Tema 6/T4 :
TINDAKAN OMBAK DI TEPI PANTAI
1.0. Konsep Pantai.
- merujuk kepada kawasan pemendapan bahan mendak peroi seperti pasir, kelodak. tanah liat, kerangan dan sebagainya di kawasan pinggir pantai iaitu antara tikas air surut dengan tikas air pasang termasuk pantai hadapan dan pantai belakang hasil tindakan agen-agen pemendapan pinggir pantai seperti ombak dan arus.
Permandangan kawasan pinggir pantai. |
Profail Paantai / kawasan pinggir pantai. |
2.0. Konsep Ombak.
- Gelombang yang terbentuk di bawah permukaan air .
- Terbentuk akibat pemindahan tenaga daripada tiupan angin.
- Pembentukan ombak banyak dipengaruhi oleh kekuatan tiupan ombak.
3.0. Jenis-Jenis Ombak dan Ciri-Ciri.
3.1. Ombak Pembina.
Ciri-ciri ombak membina |
- Mempunyai kelajuan yang rendah / tenaga kinetik yang lemah.
- Datang ke pantai secara hamparan / limpahan yang akan
menghantar dan memendapkan pelbagai sedimen di pantai.
3.2. Ombak Pembinasa.
- Mempunyai kelajuan yang tinggi / tenaga kinetik yang kuat.
- Datang ke pantai secara junaman dan gulungan yang akan
mengikis / mengaut pelbagai sedimen di pantai.
3.3. Tsunami.
- Ombak yang sangat besar dan terbentuk daripada gelombang besar di bawah permukaan laut akibat gangguan di dasar laut hasil fenomena gempa bumi dan letusan gunung berapi .
4.0 Tindakan Ombak.
4.1. Ombak Sebagai Agen Hakisan.
- Ombak menghakis melalui beberapa cara.
i ) Tindakan hidrul.
ii ) Geselan / lelasan.
iii) larutan.
iv) lagaan..
4.2. Faktor pengaruhi kadar hakisan ombak .
- Faktor Fizikal ( faktor semulajadi ).
1. Kekuatan ombak.
2. Pendedahan pantai.
3. Arus.
4. Jenis batuan .
5. Litupan tumbuh-tumbuhan.
6. Cerun pantai.
7. Orientasi pantai.
- Faktor kemanusiaan / penduduk :
1. Aktiviti penebangan pokok bakau.
2. Aktiviti pembinaan
3. Aktiviti perlombongan.
4. Aktiviti pelancongan.
5. Aktiviti penamanbakan & mendalamkan pantai.
4.3. Ombak Sebagai Agen Pengangkutan.
- Ombak melakukan proses pengangkutan pelbagai sedimen melalui aktiviti :
i) Golekan .
ii ) Ampaian..
iii ) Seretan / heretan.
4.3. Ombak Sebagai Agen Pemendapan.
- Dengan kuasa heretan , ombak mngheret sedimen seperti
pasir , kelodak , batuan kecil , serpihan karangan laut dan
pelbagai objek yang terapung dan terampai dalam air laut .
5.0. Bentuk-bentuk muka bumi .
5.1. Pembentukan akibat hakisan ombak.
5.2. Pembentukan akibat pemendapan ombak.
6.0. Kegiatan manusia dan Kepentingan / fungsi / peranan kawasan pinggir pantai.
1. Aktiviti pembalakan : penebangan pokok bakau.
2. Aktiviti pembinaan : petempatan , hotel , resort , jalan raya , pelabuhan , jeti.
3. Aktiviti perlombongan / penjualan pasir : pengorekan pasir.
4. Aktiviti pelancongan : aktiviti scuba , snookeling , riadah .
5. Aktiviti penamanbakan & mendalamkan pantai. - tebus guna sebagai tapak industri , tapak bandar , tapak kilang .
6. Aktiviti akuakulrur : pembinan sangkar-sangkar ternakan ikan , rumpai laut dll .
Aktiviti perhotelan , pembinaan resort untuk aktiviti pelancongan. |
![]() |
Aktiviti akuakultur - penternakan hidupan marin |
7.0. kesan Kegiatan manusia terhadap kawasan pinggir pantai.
1. Pencemaran alam sekitar / sampah sarap / sisa makanan /
pembungkus makanan..
2. Kadar hakisan pantai / ombak meningkat.
3. Kemusnahaan struktur hutan pantai / hutan paya bakau.
4. Kemusnahan habitat pelbgaai hidupan akuatik.
5. Kemusnahan struktur hutan . Sampah-sarap bertaburan .
Hidupan liar terancam |
8.0 Usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharan kawasan pantai .
1. Langkah perundangan .
i) Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
ii) Aktiviti pemantauan / pengawasan / rondaan secara berkala.
iii) Hukuman kepada pesalah : penjara ,kompaun/denda , sita \ premis.peralatan.
iv) Laporan EIA.
v) Wartakan sebagai kawasan taman negara / taman negeri / kawasan hutan simpan.
2, Kempen kesedaran alam sekitar.
3, Pendidikan alam sekitar.
4. Langkah pengurusan
i) Penghutanan semula. / penanaman semula pokok bakau .
ii) Membina benteng pemecah ombak - menghalang ombak menghakis kawasan pantai.
iii) Membina sesiaran /groin dan gabion (sesiaran ) untuk melindungi pantai daripada proses hakisan ombak.
![]() |
Pembinaan benteng pemecah Ombak berupaya memperlahankan kadar luruan ombak ke pantai . |
![]() |
Pembinaan Groin dan Gabion berupaya mengukuhkan struktur pantai dan menghalang luruan ombak ke pantai . |
![]() |
Program penghutan semula pokok bakau |
No comments:
Post a Comment