Wednesday 25 March 2020

NOTA TING. 4 : Tema 11/T4 : URBANISASI / PEMBANDARAN.


Tema 11/ T4 :  URBANISASI  / 
                         PEMBANDARAN.


1.0.  Konsep  dan proses urbanisasi.
        Konsep : Proses perubahan dari segi fungsi  , keluasan tapak bina   ,  jumlah   dan 
                       mentaliti penduduk  daripada bercorak tradisional  kepada  moden .
                     : Proses menaikkan taraf petempatan luar bandar  kepada  bandar  atau  
                        proses menaik taraf bandar-bandar  kecil  kepada  andar-bandar  besar 
                        yang  bercirikan lebih rencam dan komplek.
 



                   
2.0.  Faktor- faktor yang mempengaruhi proses urbanisasi.
1.  Bentuk muka bumi  tanah pamah  yang  luas  dan rata  - memudahkan proses 
      pembangunan bandar - tidak memerlukan pengubahsuaian bentuk muka bumi seperti 
      menarah  dan menambak - menjimatkan kos pembangunan  dan masa.
       

                                     
2,  Dasar  kerajaan : Menggalakan  perkembangan bandar  dengan  menjana 
     perkembangan  sektor industi seperti :
      i) Melaksanakan  projek-projek perindustrian ringan : Jinjang , Kepong
     ii) Melaksanakan Zon Perdagangan bebas di Bayan lepas , Pasir Gudang dan 
         pelabuhan kelang.
    iii) Menggalakkan  perkembangan  IKS  terutama di kawasan pinggir-pinggir  bandar.

3. Usaha  menaiktaraf  jaringan jalan raya  ,  rel-rel  kereka api  , pelabuhan  dan    
     lapangan  terbang.
     


4. Usaha meningkatkan taraf  pendidikan  dan  kemahiran .  Pelbagai  kursus kemahiran 
    dan kepakaran  dalam mereka bentuk plan pembangunan bandar  dijalankan . Berjaya 
     melahirkan ramai tenaga pakar dalam perancangan bandar.


5. Jumlah penduduk yang ramai . Ini  dapat melahiran guna tenaga kerja dalam usaha 
     memajukan pelbagai sektor  eknomi  dan pembangunan di kawasan bandar. Selain itu , 
     penduduk yang ramai membentuk  kuasa pasaran yang  besar  dalam  memacu 
     kemajuan sektor perniagan di bandar  dan meningkatkan kesan pengganda ekonomi  
     yang kukuh.
         

                        Jadual menunjukkan jumlah penduduk bandar  dan  bilangan
                                          bandar  antara tahun  1970  hingga 2010.


6.  Dana  pembangunan  / modal    yang  yang banyak yang  diperoleh  daripada pinjaman 
     Bank Dunia , Bank Pembangunan Asia , bank-bank tempatan  dan pelaburan asing.


7.  Teknologi  pembangunan  yang  semakin  moden  dan canggih  seperti teknologi IBS
      ( Sistem Bangunan Berindustri ) .
          
         Hasil carian imej untuk teKnologi PEMBINAAN abs   Hasil carian imej untuk teKnologi PEMBINAAN abs
                         kaedah  pembinaan  bangunan menggunakan  teknologi IBS   


8. Tenaga buruh dalam sektor pembinaan  yang ramai ,  mahir   dan  murah . terdiri 
    daripada warga  tempatan  dan pekerja asing.     
     

                    
      
3..0.  Kesan  urbanisasi.

Terbahagi  kepada :
1. Kesan Positif .
       i) Menyedia & meningkatkan peluang  pekerjaan .
      ii) Mewujudkan  kesan pengganda  ekonomi.
     iii) Sumbangan  terhadap  pendapatan negara  / KDNK.
     iv) Menyediakan ruang-ruang  kediaman  kepada  penduduk  , ruang perniagaan kepada 
          peniaga.
      v) Dapat  menyediakan  kemudahan  pengangkutan  untuk  meningkatkan  darjah 
          ketersampaian   dan mobiliti  penduduk  bandar.
     iv) Dapat  menyediakan   sistem  perhubungan yang cekap  untuk memudahkan 
          penduduk bandar  berhubung  , melaksanakan pelbagai aktiviti on-line.
    vii) Dapat  menyediakan  pelbagai  kemudahan  infrastruktur untuk  aktiviti  pendidikan ,
          kesihatan  dan keselamatan  penduduk. 
           
