  pengangkutan   dan lain-lain kos turut   meningkatkan  kos pengeluaran secara  relatif & kurang  keuntungan  pengusaha .


   4.0. Langkah Atasi Masalah  / Langkah  meningkatkan  Produktiviti sektor pembalakan  .
          - Memperkenakan  aktiviti  pembalakan   moden  yang  menekankan  kepada  proses  penebangan  terpilih  . Menebang  hanya pokok-pokok yang  matang , akan  memberi ruang  kepada spesis pokok yang sama  tumbuh  dan matang pada masa hadapan . Ini akan dapat  memastikan sumber kayu kayan  tidak pupus pada  masa hadapan .
          -  Menguatkuasakan  undang-undang . Akta Perhutanan  1984 , akan  memberi kuasa  kepada  Jabatan Perhutanan  untuk mengambil tindakan terhadap penceroboh  kawasan hutan .  Proses pengawasan dan  pemantauan  dapat  dilakukan  secara  berkala . Sebarang  penceroboh boleh  dikenakan  hukuman  penjara  ataupun kompaun , manakala  jentera  dan  hasil-hasil hutan  yang  dirampas  akan  disita oleh  Jabatan  Hutan.
         - Menyediakan  bantuan  dana  dan  modal  kepada  syarikat-syarikat  pembalakan  yang  berpotensi   dan  mampu  melaksanakan  aktiviti  pembalakan   dengan  baik. - Subsidi  jualan  hasil-hasil perkayuan dan  hutan   juga  perlu  diberikan kepada  mereka  dalam  usaha meningkatkan  pendapatan mereka .
        -  Mempelbagaikan  produk hasil  hutan  dan perkayuan   akan  mampu  mengatasi masalah  permintaan  hasil-hasil hutan / perkayuan  . Selain  itu , mempelbanyakkan lagi rakan-rakan dagangan di luar negara  akan turut  membantu  meluaskan  pasaran hasil-hasil hutan  / perkayuan  di luar negara . Hal ini dapat dilakukan  dengan cara menyertai pameran-pameran perdagangan di peringkat antara bangsa .
        - Mewujudkan  persatuan  pengeksport  pelbagai  jenis komuditi  di peringkat  serantau  dan  global  akan  membantu  negara-negara pengeluar  mengawal  pengeluaran   dan         menstabilkan  harga hasil-hasil   hutan /  perkayuan   di pasaran global . Mewujudkan  stok penimbal yang membolehkan  persatuan membeli lebihan penawaran hasil-hasil  hutan / perkayuan   di pasaran  global  akan  membantu menstabilkan harga walaupun  berlaku lebihan penawaran  pada masa   itu.
          - mewartakan  kawasan  hutan  simpan  ,  hutan  reakreasi  dan hutan  pendidikan . Konsep-konsep  hutan  ini  akan berupaya mengawal  aktiviti  pencerobohan  hutan  dan mendidik  orang ramai  memahami  kepentingan  hutan  dalam  kehidupan mereka  seharian.
      Hasil carian imej untuk kawasan hutan simpan di malaysia         Hasil carian imej untuk kawasan hutan simpan di malaysia 
               

No comments:

Post a Comment