Tema 1 : Pergerakan Plat Tektonik
1.0. Struktur Bumi
1. Lapisan bumi
- kerak
bumi
-
mantel
- teras luar
-
teras dalam
2.
2.0 Lapisan kerak
bumi
-
Sial
-
Sima
Kedudukan lapisan sial dan sima.
3. 3.0. Ciri-ciri lapisan Sial dan Sima
Ciri-ciri
lapisan Sial
|
Ciri-ciri
lapisan Sima
|
1.
Terletak di atas Sima
|
1. Terletak di bawah Sial
|
2.
Ketebalan antara 30 - 50
km
|
2. Ketebalan antara 5 – 10
km
|
3.
Ketumpatan antara 2.6 –
2.7
|
3. Ketumpatan antara 2.8 –
3.1
|
4.
Kaya dengan silika dan
aluminium
|
4. Kaya silica,besi dan
magnesium
|
5.
Batuan utama ialah
granit
|
5. Batuan utama ialah
basalt
|
4.
4.0. Ciri-ciri teras luar dan teras dalam
Ciri-ciri
Teras Luar
|
Ciri-ciri
Teras Dalam
|
Terletak antara 2900 -
5150 km dari
permukaan
bumi
|
Terletak antara 5150 -
6370 km dari
permukaan
bumi
|
Ketumpatan antara
10.0 - 12.3
|
Ketumpatan antara
13.3 – 13.6
|
Suhu dalam lingkungan
3000ºC
|
Suhu dalam lingkungan
5000ºC
|
Batuan dalam bentuk
cecair
|
Batuan dalam bentuk
pepejal
|
5.0. Pergerakan Plat Tektonik
5.1. Konsep :
- Pergerakan kepingan kerak-kerak bumi.
- Disebabkan oleh arus perolakan di lapisan mantel.
- Arus perolakan menyebabkan wujudnya kuasa
mampat dan regangan pada kerak bumi.
- Kuasa regangan dan mampatan akan menyebabkan
pergerakan kepingan kerak bumi.
1. - Pola pergerakan
plat akan menyebabkan :
1. Pertembungan plat
2. Pencapahan / pemisahan plat.
5.2. Pertembungan plat akan menyebabkan proses lipatan.
5.3. Pencapahan plat akan menyebabkan sesaran / gelinciran.
2. 5.5. Jenis-jenis pertembungan plat
5.5.1. Pertembungan
plat lautan dengan plat lautan
- akan menghasilkan akra pulau dan gunung berapi
di dasar laut.
Gunung berapi Anak Karakatau ( Pulau Jawa ).
5.5.2. Pertembungan plat lautan dengan plat benua.
- Pembentukan Gunung berapi / jurang lautan.
Gunung Berapi Merapi ( Pulau Jawa )
5.5.3 Pertembungan plat benua dengan plat benua.
- sistem gunung lipat.
Sistem Gunung lipat muda.
5.6. Bentuk muka bumi dan kesan pergerakan plat
tektonik.
5.6.1. Kesan pergerakan plat tektonik :
- Kejadian Gempa bumi.
- Kejadian Letusan Gunung berapi .
- Kejadian Tsunami.
5.6.2. Pergerakan plat tektonik dan Kejadian Gempa bumi.
- Gempa bumi - fenomena pergerakan mengejut di bahagian permukaan bumi akibat pelepasan tenaga yang tingi secara tiba-tiba di bahagian sempadan plat tektonik yang memanjang dan retak yang bergeser dalam kerak bumi.
Garisan berwarna hitam - garisan sesar / Lingkaran api pasifik yang biasanya dikaitkan dengan kejadian gempa bumi dan letusan gunung berapi.
5.6.3. Pergerakan Plat Tektonik dan Letusan
Gunung Berapi.
Kaitan pergerakan arus perolakan , plat tektonik dengan
gunung berapi serta gempa bumi.
- Semasa pertembungan plat lautan dengan plat lautan atau sebahagian daripada kerak bumi akan menjunam kelapisan mantel dan mencair lalu membentuk lapisan batolit.
- Akibat haba dan tekanan yang tinggi di lapisan batolit , batuan cair ini akan mengalir keluar melalui rekahan-rekahan yang terdapat pada kerak bumi.
- Kekuatan aliran batuan cair keluar ke permukaan kerak bumi bergantung kepada tekanan haba , jenis batuan dan faktor-faktor lain .
- Batuan cair yang keluar dan beku ke atas bumi dinamakan lava dan yang cair serta sebahagiannya membeku di dalam lapisan batuan / kerak bumi dinamakan magma.
- Batuan yang terhasil daripada pembekuan lava dan magma gunung berapi dinamakan batuan igneus.
- Batuan Igneus rejahan - batuan cair yang membeku dicelah-celah rekahan batuan .
- Batuan Igneus terobosan - lava yang terhasil daripada proses penyejukan lava yang keluar akibat letusan gunung berapi.
