Libur GEOG : PENGGUNAAN SAJAK DALAM PEMBELAJARAN GEOGRAFI .

Contoh Penggunaan Sajak dalam Pembelajaran Geografi.
Bergantung kepada individu yang terlibat , berdasarkan penguasan mereka kepada isi pengajaran.
Situasi 1 :
Pelajar belum menguasai isi pengajaran:
Boleh diperdengarkan syair . Pelajar mendengar , mencatat dan membincangkan isi-isi utama.
Sajak mesti mempunyai laras-laras bahasa Geografi untuk memudahkan pelajar memahami isi sajak dari sudut Geografi.
Situasi 2 :
Pelajar sudah menguasai isi pelajaran.
Galakkan pelajar menggunakan isi pengajaran untuk menukilkan sajak dan memperdengarkan .
* ( Berupaya meningkatkan penguasaan fakta . mengukuhkan kemahiran berbahasa dan menanamkan cinta kepada budaya bangsa )
Nampak macam nak mengajar B Melayu .... kan , tapi itulah bestnya .... bahasa merentas kurikulum perlu dipertegaskan kerana penggunaan laras bahasa yang tepat akan dapat menyampaikan fakta Geografi dengan berkesan .
#hidupkitaacuankita
#kitakongsiapayangkitaada.
No comments:
Post a Comment