Friday, 27 March 2020

Tajamkan Skill Kita : MUDAHNYA GEOGRAFI ( MUDAHNYA BINA AYAT ) ( SIRI 1 )


Tips : CARA MEMBINA AYAT DALAM PERENGGAN                                                     (  SIRI 3 ) 
                      (  KAEDAH "  BANGAU  OH...BANGAU  "  ) 





Catatan  Perjalanan :
Dulu-dulu , lagu  nih  tak lah bermakna . Setakat nyanyian biasa . Hiburan  di tepi kolam tatkala  menunggu sambaran sang haruan. 

Puluhan tahun bersama pelajar , terfikir  mengapa sukar untuk pelajar membina  kelangsungan  ayat dalam perenggan. Puluhan novel  dan cerpen telah    dibaca , garapan isi oleh pengarang sukar diterjemahkan strukturnya walaupun jalan ceritanya membuat sipembaca merintih dan ada kalanya membuakkan rasa gembira.

Menyusun  ayat  dalam  perenggan  bukanlah sesuatu  yang  mudah . Nampak remeh  tapi sukar .  Penggunaan senikata  " bangau .... oh...... bangau " , sedikit  sebanyak  dapat memandu pelajar untuk membina jaringan ayat dalam perenggan  yang  baik  . Selain  itu , kaedah ini juga dapat memandu pelajar menyusun  perenggan  mengikut  keutamaan  isi . 



Contoh Penggunaan :

Contoh soalan : 
Huraikan kepentingan aktiviti  pertanian  kepada sosio ekonomi  di Malaysia.


Contoh  isi yang disediakan  oleh  pelajar :
1. Menyediakan peluang  pekerjaan.
2. Menjana pendapatan  negara.
3. Meningkatkan pendapatan perkapita penduduk.
4. mengurangkan kadar pengangguran .
5. Meningkatkan kuasa beli  penduduk.
6. meningkatkan  taraf hidup  penduduk.
* Pelajar  perlu menyediakan semua isi penting  jawapan dalam bentuk rangka jawapan.


Penggunaan  Kaedah " Bangau ..oh ... bangau " 
1. Penulisan  mesti  dalam penggan mesti mengikut keutamaan isi.
2. Susunan isi mesti mengikut kronologi / keutamaan.



Contoh  Jawapan Pelajar.

Penyusunan  isi mengikut  kronologi.

  Panduan penyusunan isi dari rangka:
" kerja   .........  pendapatan .........kuasa beli ...........taraf  hidup ............... kadar pengangguran  kurang .


Isi perenggan  yang sudah  disusun  mengikut  kronologi/ keutamaan 
 ( berdasarkan prinsip "  bangau oh..bangau "  )          
    1. Menyediakan  peluang  pekerjaan.
    2. Meningkatkan pendapatan perkapita penduduk.
    3. Meningkatkan kuasa  beli  penduduk.
    4. Meningkatkan tarah hidup  penduduk.
    5. Mengatasi masalah  pengangguran penduduk.


Contoh  Penulisan  Jawapan  Pelajar :
Kepentingan sektor pertanian kepada sosio ekonomi di Malaysia ialah  keupayaan sektor ini menyediakan banyak peluang  pekerjaan . Terdapat pelbagai jenis peluang  pekerjaan di sektor pertanian sepeti buruh ladang  ,mandur  dan pengurusan ladang . Hai  ini  akan  dapat meningkatkan pendapatan perkapita penduduk  dan  kuasa beli  mereka. . Ini akan meningkatkan  kuasa beli  dan taraf hidup  mereka. Dalam masa yang sama , perkembangan sektor pertanian turut  dapat  mengatasi masalah pengangguran  di sesuatu kawasan.




Peringatan :
* Walau bagaimanapun , sebenarnya  tiada satu format penulisan yang khusus untuk menjawap soalan  peperiksaan yang  terbaik. Ia bergantung kepada elemen  kecerdasan  bahasa  yang  diwarisi  sejak  lahir . Tips ini hanyalah  sebagai panduan  kepada mereka yang masih " kabur " dalam  ushasa menyediakan diri untuk  menduduki  peperiksaan .

#dirikitaacuankita.

#usahakitakejayaankita.
    










No comments:

Post a Comment