Thursday 26 March 2020

Tajamkan Skill Kita : MUDAHNYA GEOGRAFI ( BAGAIMANA - GI MANA JAWABNYA ) ( SIRI 4 )



Tajamkan Skill Kita  :  CARA  MENJAWAB  SOALAN  
           
* Penggunaan  kata kerja  " BAGAIMANA ".

- Calon  perlu memahami  soalan yang  menggunakan kata kerja     "  bagaimana "  biasanya    memerlukan  pola  jawapan  yang menggambarkan  proses/cara   sesuatu  kejadian  / fenomena/ elemen-elemen  membentuk/mempengaruhi  perkara /elemen lain.

-  Struktur  jawapan  calon  mesti ada ;
    ( fakta  +  aktiviti  +  output aktiviti      Kesan.


 Contoh soalan :
    " Bagaimanakah  aktiviti  pertanian  boleh  menjejaskan  
        kawasan tadahan air  di Malaysia ".


Contoh jawapan : 
" Aktiviti pertanian  boleh  menjejaskan  kawasan tadahan  hujan  apabila petani menggunakan  baja  kimia  digunakan  secara  yang tidak  terkawal di kawasan kebun sayur-sayuran yang  terletak  berhampiran dengan kawasan tersebut. Unsur-unsur Nitrit  ,  amonia  dan posforus  dari  kawasan pertanian  akan  larut  dan membentuk air licet yang  mengalir bersama  air  bawah tanah    ke kawasan tadahan hujan. Keadaan ini akan meningkatkan  pH  air .  Hal ini akan  menjejaskan kualiti air di kawasan tadahan  ". 



Penjelasan Struktur Ayat : 
apabila   petani menggunakan  baja  kimia  :  elemen  aktiviti .
unsur-unsur Nitrit  ,  amonia  dan posforus  : output  aktiviti.
akan meningkatkan  pH :  Kesan  

Penjelasan  Pemilihan istilah / kata :
Penggunaan  perkataan " apabila "  memberi maklumat  tentang masa kejadian - dapat  memberi peneguhan tentang  proses yang berlaku.



* Walau bagaimanapun , sebenarnya  tiada satu format penulisan yang khusus untuk menjawap soalan  peperiksaan yang  terbaik.  Ia bergantung kepada elemen  kecerdasan  bahasa  yang  diwarisi  sejak  lahir . Tips ini hanyalah  sebagai panduan  kepada mereka yang masih        " kabur " dalam  ushasa menyediakan diri untuk  menduduki  peperiksaan .


#dirikitaacuankita.
#usahakitakejayaankita.




No comments:

Post a Comment