Friday 27 March 2020

Tajamkan Skill Kita : MUDAHNYA GEOGRAFI ( MENGAPA ? ... GI MANA JAWABNYA ) ( SIRI 2 )


Tajamkan Skill Kita  :  CARA  MENJAWAB  SOALAN  
         
* Penggunaan  kata kerja  "  MENGAPA  ".

- Calon  perlu memahami  soalan yang  menggunakan kata kerja     "  MENGAPA  "  biasanya    memerlukan  pola  jawapan  yang menggambarkan  alasan  ( sebab  & akibat )   sesuatu   perkara yang  berkaitan  dengan  pelbagai  unsur / kejadian / kepentingan / masalah / halangan / cabaran / prosfek  dan lail-lain.

-  Struktur  jawapan  calon  mesti ada ;
    ( fakta  +  sebab  1 +  sebab 2 ,    sebab  3 ) .


 Contoh soalan :
    " Mengapakah  aktiviti  pertanian di Malaysia perlu ditranformasikan  " .


Contoh jawapan : 
" Proses tranformasi sektor pertanian di Malaysia perlu  dijalankan untuk meningkatkan  kadar produktiviti  hasil  pengeluaran  yang sedia ada  . Hal  ini  perlu  untuk membekalkan lebih banyak sumber makanan  kepada penduduk yang sentiasa  meningkat . Sebagai contoh , penggunaan  baja kimia  , baja organik  dan  baja yang diformulakan  akan  berupaya meningkatkan kadar  kesuburan tanah sekaligus  membolehkan tanaman seperti sayur-sayuran  , buah-buahan  dan pelbagai  hasil tanaman lain tumbuh  dengan subur . Keadaan  ini akan meningkatkan bekalan hasil-hasil pertanian tersebut   di pasaran.



Penjelasan Struktur Ayat : 
untuk meningkatkan  kadar produktiviti  hasil  pengeluaran : alasan 1.
untuk membekalkan lebih banyak sumber makanan : alasan 2
*   Isi nombor  1  akan  menjelaskan/ menerangkan isi nombor 2 .
   ( penting untuk  mewujudkan kesinambungan " cerita /keterangan " dalam ayat ) - ciri-ciri  ayat yang bermakna.


Penjelasan  Penggunaan Istilah / Perkataan.
*  Penggunaan  perkataan " untuk "  dan " akan "  akan  berupaya 
  meningkatkan  penegasan dalam jawapan pelajar dalam  jawapan 
  bagi soalan " mengapa ".
*  Penggunaan  penambahan / imbuhan " me ... , men .... , mem .... , meng.... dan  menye ........ " turut   berperanan dalam meningkatkan penegasan jawapan pelajar. 


Peringatan :
* Walau bagaimanapun , sebenarnya  tiada satu format penulisan yang khusus untuk menjawap soalan  peperiksaan yang  terbaik. Ia bergantung kepada elemen  kecerdasan  bahasa  yang  diwarisi  sejak  lahir . Tips ini hanyalah  sebagai panduan  kepada mereka yang masih        " kabur " dalam  ushasa menyediakan diri untuk  menduduki  peperiksaan .

#dirikitaacuankita.
#usahakitakejayaankita.


No comments:

Post a Comment