Monday 23 March 2020

Tema 5/T4 : PEMBENTUKAN DAN KELESTARIAN SUNGAI.


Tema : PEMBENTUKAN  DAN  KELESTARIAN  SUNGAI .


:
1.0.   Pembentukan sungai.

- Sistem sungai:  
     Merujuk  kepada  kawasan tadahan hujan  yang  mempunyai  legeh  sungai  , sungai  utama   dan    anak-anak  sungai.



- Legeh sungai :

    Kawasan tanah  tinggi yang mengasingkan punca sungai kepada dua  bahagian  lembah   dan legeh sungai .










- Profail  Memanjang  Sungai.
     



2.0.  Tindakan  air sungai melalui hakisan,   pengangkutan dan pemendapan.

- Sepanjang alur sungai  , aliran air akan berlaku  bberapa proses :
   1. Hakisan .
   2. Pengangkutan.
   3. Pemendapan.


Hakisan sungai :
   1. Hakisan menegak  - dominan berlaku  di bahagian hulu sungai kerana  faktor  ketinggian  bentuk muka bumi   ,  jumlah air  yang  sedikit , kecerunan  cerun  yang  curam  dan   aliran air  yang laju.
   2. Hakisan mendatar - dominan di kawasan tengah sungai kerana faktor  bentuk muka  bumi yang  beralun , jumlah air sungai yang  banyak  , kecerunan cerun yang semakin  landai  dengan   aliran air sungai yang perlahan.
   3.  Hakisan  mengundur  - berlaku  di kawasan  hulu  di mana terdapat 2 batang  anak sungai  yang  berbeza  keupayaan  menghakis  lalu  membentuk ciri bentuk muka bumi  tawan sungai  dan  likuan  sungai  terpenggal.
   4. Hakisan sungai  berlaku  dengan cara  geselan , lagaan , tindakan hidrul  dan larutan.
   


-  Pengangkutan sungai.
  1. Pengangkutan sungai - proses membawa / menghanyutkan bahan-bahan seperti  kelodak , pasir , batuan di sepanjang alur sungai.
  2. Pengangkutan sungai berlaku dengan cara  heretan , golekan , lompatan  dan ampaian.


- Pemendapan sungai.
  1. Proses memendapkan bahan-bahan angkutan sungai  seperti  kelodak  ,poin-poin pasir , batuan dan lain-lain.
         

3.0. Bentuk muka bumi akibat tindakan air sungai di peringkat hulu,  tengah dan hilir.







   4.0. Punca   kemerosotan kualiti air sungai.

1. Faktor  semulajadi.
     - Kesan   aliran  lava  /magma  gunung  berapi,
     - Benomena banjir  / banjir  kilat.
     - kesan fenimena  tanah  runtuh  / gelongsoran tanah.


2. Faktor manusia .
    -   Aktiviti  petempatan : Sisa  kumbahan  daripada  kawasan  kediaman / perhotelan:  najis manusia - amonia.
    -  Aktiviti perkilangan :  Sisa toksid  daripada  sektor  perkilangan  / perindustrian. plumbum  , raksa 
    -  Aktiviti   perlombongan : siamang / raksa / senida  dari perlombongan bijih timah  dan  emas.
   -  Aktiviti   perniagaan :  sisa makanan  ,sampah sarap , sisa pembungkusan , minyak .
    -  Aktiviti penternakan :  : najis haiwan , sisas-sisa sembelihan .
    -  Aktiviti  pertanian : sisa-sisa tanaman  , kelodak & lumpur , 
    -  Aktiviti  pembinaan : Sisa-sisa kayu  , sisa-sisa  simen  , batu  . kapor  dan lain-lain.
    -  Aktiviti  penambakan  dan  mendalamkan pantai  - hanyutan  dan pemendapan  pasir  , batuan  dan  pemendapan  kelodak .
    -  Aktiviti  pengangkutan air :  tumpahan minyak  , pembuangan  minyak , aktiviti pembersihan kapal / bot.
     - Aktiviti  pelancongan : pembuangan  sampah , tumpahan  minyak dll.
      - Aktiviti perikanan : tumpahan  minyak , pembuangan sampah  , pembuangan   pelalatan. perikanan  yang  rosak / lusuh .



5.0. Usaha-usaha yang boleh  dilaksanakan untuk melestarikan sungai

1. Langkah  Perundangan  
    - Penguatkuasaan undang-undang - Akta kualiti Alam Sekeliling  1974.
    - Rondaan / pemantauan  /pengawasan secara berkala oleh agensi kerajaan   yang  terlibat  ( Jabatan Alam Sakitar - JAS ).
    - Mengenakan  hukuman berat (  penjara , kompaun dan sita  premis , peralatan ).
    - Menyediakan laporan EIA. ( Laporan Impak Alam Sekitar ).


2. Langkah Kempen Kesedaran Alam Sekitar .
    - Menyedarkan masyarakat  keperluan  menghargai  dan menyayangi sungai.


3.  Pendidikan Alam Sekitar  .
     - Diterap  dalam  proses  pendidikan  perdana atau secara tidak formal.


4.  Langkah-langkah  pengurusan berbentuk pemuliharaan / struktural / taktikal.
     4.1. rawat sisa toksid /sisa-sisa kediaman  sebelum dilepaskan ke sungai.
     4.2. membina perangkap  sampah .
     4.3. membina  lebih  banyak  kawasan kolam takungan .
     4.4. menapis  dan merawat  air  dengan  menggunakan  kaedah  membran / osmosis.


No comments:

Post a Comment