5.6.0. SEKTOR PEMBINAAN.
5.6.1. Jenis-jenis sektor pembinaan .
- Pembinaan awam.
- Pembinaan khusus.
5.6.2. Faktor galakkan perkembangan sektor pembinaan.
- Sumber bahan mentah sektor pembinaan yang
banyak dan murah : batu ,simen , kayu dll.
- Bekalan tenaga buruh yang ramai dan mahir.
- Taraf hidup penduduk yang tinggi menggalakkan
permintaan yang tinggi terhadap ruang kediaman /
petempatan / perumahan.
- Kepelbagaian bentuk muka bumi ( tanah pamah
yang luas , kawasan pantai yang berteluk-teluk ,
kawasan tanah tinggi ) - mengalakkan permintaan
pembinaan jaringan pengangkutan , pelabuhan dan pusat-pusat reakreasi dan pelancongan.
- Perkembangan ekonomi yang baik menggalakkan
permintaan terhadap ruang-ruang perniagaan ,
perkhidmatan dan lain-lain - menggalakkan pembinaan
pelbagai ruang perniagaan dan perkhidmatan .
- Perkembangan teknologi pembinaan menggalakkan
pelbagai inovasi pembinaan digunakan dalam proses pembangunan negara.
- kewujudan pusat-pusat latihan kemahiran pembinaan ( CIBD ) berupaya melahirkan ramai tenaga buruh mahir dan separa mahir dalam sektor pembinaan .
- Dana dan modal yang banyak - pelaburan asing dan
grant pembangunan kerajaan / bank pembangunan -
meningkatkan keupayaan pembiayaan sesuatu projek
pembinaan.
- Dasar kerajaan yang menggalakkan perkembangan
sektor pembinaan dengan memperkenalkan pelbagai
insentif :
i . Bantuan latihan .
ii. Bantuan dana / modal.
iii. Perkenalkan kawalan harga / harga siling bagi
bahan binaan.
iv. Bantuan promosi jualan bagi syarikat-syarikat
pembinaan .
CIBD bertanggungjawab merangka plan induk penyediaan tenaga mahir dalam sektor pembinaan di Malaysia.
5.6.3. Kepentingan sektor pembinaan kepada pembangunan
negara
- Menyediakan keperluan tempat tinggal - pembinaan
rumah-rumah kediaman / projek-projek perumahan .
- Menggalakkan pembukaan bandar - bandar baru / pusat- pusat pentadbiran /pusat-pusat industri .
- Menggalakkan perkembangan sektor perniagaan -
menyediakan ruang-ruang perniagaan .
- Menjana perkembangan jaringan pengangkutan ; jalan
raya , landasan kereta api , lapangan terbang ,
pelabuhan dan lain-lain.
- Menyediakan kemudahan asas kepada penduduk :
pembinan empang KEH , bekalan air bersih , sistem
telekomunikasi dan lain-lain.
- Perubahan pandang darat / lanskap yang baik -
pembinaan pelbagai binaan / badan-badan air yang
menarik dan menggalakkan kemasukan pelancong asing.
5.6.4. Kesan sektor pembinaan ke atas alam sekitar .
- Pencemaran air / takungan air -
- Pencemaran Udara - habuk /debu sektor pembinaaan.
- kemusnahan habitat flora & fauna.
- Kemusnahan rantaian makanan .
- Kepupusan flora & fauna.
- Menyebabkan kejadian hakisan tanah .
- Menggalakkan kejadian tanah tuntuh - perataan tanah di kawasan cerun .
- Menyebabkan fenomena Jerebu.
- Menyebabkan kejadian peningkatan suhu setempat - bangunan yang rapat-rapat / dari konkrit .
- Menyebabkan fenomena Pulau Haba Bandar - kekurangan tumbuhan hijau / kurang badan air .
5.6.6. Langkah mengawal & mengurangkan
kesan perkembangan sektor pembinaan terhdap alam sekitar fizikal .
- Menguatkuasa undang-undang - Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 , Akta Bangunan , Parit dan Jalan 1974 dan Undang-Undang kecil PBT.
- Menanam tanaman tutup bumi dan pembinaan benteng.
- Membina sistem perparitan yang teratur.
- Penanaman pokok di kawasan bandar ( bandar dalam taman :
- Penanaman pokok di kawasan bandar ( bandar dalam taman :
Putrajaya) - Konsep penghijauan bandar.
- Penyediaan Laporan Kesan Alam Sekitar (EIA) .
- Penyediaan Laporan Kesan Alam Sekitar (EIA) .
- Pembinaan berkonsepkan Mesra alam ( reka bentuk yang
mementingkan konsep pengudaraan dan pencahayaan
secara semulajadi dan menggurangkan penggunaan bahan
binaan konkrit dan kaca.
- Mengurangkan pembinaan bangunan yang tinggi dan
rapat.
No comments:
Post a Comment