5.6.4. Pergerakan Plat tektonik & fenomena Tsunami.
- Tsunami merupakan satu siri ombak besar yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut.
- Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun.
5.6.5. Kronologi Tsunami dengan Kejadian Gempa bumi / letusan gunung berapi.
- Letusan gunung berapi & gempa bumi dilaut.
- Gegaran pada kerak bumi dipindahkan ke bentuk gelombang di bawah permukaan air laut .
- Gelombang dibawah permukaan air laut akan membentuk ombak yang besar.
- Ombak besar dengan kelajuan yang tinggi membentuk tsunami.
5.7.1. Kesan negatif Gempa bumi / Letusan Gunung
berapi / Tsunami kepada manusia.
1. kematian.
2. Kemusnahan harta benda.
3. kemusnahan infrastruktur.
4. Trauma.
5. Penyebaran wabak penyakit.
6. Kekurangan makanan / kebuluran - tanaman /
kawasan pertanian banyak yang musnah .
7. Meningkatkan kos yang tinggi untuk membaikpulih kerosakan.
5.7.2. Kesan positif Gempa bumi / Letusan Gunung berapi / Tsunami kepada manusia.
1. Meningkatkan kesuburan tanih - lava bes / tanaman padi . Cth : Pulau Jawa , Indonesia .
2. Daya tarikan pelancongan / ekopelancongan - permandangan kawasan gunung berapi . Cth : Danau Toba , Bukit Tinggi , Sumatera .
3. Sumber tenaga elektrik - tenaga geoterma - penggunaan wap panas gunung berapi untuk menghasilkan tenaga elektrik atau memanaskan ruang dalaman kediaman . Cth : Iceland .
4. Aktiviti perlombongan . Cth : aktiviti melombong sulfur , bahan mentah industri baja .
5. Penghasilan sumber / bahan ramuan kecantikan / industri SPA / rawatan kecantikan secara tradisonal .
6. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan .
5.7.2. Kesan Gempa bumi / Letusan Gunung
berapi / Tsunami kepada alam sekitar fizikal.
1. Pencemaran air.
2. Pencemaran udara.
3. Jerebu.
4. kemusnahan habitat dan rantaian makanan.
5. Hakisan pantai /ombak.
6. Tanah runtuh.
7. Peningkatan suhu setempat.
8. Perubahan pandang darat fizikal / lanskap.
9. kebakaran hutan.
5.8.0. Langkah Mengurangkan Risiko Akibat Proses Pergerakan Tektonik.
1. Membina dan mengaktifkan sistem amaran awal.
2. Sentiasa memberi latihan pengurusan menghadapi
bencana alam.
3. Membina kediaman jauh daripada pantai , di
kawasan tanah tinggi dan jauh dari pusat gempa.
4. Membina bangunan dengan menggunakan
teknologi tahan bencana alam seperti gegelang getah yang mampu menyerap tekanan dan
gegaran yang disebabkan gempa bumi (di Jepun).
5. Menanam lebih banyak pokok bakau di kawasan
pinggir pantai - berupaya menahan rempuhan dan
mengurangkan kelajuan tsunami dan
mengurangkan kesan kerosakan .
6. Mengadakan kempen pengurusan risiko dan
kaedah penyelamat semasa menghadapi bencana alam akibat proses pergerakan tektonik.
Getaran searas dan seiras .
Soalan 1 : Bagaimanakah kejadian gempa bumi berlaku SPM 2022 ( 4m )
Kehendak Soalan :
Calon diminta memperihalkan proses pembentukan gempa bumi.
Kerangka Jawapan :
- Wujud perolakan arus di lapisan mantel.
- Menyebabkan tekanan kepada kerak bumi.
- Hasilkan pergerakan plat tektonik.
- Akibatkan pertembungan dua plat .
1. Plat lautan dengan plat benua.
2. Plat lautan dengan plat benua .
3. Plat lautan dengan plat lautan .
- Turut melibatkan proses sesaran . pencapahan plat.
- Magma mengalir keluar menerusi rekahan kerak bumi .
- Tekanan tinggi dan geresan pada batuan hasilkan gegaran / gempa bumi .
Contoh Jawapan :
Kejadian gempa bumi berlaku apabila wujud perolakan haba dan tekanan tinggi dalam lapisan mantel . Keadaan ini akan menyebabkan pergerakan pada plat tektonik yang membentuk sebahagian daripada kerak bumi . Hal ini akan menyebabkan berlakunya proses pertembungan plat atau pencapahan plat . Proses pertembungan dan pencapahan plat ini akan mewujudkan rekahan pada kerak bumi . Tekanan tinggi di bawah kerak bumi akan menyebabkan geseran yang kuat apabila tekanan udara dan magma panas bergeser dengan batuan lalu membentuk gegaran yang kuat di sekitar rekahan yang menjadi titik punca gempa bumi .
No comments:
Post a Comment