           
                
                   
2. Kesan negatif .
    i)   Meningkatkan kejadian  hakisan tanah.
   ii)   menggalakkan  kejadian tanah  runtuh.
  iii)   Menyebabkan  berlakunya  pencemaran air.
  iv)  Menyebabkan  terjadi  pencemaran  udara.
   v)  Menyebabkan  kejadian  jerebu   dan hujan  asid.
  vi)  Menggalakkan kejadian banjir kilat .
 vii)  Menyebabkan   fenomena  peningkatan  suhu  setempat / domestik.
   x)  Menyebabkan  kemusnahan  habitat  dan rantaian makanan  flora  dan  fauna.
  xi)  Menyebabkan  kejadian  pencemaran  bau   dan pencemaran bunyi.



          
                          
4.0. Langkah-langkah mengurangkan masalah urbanisasi.
    i) Kuatkuasakan  undang-undang  : Akta kualiti  Alam Sekeliling  1974.
   ii)  Pemantauan  berkala daripada pelbagai  agensi penguatkuasaan  dan PBT.
  iii)  Mengenakan hukuman yang  berat  (  penjara ,kompaun  dan menyita premis )  jika 
       aktiviti  penduduk didapati  menjejaskan kualiti alam  sekitar ).
  iv) Kempen kesedaran alam  sekitar " Sayangi bandar kita ".


   v) Memasang  perangkap  sampah .
     


  vi) Memasang  penapis asap  pada kenderaan  dan  sektor  industri.
 vii) Mengezonkan kawasan industri  dan meletakkannya  jauh  dari kawasan petempatan. 
      


 viii) Manggalakkan penggunaan  kenderaan awam , perkongsian kereta  dan 
       menggunakan  bahan api  mesra  alam / petrol tanpa plumbum.
       


  ix) Sentiasa  menyelenggara ( meluas , mendalam  dan membersikan ) sistem perparitan 
       /  longkang  untuk mengelakkannya daripada  sumbat.
            


   x)  Membina  lebih  banyak badan air ( kolam air dan tasik ) - proses penyederhanaan 
       suhu.
      

           
 
  xi)  membina lebih banyak kolam  takungan  dan  smart tunnel  untuk  proses penyuraian 
        air semasa banjir .
 


xii) membina  tebatan  banjir (  benteng ).
       


 xiii) Penghijauan  kawasan bandar  / hutan bandar / bandar dalam taman.
    

  ix )  Reka bentuk bangunan yang yang mesra alam yang mengambilkira aspek pengudaraan  dan pencahayaan secara semula jadi .




    5.0. Strategi  Pembandaran / Urbanisasi   di Malaysia.
            5.1. Pembandaran kawasan pinggir  bandar  - melalui  proses perebakan  bandar , konurbasi atau pewujudan  bandar satelit - Subang Jaya / Petaling Jaya  , Indera Mahkota / Kuantan . Damansara , Cheras , Ampang , Selayang , Gombak / Kuala Lumpur.
           5.2. Pembandaran  kawasan  mundur / terpencil - Pembukaan bandar-bandar baru utk dijadikan pusat-pusat pertumbuhan pertumbuhan yang baru . Cth : bandar Muadzam Shah / kawasan Pembangunan Wilayah  DARA , Bandar Tun Razak  / Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Jengka , Bandar Al Muktafil Billah Shah  - kawasan  KETENGAH.
          5.3. Pembandaran pekan-pekan  kecil  berpotensi  - memajukan / menaik taraf  pekan-pekan  kecil / bandar-bandar  kecil yang  berpotensi  seperti  terletak   di simpang  laluan  utama , di kawasan  pelancongan dll . Cth : Bandar Jertih /Terengganu , Bandar Kuah / Langkawi  , bandar Ayer Keroh / Melaka , Bandar  Sg Besar / Selangor.
        5.4. Mewujudkan  bandar-bandar baru / bandar  industri  - membuka  kilang-kilang /  industri . Cth : bandar  Gebeng / Pahang  , bandar Kertih / Terengganu , bandar Baru Nilai / Negeri Sembilan. 


                            
                      
                
        
                 

No comments:

Post a Comment